Wednesday, April 27, 2011

Rinduuuuu.....


Assalamualaikum dan salam rindu semua....

Apa khabar???..Ada yg rindu ker??..harap2 kesemuanya baik2 dan sihat2 belaka yer. DJ masih bercuti lagi di kampung halaman. Belum dapat update apa2 buat ms ni. Cukup sekadar nak kirim berita biarpun ringkas. Terlebih dahulu DJ ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih kpd semua pengunjung kerana sudi menjengah ke sini. Mohon maaf sekiranya komen yg ditinggalkan tak sempat DJ membalasnya sb kesuntukan masa utk mengadap internet. Yang paling tension ialah line internet terlalu slow dan kdg2 tak dpt signal langsung. Tu yg malas nk update. Bersabar jelah. Lagipun, tak lama lagi nak balik KL dah. Mesti ada yg tak sabar nk tunggu update dari DJ kan...hehe. 2 minggu tak berblogging bagaikan 2 tahun lamanya....mmg rindu sgt2. 

Oklah, DJ kena offline dulu yer. Nanti kita bersembang lagi. Terima kasih atas ucapan2 serta sokongan moral yg diberikan oleh teman2 di FB dan juga di sini. DJ sgt2 menghargainya. Kpd yg telah mencuba resepi2 DJ, terutama kek coklat super moist, thanks a lot. Dah ramai juga yg mencuba resepi kek ni...dah sampai ke Kuching pun...hihi. Alhamdulillah, sepanjang 2 minggu DJ berada di Sarawak, DJ dah buat 3 kali kek tu atas permintaan ramai. Sesiapa yg belum cuba lagi, sudi2kanlah yer. Berbaloi2!....thanks again.

Kek ni mmg sedaaaapp!

Rasa mcm tak nak lepas jer laptop ni...apa boleh buat, DJ terpaksa mengundurkan diri dulu. Terima kasih semua!
Salam rindu dan sayang daripada DJ@DapurKu SaYang.


Wednesday, April 13, 2011

Temporarily away....


Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Sebaik shj entri ni keluar DJ sudah pun berada di awan biru....bukan bercuti2 M'sia atau honeymoon yer tapi mahu pulang ke kampung halaman atas sebab-sebab yg tidak dapat dielakkan. Jika ada kesempatan DJ akan bersiaran dari sana kot2 dpt buat liputan khas..InsyaAllah. Terima kasih pd yg sudi berkunjung ke sini. Buatlah mcm rumah sendiri yer, nak lepak, nak jamu mata, buatlah apa2 jer, tapi jangan gaduh2 tau...lepas tu kalau nak selongkar dapur tu pandai2lah kemas balik yer. Mem tak suka sepah2 ni...nanti pengsan!..hehe. Apa-apapun mem nak ucap terima kasih kpd yg telah sudi mencuba resepi2 yang ada di sini. Sepatutnya nak share satu lagi resepi eggless tetapi terpaksa ditangguhkan dulu niat ni sb masa tidak mengizinkan. 

Mohon rakan2 mendoakan kesejahteraan serta dipermudahkan segala urusan kami sekeluarga. Terima kasih. Jumpa lagi. 

Salam sayang dari Dayang Jack.

Terima Kasih Love, Izah, Nieza, Mas, dan K.Jee

daripada Love dan Izah.
terima kasih kpd kedua2nya...akak suka sgt award ni...Semoga persahabatan kita di alam maya kekal terjalin dan bersama-samalah kita menceriakan lagi dunia masakan yang mana kita dpt berkongsi ilmu dengan penuh keikhlasan dan ketulusan hati.

Poskad ni datangnya daripada nieza yg kini berada di Finland. Terima kasih, nieza dan happy 1st blog anniversary! Tahniah diucapkan. Semoga nieza sentiasa sukses dan bersemangat untuk terus berkarya dan berkongsi pengalaman dalam dunia masakan. 

Pada masa yg sama mas pun menyambut 1st blog anniversary gak. Taniah yer mas. Terima kasih kerana mas tak jemu2 singgah dan meninggalkan komen di blog akak hampir setiap hari. Terharu akak dibuatnya. Akak doakan semoga mas sentiasa sukses menghasilkan resepi serta berkongsi ilmu masakan kpd semua pembaca. Semoga apa yg dikongsi mendapat manfaat kpd semua, InsyaAllah. 

daripada Kak Jee
Terima kasih byk2 yer kak atas pemberian ole-ole yg begitu kreatif dan menawan ni. Dyg sgt2 terharu. Semoga persahabatan kita di alam cyber ini akan terus kekal berpanjangan. Seronok dapat berkenalan dgn kak Jee yg satu masa dulu beliau adalah merupakan seorang pelakon dan wartawan. Kini bergiat dalam penulisasn skrip. Dyg masih ingat lagi wajah kak Jee dan minat sgt dengan lakonan beliau. Tak sangka dpt berjumpa di sini. All the best buat kakJee!


Terima kasih kpd semuanya.

Tuesday, April 12, 2011

Crispy Onion Rings (my style)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Tiba2 rasa nak demam plak. Ni bukan demam kek eggless yer tp btl2 rasa nk demam. Dah musim agaknya. Harap2 tak berlarutan. Tapi demam kek eggless tetap ada kesinambungannya..kalau tak dari dapur sini, dari dapur sana sinun...heheh. 

Adehh...dah tak tau nk cakap dah ni...kita layan dulu crispy onion rings yg DJ buat pagi tadi utk si prince charming. Mmg fav dia nih. Si kakaknya tak reti mkn bawang besar stail gini. Jadi, tak adalah nk berebut-rebut. Selain snek ni, DJ sempat gaklah buat mi goreng sket. 

Oleh krn DJ msh menghadkan penggunaan telur kat rumah ni, maka, nak buat onion ring ni pun tak pakai telur. Buat batter yg ringkas tapi rangup. Ni nak bg tau sejujur2nya....onion ring ni tersangatlah rangup dan sentiasa rangup walaupun dah sejuk. Tp bawangnya tetap lembut la kan sb bila dah sejuk, ia akan jadi berair...dah mmg sifatnya..hehe...tapi tepungnya tetap rangup. Kalau bubuh telur pun ok, cuma rangupnya tak lama. Bila dah sejuk jer terus lemau. Apa2pun terpulang pd selera anak tekak masing2 kan. Janji happy....hihik.

Nampak tak DJ buat apa ni? Apa nama selaput putih transparent yg mcm berlendir sket ni??..DJ tak tau nak sebut apa. Yang nilah DJ sentiasa buang kalau tak nak bagi bawang ni rasa mcm kelat2 sket. Kalau tak nak buang pun tak apa.

Oklah, eh, panjang lak ceritanya....hehe. Jom semak resepi mudah ni....

Crispy Onion Rings
resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan :

  • Bawang Holland secukupnya (dipotong bulat)
  • 1 cawan tepung naik sendiri 
  • 3/4 cawan air sejuk dari peti ais
  • sedikit lada sulah
  • garam dan sedikit gula
Cara-cara :
  1. Satukan kesemua bahan kecuali bawang ke dalam mangkuk dan sebatikan. Kemudian simpan ke dalam peti sejuk selama 15-20 minit.
  2. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng terendam. Pastikan minyak cukup panas.
  3. Celupkan bawang ke dalam batter sejuk tadi dan gorenglah sehingga keemasan. Toskan.
  4. Hidangkan bersama sos cili. Sangat enak dimakan pada bila-bila masa sahaja.
***Jika adunan/batter kurang pekat, sila tambah tepung. 

Monday, April 11, 2011

Kuih Lopes

Dah lama kuih ni duduk dlm folder. Baru teringat nak tayang. Masih ada lagi yg sedang menunggu giliran untuk dibuat tayangan amal. Nak cakap gaklah betapa sedapnya kuih lopes nih...anak2 pun suka makan. Meskipun ada termenderhaka sket kat resepi ni, tapi tetap menjadi dan tetap sedap...terima kasih kpd si empunya resepi, tulip77 dari dapur Myr. Siapa nama dia ni?? Pija eh??..DJ pun x pasti sgt...hehe. Apa2pun, terima kasih sekali lagi. Memang sedap!


Jom, layan resepinya...


Kuih Lopes
resepi : tulip77@myresipi.com

Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )
  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur (tak letak)
  • 1/2 sdt garam
  • beberapa titik pewarna hijau (DJ letak pandan paste)
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
*** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air
  • 1 helai daun pandan  (DJ tambah)

Cara-cara
  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.

*** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.

Sungguh tak sangka anak2 dah mula reti nak makan kuih-muih...nanti nak buat lagi dan lagi...

Super Moist Eggless Chocolate Cake...lagikkk!

Buat lagi untuk disedekahkan kpd jiran. Kali ni bubuh siap2 dalam cup. Terima kasih tak terhingga buat kak Nor Ganu(jiran yg jauh tp dekat di hati) yg telah menjadi org pertama mencuba resepi kek nih...berbaloi2 kan kak??...hehe. 

Yang ni msh panas lagi tau..baru kuar dari oven...tak sabar2nk tunggu sejuk..daah kena ngap...heheh. 

Kalau nak buat untuk big family atau utk tetamu, DJ sarankan buat 2 adunan atau lebih. Resepi ada DI SINI. DJ menggunakan cup berukuran 5.5cm (saiz M) dan dibakar dengan menggunakan suhu 160C selama 35 mnit. Untuk 2nd trip, ambil masa 30 minit shj. O ya, serbuk koko cap Kijangku dah habis, jadi, terpaksa guna koko biasa jer. Jadi, kaler pun tak hitam sgt. Apa2pun, tetap sedaaaappppp!!

Kek eggless ni mmg beginilah kejadiannya (i likeee...). Walaupun ada berlakunya keretakan kesan dp gempa bumi tp x usahlah dipandang pada rupanya yer...hehe. Selamat mencuba!

Saturday, April 09, 2011

Super Moist Eggless Chocolate Cake

Kek ni sebaik jer lepas bakar terus potong gini2 sb askar2 dah tak sabar nak ngap. Nasib baiklah sempat mintak dia org ni bersabar jap...biasalah nk buat tayangan amal...hehe. Kalau dibiarkan sehari dua, lagi nampak kelembapannya dan lagi sedap tak terkata...tapi biasalah kek coklat tanpa telur sentiasa laku kat umah ni. Kedua2 org askarku boleh makan sb yg sorang tu mmg takleh makan kek coklat yg ada telur. Cepat muak agaknya. 

Alkisah sebenarnya DJ nk buat kek kukus Chef Zubaidah yg tengah meletop skrg ni. Sana sini org dah buat. Memang nampak best sgt kek tu. Tapi hajat ni tak kesampaian dan terbantut sejak terkeluarnya berita telur palsu baru2 ni. Entah, tetiba jadi tak jadi jer nak buat. Bukan tak yakin dengan telur yang berlambak dalam esbok tu. DJ tau tu telur asli. Nak bezakan yg palsu dan asli ni pun dah ada diberi maklumat kan...tapi entahlah, rasa2 nak stop dulu guna telur...nanti2 boleh continue..hehe. 

Kek ni DJ bakar dengan suhu 140C jer tapi 10 minit terakhir tu DJ naikkan lagi ke 160C. Sebabnya ialah oven ada meragam sket. Dah uzur katakan...hehe. Tapi kalau suhu2 biasa tu bolehlah guna sekitar 160C jer kot. Tu bergantunglah pada jenis oven masing2 lah yer. 

Alhamdulillah, stkt ni versi apa sekalipun kek eggless ni tetap menjadi biarpun taklah menarik sgt kejadiannya. Mungkin ada sedikit keretakan berlaku tapi tak apa, asalkan menjadi, sedap dan moist. Pada mulanya nak letak topping coklat. Bila DJ dah rasa sepotong, rasanya tak perlu dah nk bubuh topping tu sb dah cukup lemak manisnya. 

Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan : loyang 6-7 inci
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko  (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. 
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.


Untuk versi dlm cup, SILA KLIK DI SINI

Friday, April 08, 2011

Rendang Daging Berempah



Assalamualaikum....

Minggu merendang tak habis lagi...hehe. Sejak dua menjak ni mmg rajin sungguh buat rendang...tak jemu2 nampaknya. Yalah, rendang ni sedap kan, tunggu rajin jer boleh buat. Kalau tak buat pun, beli siap jer. Kalau sebelum ni DJ tayang rendang ayam, kali ni tayang rendang daging lak. Menggunakan resepi yg lebih kurang sama. Cuma kali ni DJ tambah buah keras sb nak bagi lebih pekat dan sedap. Memang sedap sangatlah!

Sebenarnya mood minggu ni tak begitu stabil sb terasa mcm tak sedap hati lak....tapi still oklah. O ya sebelum terlupa, ada yang bertanya tempoh hari tentang kamera yg DJ pakai utk shoot gambar2 yg semakin hari semakin membesar dan clear...ekeke. Ok sejujur2nya, DJ pakai kamera digital biasa jer...lom sampai tahap SLR lagi seperti yg disangkakan...jauh panggang dari api..tengoklah gambar pun msh tahap amatur lagi tu....hehe. Tp yang penting, puas hati, kebanyakan gambar tak perlu diedit byk dan ada yg tak edit langsung (termasuk gambar rendang ni....sekadar letak frame dan watermark shj), harganya yg affordable dan senang nak sumbat dlm poket jeans dan handbag...dan senang nk bawak ke hulu ke hilir....hehe. Begitulah ceritanyaa...hehe

Oklah, mari kita layan dulu resepi rendang ni yer. Kalau ada yg tringin nak cuba, dipersilakan. Trm ksh. 

Rendang Daging Berempah
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan :
  • 1 kilo daging (dipotong kiub atau ikut suka dan dibersihkan)
  • 1 helai daun kunyit (dihiris)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 sudu makan rempah kari daging (dibancuh dengan sedikit air)
  • 3 sudu makan cili giling atau secukupnya (boleh campur dengan cili padi)
  • gula melaka secukupnya
  • 3 biji buah keras (ditumbuk)
  • Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, cengkih, pelaga dan bunga lawang)
  • sedikit air asam jawa
  • kerisik secukupnya
  • santan cair dan santan pekat secukupnya
  • garam secukup rasa
bahan-bahan kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan kisar bersama serai dan rempah 4 sekawan hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling, buah keras dan rempah kari. Tumis lagi sampai pecah minyak.
  2. Masukkan daging, santan cair, air secukupnya, garam dan gula melaka. Setelah hampir empuk, masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau lagi dengan api perlahan sehingga daging benar2 empuk. Setelah masak, tutupkan api.
  3. Hidangkan. Sangat enak dimakan bersama nasi lemak, pulut kuning, lemang dan nasi putih.

Award daripada Noorsha. Syukran yaziilan....

Terima kasih buat Noorsha kerana sudi memanjangkan award yg cantik ni ke sini. Actually, ada lagi awards dan tags yg tak sempat DJ publish sampai skrg. Harap jangan ada yg terasa hati yer. InsyaAllah, nanti DJ akan publish all in one punya....tungguuuu. 

1. Kena pos balik linking kepada orang yang memberi award ini. (done)

2. Berkongsi apa jua mengenai diri dengan semua :
  • Isteri dan ibu kpd 2 orang anak. 
  • Seorang yg amat tegas, garang tapi penyayang...(siapa nak jadi anak angkat??...hihi)
  • Suka kaler hijau. Pantang nampak benda2 bewarna hijau terutama kain ela, terus sambar....hehe. Selain kaler hijau, suka gak kaler biru, pink, hitam, putih dan peach. Kaler paling tak suka ialah kelabu.
  • Suka memasak, baking dan mengukus kek. Kek yg dah lama tak buat ialah kek kacang tanah dan kek lama yg tringin sgt nak buat ialah kek Batu Karang..tp resepi tak jumpa2 sampai skrg...huhu. 
  • Suka makan kacang tak kiralah kacang apa...kacang botak, kacang goreng, kacang gajus dan apa2 jelah asalkan kacang. 
  • Cukup prihatin dgn anak2 yg bernasib malang. 
  • Anti rokok. Paling tak suka tetamu dtg merokok dlm rumah. 
  • Minuman kegemaran ialah air nescafe 3 in 1, horlicks panas, jus oren suam dan air limau suam. Tak suka minuman sejuk. Minuman utk kesihatan ialah jus pegaga dan air kunyit...ngeee.
  • Makanan fav ialah semua jenis yg memikat selera terutama sate dan nasi beriani.
  • Paling geli dan paling benci dgn lipas terbang terutama kalau terjumpa dalam bilik tidur. Selagi tak jumpa dan tak spray sampai mati selagi tu tak boleh tidur...hehe. 
  • Suka tengok citer seram dan action. 
  • Suka bunga ros. 
  • Rasa2 cukup dah kan...hehe

3. Berikan kepada 15 blog lain yang baru ditemui.
- Taklah lama dan taklah baru sgt. Sebenarnya lebih daripada ni. Jangan ada yg berkecil hati jika tidak tersenarai yer sb DJ kena ikut syarat 15 blog jer...hehe. Sila abaikan jika ada yg dah dpt award yg sama. tq.
  1. http://fromintankitchen.blogspot.com/
  2. http://sweetsnonakuazizah.blogspot.com/
  3. http://mas-dapurmas.blogspot.com/
  4. http://faish5807.blogspot.com/
  5. http://azlirazali.blogspot.com/
  6. http://mamawandiha.blogspot.com/
  7. http://surisolehah76.blogspot.com/
  8. http://sariyusa.blogspot.com/
  9. http://resepihidupku.blogspot.com/
  10. http://nurniezza.blogspot.com/
  11. http://keluargakusayang.blogspot.com/
  12. http://patinpasta.blogspot.com/
  13. http://yateasybakes.blogspot.com/
  14. http://yatiememories.blogspot.com/
  15. http://inaku79.blogspot.com/


Wednesday, April 06, 2011

Puding Milo Kukus

Sekali tengok macam kek jer kan...hehe. Biasanya DJ kukus dalam bekas-bekas kaca kecik. Biar nampak comel sket. Tapi entah kali ni bubuh dalam satu bekas jek. Saja nk buat kelainan. Bila dah siap kukus, biarkan puding ni sejuk terlebih dahulu...pas tu barulah diterbalikkan. Memang sekali pandang tu nampak mcm kek coklat jer....hehe. Kalau nak dibakar cara bain marie pun boleh. Lagi nampak cantik hasilnya..mcm nk buat puding gula hangus tu gak...halus dan licin jer kulitnya...kan3x?....Apa-apapun rasa puding ni maintain sedaaappp!...

Ni lah antara yg DJ sempat buat hari ni... sebagai pelengkap makan siang. Teringin benar nak buat lassi mangga...tapi stok mangga lak dah habis. hmmm...tak apalah...lenkali saja.

Jom semak resepi puding nih. Memang teramat senang nk buat. Pendek katalah, budak darjah 1 pun boleh buat tau...ahakss...

Puding Milo Kukus
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan : 2-3 orang makan
  • 1 cawan milo
  • 1 cawan susu segar 
  • 1/2 cawan gula perang (boleh tambah lagi ikut citarasa)
  • 2 biji telur A
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan bekas tahan panas untuk puding. Jika nak buat satu bekas, sapukan sedikit mentega. 
  2. Kisar semua bahan di atas KECUALI telur hingga sebati. Ketepikan.
  3. Dalam bekas yang lain, pukul atau kacau telur perlahan-lahan tetapi jangan sampai berbuih. 
  4. Satukan telur dengan bahan yang dikisar tadi. Kacau sebati. Kemudian tapiskan.
  5. Tuangkan ke dalam bekas tahan panas. Tutupkan dengan kertas foil/aluminium. Kemudian kukuslah selama lebih kurang 30-40 minit. 
  6. Setelah masak, biarkan ia sejuk terlebih dahulu. 
***Kalau suka serbuk kulit kayu manis, bolehlah bubuh sket dalam adunan.


Ayam Masam Manis


Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Agak lewat nak mengadap komputer ari nih...padahal taklah sesibuk mana pun...hehe. Seperti biasa, DJ nk ucap terima kasih buat semua pengunjung yg sudi singgah dan tinggalkan jejak di sini. Tanpa anda, suramlah blogku ini...

Oklah, menu ari ni taklah special sgt. Buat yg biasa2 dan main campak2 jer...tapi Alhamdulillah sedaaapp! Rasa mcm padprik ayam pun ada gak. Pada mulanya nk buat telur bungkus tapi kan DJ tak berapa nk rajinlah ari nih...mood tak berapa ok tapi oklah jugak daripada takda langsung...eh, tetiba jadi bengong plak dah...haha.

Apa-apapun layan jelah gambar ayam berserta resepinya ni k...sangat mudah dan sedaaapp! 

Ayam Masam Manis
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan :
  • 200g isi ayam (dihiris kecil-kecil, diperap dengan serbuk kunyit dan garam, kemudian digoreng)
  • 1 labu bawang holland (dipotong bulat dan digoreng)
  • 1 tangkai cili merah (dihiris)
  • 1 cm halia (dicincang)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu kecil cili giling (cili padi pun boleh)
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos plum (sos tomato pun boleh)
  • 1 sudu kecil sos tiram dan kicap manis
  • 2 biji limau kasturi (diambil jusnya)
  • 1 sudu makan madu (dibancuh dengan sedikit air)
  • 2 helai daun limau purut
Cara-cara :
  1. Tumis bawang putih dan halia hingga garing. Kemudian masukka cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos cili, sos plum, sos tiram, kicap, madu dan cili merah. Kacau sebati. Boleh tambah sedikit air jika perlu. 
  3. Kemudian masukkan ayam yang sudah digoreng tadi, jus limau dan daun limau purut. Gaul-gaulkan sebati hingga kuahnya sedikit pekat.
  4. Setelah masak, angkat taburkan bawang besar goreng. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih. 

Tuesday, April 05, 2011

Rendang Ayam Berempah


Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

2 hari lepas buat pulut kuning bersama rendang ayam. Tapi tak sempat nk shoot set lengkap tu. Dapat tayang gambar ni je lah yer biarpun tak nampak ayamnya...malu kot...hehe. Memang sedaaaaapppp sangat! Biapun kat rumah ni tak ramai orang, tapi kan DJ kalau tang rendang ni tak kesahlah makan tak berteman ker, tetap berselera...ada teman lagilah lagi...hehe


Rendang Ayam Berempah
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong sederhana dan digoreng 1/2 masak)
  • 1 helai daun kunyit (dihiris)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 sudu makan rempah kari daging (dibancuh dengan sedikit air)
  • 3 sudu makan cili giling atau secukupnya 
  • gula melaka secukupnya
  • Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, cengkih, pelaga dan bunga lawang)
  • sedikit air asam jawa
  • kerisik secukupnya
  • santan secukupnya
  • garam secukup rasa
bahan-bahan kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan kisar bersama serai dan rempah 4 sekawan hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling dan rempah kari. Tumis lagi sampai pecah minyak.
  2. Masukkan ayam, daun limau purut, santan, gula melaka, garam dan bahan-bahan selebihnya. Kacau hingga ayam masak dan kuahnya pekat.
  3. Hidangkan setelah masak. Sangat enak dimakan bersama nasi lemak, pulut kuning, lemang dan nasi putih.

Monday, April 04, 2011

Tauhu Kukus BerSos Tiram

Assalamualaikum...

Betapa rindunya nk makan tauhu kukus ni...sesekali makan mmg sedap sangat...terfikir gak nak buat puding tauhu tapi tauhu lembut ni hanya tinggal sekeping jek...nak buat puding atau nak kukus..byk kali gak fikir...finally, kukus jer lah...next time beli lebih sket dan bolehlah dibuat puding. Puding apa entah...idea ni akan ada time nak memuding jek.....hehe.

Biasanya bl dah buat tauhu kukus ni DJ akan makan gitu2 jer dengan kuahnya. Bila dah kenyang, tak pandang dah nasik dan lauk2 lain. Kali ni buat bersos tiram. Memang sedaaapp!

Tauhu Kukus Sos Tiram
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan :
  • 1 keping tofu lembut (dikukus selama 5-7 minit)
  • 1-2 sudu makan sos tiram
  • 1-2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu kecil madu - optional
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/4 kiub ayam atau kiub ikan bilis
  • sedikit minyak bijan atau minyak masak
  • 1 sudu makan kacang tanah kisar
  • sedikit daun bawang
  • sedikit air
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih hingga terbit bau.
  2. Kemudian masukkan sos tiram, madu, sos cili, kicap manis, kiub ayam/ikan bilis dan sedikit air. Kacau sebati.
  3. Setelah masak, angkat dan siramkan ke atas tauhu yang sudah dikukus tadi. Taburkan kacang tanah dan daun bawang. Hidangkan.

Choco Mousse Brownies - updated


Last n3 malam ni. Sila jamu mata dulu yer...esok lusa kita cerita panjang psl kejadiannya...nak rest dulu. Selamat malam...

Update :

Resepi choco mousse ini DJ ambik dari dapur yani@myr, manakala utk lapisan brownies tu plak DJ guna resepi cakey brownies DJ sebelum ni. Ini kes tak berapa nak rajin main putar2 adunan ler tu...hehe. Apa-apun kombinasi bahan-bahan ni mmg cukup kena dengan citarasa. Trm ksh buat yani krn sudi share resepi mousse yg sgt sedap ini.

Choco Mousse Brownies
Resepi : yani@myr

Bahan-bahan ( loyang 18cm )

Brownies
  • 45g butter
  • 65g gula halus
  • 1 biji telur
  • 50g tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar serbuk koko
Chocolate Mousse
  • 140g coklat masakan 
  • 1 sudu besar gelatin
  • 100ml air
  • 2 biji telur putih
  • 200g whipping cream 
  • 40g gula halus
Cara-cara
  1. Penyediaan Brownies. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
  2. Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
  3. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
  5. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
  6. Penyediaan Mousse. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
  7. Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
  8. Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.
  9. Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
  10. Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.
  11. Masukkan no.10 dan no.7 ke dalam no.9. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
  12. Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.

TIPS: Dari K nor : kalau guna loyang 23cm, buat 1 1/2 resipi ni utk elak dr terlalu nipis.

Cakey Brownies
resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

Bahan-bahan :
  • 2 biji telur A (dipukul sedikit)
  • 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/3 cawan koko
  • 3/4 cawan gula perang lembut (soft brown sugar) - boleh tambah jika nak lebih manis
  • 1/2 cawan mentega (dicairkan)
  • 1 sk esen vanilla

Cara-cara :
  1. Panaskan oven pd suhu 170-180C. Lengserkan dulang pembakar dgn mentega.
  2. Satukan mentega yg sudah dicairkan bersama gula, telur dan esen vanilla. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan koko. Kacau lagi hingga sebati. (boleh juga campurkan badam, kismis dsbnya jika suka)
  4. Tuangkan adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar selama 20-25 minit ikut jenis oven masing-masing.

Sunday, April 03, 2011

Ayam Goreng Bawang Putih


Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Menu hari ni sangat ringkas. Ayam goreng dan bayam rebus. Ni pun anak2 yang request. Dah agak lama tak buat ayam stail gini. Buat lebih sket sb budak2 ni suka main ratah ...mmg terasalah kerangupan bawangnya. Sedaaap! 

Rasa2 pernah letak resepinya sebelum ni tapi tak apalah, DJ tulis semula. Lagipun resepinya ringkas jer...seringkas ayam yg dimasak...hehe. Trm ksh yer sudi singgah. Tak sempat lagi nk reply komen sb anak2 nak pakai laptop. Nanti sambung lagi dengan n3 yang lain. Jom semak resepi ni dulu...tq


Ayam Goreng Bawang Putih
Resepi : DapurKu Sayang@dayangjack.blogspot.com


bahan-bahan :

  • 10 ketul ayam
  • 10 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 inci halia (ditumbuk)
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu makan tepung goreng serbaguna - optional
  • serbuk kunyit secukupnya
  • sedikit air sejuk
  • garam
Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan di atas dan perapkan selama 30 minit di dalam peti sejuk.
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Setelah cukup panas, gorengkan ayam hingga keemasan.
  3. Angkat dan hidangkan.

Saturday, April 02, 2011

Mi Goreng (my style)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Pagi tadi buat mi goreng ringkas jer. Actually, anak2 mmg gemarkan mi goreng yg serba tak lengkap ni sb tak ada sayur sawi, kobis dsb. Hanya letak sayur tauge jer. Tapi yg paling penting ialah rasanya yang sedap dan memikat selera. 

Memang dah biasa masak stail gini. 

Mi Goreng
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

  • 450 g mi kuning
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit cili giling
  • 1 biji telur
  • 10 ekor udang (dibuang kulit)
  • 2 keping tauhu (dipotong kiub)
  • fishcake secukupnya (optional)
  • 1 kiub pati ayam Knorr
  • sos cili
  • sos tomato
  • kicap pekat
  • kicap manis
  • sos tiram
  • lain-lain jika suka : sayur tauge, kobis, sawi, dan, limau kasturi, cili merah daun sup
Cara-cara :
  1. Tumis bawang-bawang yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan kiub ayam serta cili giling dan tumis lagi hingga garing. Kemudian masukkan kicap pekat, sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap manis secukupnya. Kacau rata-rata.
  2. Masukkan tauhu dan sedikit air. Kacau perlahan-lahan supaya tauhu tidak hancur. Kemudian, masukkan udang dan fish cake. Pecahkan telur dan kacau lagi. 
  3. Masukkan mi dan gaul-gaulkan. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran yang lain. Jika kurang rasa, boleh tambah kicap, garam dan sebagainya. 
  4. Setelah masak, angkat dan hidangkan. Boleh juga dihiaskan dengan cili merah, daun bawang, daun sup, bawang goreng, liamu kasturi dan lain-lain.

sedap biarpun ringkas...

Friday, April 01, 2011

Ikan Merah Masak Acar



Assalamualaikum.....

Alhamdulillah...dapat lagi bersiaran meskipun dah lewat petang. Terima kasihlah kpd yang sudi singgah dan tinggalkan jejak di sini yer. InsyaAllah komen2 serta mesej di chatbox akan dibalas jika ada masa terluang. Terima kasih sekali lagi. 

Wah! begitu cepat masa berlalu. Hari ni baru perasan dah 1hb April. Jangan ada yg buat April Fool, udah la yer...aku tak rela....hehehe....Ooopps!..terus tringat zaman2 sekolah dulu. DJ ni lah slalu terkena April Fool...menciiii betul time kena sakat leh bdk2 lelaki nih...hwaaaa!...dah3x..malas nk cerita...kang ada yg tergelak besar kang...hahaha...

Oklah, hari ni DJ masak satu lauk jer. Tak larat dah nak masak mcm2. Penat satu hari mengemas dan mencuci dapur. Tapi oleh krn dah lama mengidam ikan merah ni, DJ masaklah dalam 3 ketul. Tapi besar gak tu. Cukuplah utk makan 3 branak. Hubby lak baru jer bertolak ke Melaka nak settle kerja kat sana. Lagipun dia mmg bersungguh2 nak berdiet nih. Siap pergi gym lagi..jadi, kalau DJ masak lauk pun, dia ratah sikit jer atau makan dgn roti. Nasik pun lately  jarang DJ tengok dia makan...ok la tu...diet ni sebenarnya kena ada kesungguhan, kalau tak, mmg xleh jadi kan. When there is a will, there is a way....hehe. Eh, cerita bab diet plak dah...haha.

Jomlah  layan resepi ikan merah masak acar nih...mmg sesuai dgn citarasa. Sedap! 

Ikan Merah Masak Acar
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan : 3 orang makan
  • 3 ketul ikan merah
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit tepung jagung
  • sedikit garam
Cara-cara : gaul-gaulkan ikan bersama semua bahan di atas dan gorenglah hingga masak. Ketepikan.

bahan-bahan acar :
  • 6 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 cm halia (dicincang)
  • 1 sudu makan cili giling
  • 50 ml air asam jawa
  • 2-3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • garam dan gula
bahan-bahan hiris :
  • 1 labu bawang besar
  • 1 tangkai cili hijau
  • 1 tangkai cili merah
  • 1 biji tomato
  • sedikit timun
  • sedikit nenas-optional
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan tumbuk, halia dan cili giling hingga wangi dan pecah minyak.
  2. Masukkan sos cili, sos tomato, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masukkan sedikit air dan kacau sebati.
  3. Akhir sekali masukkan ikan dan bahan-bahan hiris. Setelah kuahnya pekat, tutupkan api. Angkat dan hidangkan.