Saturday, April 02, 2011

Mi Goreng (my style)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Pagi tadi buat mi goreng ringkas jer. Actually, anak2 mmg gemarkan mi goreng yg serba tak lengkap ni sb tak ada sayur sawi, kobis dsb. Hanya letak sayur tauge jer. Tapi yg paling penting ialah rasanya yang sedap dan memikat selera. 

Memang dah biasa masak stail gini. 

Mi Goreng
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

  • 450 g mi kuning
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit cili giling
  • 1 biji telur
  • 10 ekor udang (dibuang kulit)
  • 2 keping tauhu (dipotong kiub)
  • fishcake secukupnya (optional)
  • 1 kiub pati ayam Knorr
  • sos cili
  • sos tomato
  • kicap pekat
  • kicap manis
  • sos tiram
  • lain-lain jika suka : sayur tauge, kobis, sawi, dan, limau kasturi, cili merah daun sup
Cara-cara :
  1. Tumis bawang-bawang yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan kiub ayam serta cili giling dan tumis lagi hingga garing. Kemudian masukkan kicap pekat, sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap manis secukupnya. Kacau rata-rata.
  2. Masukkan tauhu dan sedikit air. Kacau perlahan-lahan supaya tauhu tidak hancur. Kemudian, masukkan udang dan fish cake. Pecahkan telur dan kacau lagi. 
  3. Masukkan mi dan gaul-gaulkan. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran yang lain. Jika kurang rasa, boleh tambah kicap, garam dan sebagainya. 
  4. Setelah masak, angkat dan hidangkan. Boleh juga dihiaskan dengan cili merah, daun bawang, daun sup, bawang goreng, liamu kasturi dan lain-lain.

sedap biarpun ringkas...

6 comments:

  1. adoii..looks so yummylicious, teringat mee goreng mak saya.

    ReplyDelete
  2. sedapnya mee goreng..
    nampak lembab jerkkk..
    kalau ada lagi..hulur la kat mas sepinggan...he..he..

    ReplyDelete
  3. sedapnya mee tu... sgt menyelerakan...

    ReplyDelete
  4. salam..kak dayang,...wow sedap nyerr mee tue,,,nak cuba lah buat tonight..

    ReplyDelete
  5. aduhh..dh tgh lapar2 nie tgk gambo nie..kecur air liur...ngehehe :)

    ReplyDelete

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih