Friday, August 05, 2011

Iftar 4 : Resepi Puding Roti Chocolate Chips...yang sgt mudah dan sedaaap!

Assalamualaikum dan salam Jumaat....

Kali ni DJ nk share satu resepi puding yg tak memerlukan penggunaan serbuk agar-agar. Penyediaan yg amat ringkas dan hanya mengambil masa lbh krg 20-30 minit jer. Alhamdulillah...hasilnya memang best. Rasa puding ni ada keunikannya yg tersendiri tetapi sgt kena dengan selera DJ sekeluarga. Nak tau rasa mcm mana, kenalah try resepinya yer. Resepinya diambil dari Majalah Sedap tetapi telah diedit sket bahan-bahannya mengikut citarasa.

Puding Roti Chocolate Chips
Sumber : Majalah Sedap, 2011
Olahan : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : 4-5 orang makan

  • 4 keping roti sandwich (disiat-siat kasar)
  • 300 ml susu cair
  • 25 g serbuk koko
  • 50 g gula pasir
  • 25 g tepung jagung
  • 2 biji kuning telur (dipukul ringan)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar mentega
  • chocolate chip secukupnya
Cara-cara :
  1. Satukan susu cair, serbuk koko, gula pasir, esen vanilla dan tepung jagung di dalam periuk. Didihkan dengan api perlahan dan kacau hingga meletup-letup. Matikan api.
  2. Ambil sedikit rebusan susu tadi untuk dicampurkan dengan kuning telur. Kacau sebati.
  3. Nyalakan api langkah 1 tadi. Masukkan kuning telur tadi ke dalamnya dan kacau semula hingga pekat dan meletup-letup. Angkat.
  4. Masukkan mentega dan kacau rata. Masukkan pula roti dan kacau lagi hingga bersalut (kacau cepat-cepat). Akhir sekali masukkan chocolate chips. Ratakan.
  5. Tuangkan ke dalam mangkuk tahan panas kecil. Taburkan baki chocolate chips. 
  6. Sejukkan ke dalam peti sejuk sebelum hidang.
  7. Jika suka, boleh juga hiaskan dengan sirap coklat atau sos karamel.



14 comments:

  1. simple nyer.. haishh nak try gak ni.. masuk list..tq kak

    ReplyDelete
  2. simple dan nampak sangat sedappppp....

    ReplyDelete
  3. sedapppnya tgk dessert ni... :)

    ReplyDelete
  4. baru duk terpikir nak buat puding roti choklat hr ni..akak dah kuar resipi..bagusnya..mcm ngantuk disorongkan bantal..boleh la tun terus follow resipi akak ni..tq kak

    ReplyDelete
  5. I want some pudding kak!!! :D
    Selamat Berpuasa dearie :)

    ReplyDelete
  6. Sedapnya kak...penuh dgn limpahan coklat....Duhh!!..dugaan betul tetengahari ni..ngeeee

    ReplyDelete
  7. @izahdaut

    mmg simple jer izah...xyah susah2 nk buat. tp not bad gak rasanya. try ler..:)

    ReplyDelete
  8. @Mas

    nk habiskan stok roti ni mas, tu yg t'fkr nk buat stail gini...jimat tenaga akak...hehe. nanti cube tau... :)

    ReplyDelete
  9. @Nurul
    mmg sedap, Nurul. senang jer nk buat. :)

    ReplyDelete
  10. @Rabiatun Adawyah
    akak msh ade lg stok roti ni tun, ari ni nk abiskan kesemuanya dgn resepi lain plak...syg x luak sjk berpose ni...hehe.

    resepi ni boleh jer cube jika sudi. tq tun :)

    ReplyDelete
  11. @♥LOVE2COOK♥

    thanks dearie....tp sygnya puding dah habis la dear....huhu.

    ReplyDelete
  12. @ibh
    dugaan berpuasa mmg begitulah....haha.
    xper, nanti ptg boleh godek2...
    puding ni mmg mewah dgn coklat...sedap tau

    ReplyDelete
  13. Dayang, mengancamnyaaaaaaaaaaaaa.....amik resepi dulu laaa... kalau majalah Sedap, pastu sedap..hehe

    ReplyDelete
  14. salam kak..menarik puding nih..akan ku cuba nanti...thanks kak

    ReplyDelete

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih