Monday, August 30, 2010

Puding Coklat Sos Kastard


Salam...
Ini mungkin entri iftar yg the last kot sb lepas ni dah nak start mengukis & mengekek pulak. Jadi, faham2 jelah yer...hehe. Hari ni nak tempah sate jer utk berbuka. Kalau rajin, goreng mihun.

Puding coklat ni adalah dessert yg paling dyg suka sejak dulu2 lg....hehe...selalu ckp anak2 suka tp yg ni mmg favorite dyg tau. Walaupun rupa tak lawa, tapi rasanya sgt sedap, lembut dan berkrim. Anak2 tak usah tanyalah...gerenti laku punya...

Kalau ada yg berminat, bolehlah cuba resepinya yer. Tang gula tu bolehlah adjust sendiri. Bagi dyg dah cukup...sedang2 manisnya.

Puding Coklat Sos Kastard

Bahan-bahan : 5-7 orang  makan

Puding Coklat :
  • 10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
  • 500 ml susu segar
  • 250 ml susu cair
  • 100 ml air
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 2 sb susu pekat
  • 2 sb serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
  • 1 sb tepung kastard + 2 sb air
  • 1 sb mentega
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara : Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.

Bahan Sos :
  • 2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
  • 2 sb tepung kastard
  • 4 sb gula pasir
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara : Satukan kesemuanya di dlm periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dgn api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dgn coklat urai jika suka.


Terima kasih atas kunjungan anda.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 53, 2010. "1 Malaysia Menjana Transformasi"

Ayam Bistik

Salam...
Menu ni adalah menu 2 hari lepas. Tak sempat nak update pd hari tu. Maklumlah kan...dah nak dekat raya ni mcm2 benda nak buat. Tapi kukis belum start lagi ni. Ingat nk buat hari ni ler kalau rajin. Nak buat yg simple2 jer. Tak laratlah nak buat byk2. Satu atau 2 jenis pun dah cukup. Yang penting sekali biskut tu sedap dan bdk2 suka makan. Lepas tu barulah dpt buat kek. Memandangkan raya puasa tahun ni dyg tak balik Srwk (balik raya haji, Insyallah),  jadi, kuranglah sket beban nak buat kek ni...hehe. Kalau tak, dah pasti kena buat sampai 7-8 jenis kek...tak larat wooo....mau tak tido malam dibuatnya..huhu.

Apa2pun, jom layan dulu resepi ayam masak bistik ni. Versi ikut selera...hehe. Kalau ada nasi beriani atau nasi bukhari, mmg ngamlah! Tapi nasi putih pun ok gak. 

Ayam Bistik

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam sederhana (dipotong dan digoreng biasa hingga 3/4 masak)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 50 g rempah beriani + 2 sudu makan serbuk cili (dibancuh dgn air)
  • 100 g puri tomato
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • sedikit hirisan daun pudina dan daun sup
  • rempah 4 sekawan (kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang)
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 2-3 sudu makan kicap manis
  • 3 sudu makan sos cili
  • garam
  • kacang peas - jika suka
Bahan-bahan mesin :
  • 7 biji bawang merah
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
Cara-cara :
  1. Tumis rempah 4 sekawan, serai dan bahan-bahan mesin hingga terbit bau. Kemudian masukkan bancuhan rempah beriani. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak.
  2. Masukkan puri tomato, sos cili dan kicap. Kacau lagi.
  3. Setelah itu, masukkan ayam yg sudah digoreng tadi bersama daun pudina dan daun sup. Gaulkan sebati hingga masak. Masukkan tomato dan kacang peas.
  4. Hidangkan.

Thursday, August 26, 2010

Kek Green Carpet (kukus)

Dah lama  tak mengukus kek ni. Baunya yg wangi dan rasanya yg sedap lemak2 manis gitu membuatkan hati ni kembali bersemangat nak mengukusnya. Kek ni masuk list utk raya nanti tapi baru2 ni dyg tersinggah bbrp buah rumah yg menayangkan kek ni, kesabaran ni mmg tak dpt nak bertahan dah. Nak buat gak meskipun tak cukup pes pandan...redah jer...hehe. Resepi tetap maintain dgn resepi yg sama. Boleh klik di sini yer. Cuma, rasa2nya dyg terlebih letak tepung dan mentega kot..sb tu teksturnya berbeza sedikit. Apa2pun kek ni tetap sedaappp! ..sampai gak hajat di hati nk kukus kek. Lagipun, dh lm sgt tu...nak kena asah balik skil yg ada nih...hehe.

Kali ni kukus dgn loyang bulat. Biasa kukus kek dgn loyang 4 segi jer. Sebenarnya, malas nak selongkar loyang2 yg ada dlm kotak nun...bila lah agaknya yer??...hmmm...maybe 2-3 hari sebelum raya ler kot...huhu.

Kek ni sgt mudah nak membuatnya. Dyg rekemen sgt2lah kat semua pengunjung di sini. Kalau ada yg sudi utk mencuba resepi ni, silakanlah yer. Tak lupa juga kpd yg telah mencuba resepi ni, thanks a lot.

Jangan termuntah hijau lak nengok kek hijauku ini...hehe

Wednesday, August 25, 2010

Sambal Nasi Lemak (resepi II)



Salam...

Untuk memenuhi permintaan salah seorang pembaca di sini, hmmm...dyg tak pastilah pulak yg mana satu eh..kalau tak silap tempoh hari ada yg meminta dyg utk menulis resepi sambal nasi lemak versi dyg sendiri. Sebenarnya resepi sambal tu dah ada di dalam rumah ni, bolehlah google yer. Kebetulan 2 hari lepas dyg dan anak2 berbuka puasa dgn nasi lemak, jadi sempat shoot sambalnya je lah...hehe. Yang ini adalah resepi sambal versi kedua dyg. Pun sedap dan menepati selera keluarga. Jika berminat, bolehlah cuba.

Kalau tengok bahan-bahannya, dyg tak menggunakan bawang putih, Nak tau kenapa??...kenalah cuba sendiri resepi ni...then barulah tau rasanya macam mana kan...hehe. Tapi InsyaAllah, sambal nasi lemak ni tak mengecewakan. Yang paling penting, kenalah pandai adjust penggunaan garam dan gula sb kedua-dua bahan ni lah penentu sedap dan tak sedapnya sambal.

Sambal Nasi Lemak

Bahan-bahan : (4-6 orang makan)
  • 3 biji bawang merah (kisar)
  • 1/2 labu bawang besar (kisar)
  • belacan bakar secukupnya(kisar)
  • segenggam ikan bilis (dibersihkan)
  • 3 senduk cili kering kisar (-/+)
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula melaka secukupnya
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Tumis bahan-bahan kisar diikuti cili kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ikan bilis, garam dan gula melaka. Kacau lagi. 
  3. Kemudian masukkan air asam jawa dan bawang besar. Apabila bawang sudah layu, bolehlah dipadamkan api. Angkat dan hidangkan.

 ***cili kering direbus terlebih dahulu sebelum dikisar. Biasanya dyg akan blend byk2 dan simpan di dlm bekas bertutup dan kemudian dimasukkan ke dlm fridge. Bila perlu, dyg akan keluarkan. Boleh bertahan sampai 2-3 minggu lamanya.

Sup Tulang Pedas Masam...again!!

Salam...
Apa khabar semua??...Harap2 sihat dan ceria sentiasa yer. Mohon maaf sekali lagi atas kelewatan utk membalas komen serta mesej anda. Dah pasti ada yg tertunggu2 akan respon dr dyg terutama yg berkaitan dgn resepi. InsyaAllah, akan dijawab satu persatu sekiranya ada kesempatan nanti. Maklumlah, tengah sibuk dan akan bertambah sibuk dgn persiapan hari raya nanti. Macam2 perkara nak kena uruskan dulu. Walau bagaimanapun, dyg tetap singgah, update mana2 termampu serta jenguk2 blogger biarpun sekejap. 

Oklah, menu semalam, dyg masak sup tulang kegemaran, ayam panggang dan terung kicap. Hanya sempat ambik gambar sup ni jer. Yang lain mmg tak sempatlah. Walaupun dah byk kali sup ni ditayangkan di sini, tapi nak juga tayang berkali2....hehe. Sup ni sedap tau, sgt2 menepati selera anak tekak ni. Sesuailah dihidangkan  time sejuk2 ni. Actually, dlm bulan puasa ni saja dah 3 kali masak sup tulang..hajat semalamnya nak cuba sup tulang merah tapi tak cukup bahan ler pulak..last2 buat sup pedas masam ni jer..yg pasti, sup ni tetap laku dan tak jemu dimakan. Nak cuba resepinya??...sila klik Di Sini yer. Terima kasih juga kpd yg tlh mencuba resepi ni. Harap2 jangan serik utk mencuba lagi lepas ni yer...hehe.

Sup tulang ni cepat sejuk. Dah 2-3 kali dipanaskan sblm ambik gambarnya. Tak sampai 5 minit, dah sejuk balik. Maklumlah duduk dlm hutan ni kan sentiasa sejuk  dan damai jer...tak pakai kipas dan aircon pun tak apa. Cuma makanan kena cepat2 dimakan sebaik shj dihidangkan. Kalau tak, ia akan cepat sejuk dan jadi kurang sedaplah kan...hehe.

Monday, August 23, 2010

Kastard Jeli

Salam...

Dessert ekspress ni adalah menu semalam. Sibuklah 2-3 hari ni sampai nak mengadap komputer pun payah. Kebetulan SIL ada kat umah. Lagilah busy. Bukan apa, dyg ni sebenarnya seronok kalau dapat berbuka puasa ramai-ramai. Barulah ada semangat sket nak menikmati juadah...hehe. Jadi, layan jelah dulu puding ni yer. Dah tak tau nak letak nama apa. Yang penting ada kastard dan ada jeli. Nampak simple tapi sedap!..

Kastard Jeli

Bahan-bahan :
  • 90 g Premix Crystal Jelly perisa strawberry (cap Nona)
  • 3 cawan susu cair
  • 3 sb gula
  • 1-2 sb susu pekat manis
  • 1 tin buah-buahan koktel (disejatkan)
  • 1 sk esen vanilla
  • 2 sb tepung kastard
  • 1 sb mentega - optional
Cara-cara :
  1. Satukan susu cair, gula, susu pekat, esen vanilla, tepung kastard dan mentega di dalam periuk dan masak hingga pekat.
  2. Tuangkan adunan kastard tadi ke dalam bekas yg bersesuaian. Biarkan ia sejuk sebentar dan kemudian susunkan buah2an koktel tadi di atasnya. Ketepikan.
  3. Untuk adunan jeli : Didihkan air 500 ml ke dalam periuk dan masukkan serbuk jeli tadi hingga larut. Kemudian tuangkan ke atas adunan kastard tadi. 
  4. Sejukkan terlebih dahulu.

Friday, August 20, 2010

Rendang Udang


Sesekali masak rendang udang memang berselera dibuatnya. Inilah salah satu menu berbuka semalam. Sedapnya mmg tak terkata dah...tak hirau dah dgn lauk2 lain..nasib baiklah dpt masuk tayangan amal...hehe. 


Rendang Udang 

bahan-bahan :
  • 1 kilo udang segar/udang galah (DJ guna udang biasa jer)
  • 1 helai daun kunyit (dihiris)
  • 2 helai daun limau purut
  • air asam jawa
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 sk serbuk jintan manis
  • 1 sk serbuk lada hitam
  • 1 sk serbuk kulit kayu manis
  • 1-2 senduk cili kisar
  • kerisik
  • santan secukupnya
  • gula melaka
  • garam

bahan-bahan kisar :
  • 7 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 4-5 biji cili padi - optional
  • 1 inci lengkuas
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan kisar, serai dan daun kunyit hingga wangi. Kemudian, masukkan cili kisar, jintan manis dan kulit kayu manis. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan udang, sedikit santan, garam dan gula melaka. Kacau sebati hingga udang 1/2 masak.
  3. Kemudian masukkan daun limau purut, air asam jawa dan lebihan santan. Kacau lagi tanpa henti.
  4. Akhir sekali masukkan kerisik. Kacau hingga kering atau boleh juga masak berkuah.
  5. Hidangkan setelah masak.



Puding Austria

Resepi puding ni dyg salin dari sebuah majalah, kalau tak silaplah. Memang dah berkurun2 lamanya dyg simpan sebelum wujudnya blog ni lagi...hehe.. cuma tak ingat dari majalah mana, dyg editkan sedikit resepinya mengikut versi dan citarasa dyg. Tekstur puding ni adalah gabungan kek dan puding roti... dan lebih sedap dimakan setelah disejukkan. Untuk bahan-bahan hiasan kat atas tu, dyg guna campuran buah kurma, blueberry dan buah pic. Sedap tau resepi ni. Kalau ada eskrem kiwi, bubuh kat atas tu... pasti extra sedaaapp! Kalau sempat, nak buat lagilah lepas ni...

Puding Austria
Bahan-bahan :
  • 200 g buah-buahan campuran dlm tin yg telah disejatkan (ikut suka) - dyg guna pic, kurma dan blueberry
  • 1 sb minyak masak sayuran/ minyak jagung
  • 3 biji telur (asingkan kuning dan putihnya)
  • 80 g gula kastor
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sb tepung naik sendiri
  • 40 g gajus goreng (ditumbuk atau dikisar) @ serbuk badam
  • 1 sb oatmeal
  • 125 ml susu segar
  • sedikit pewarna jika suka. (Dyg guna pes pandan 1/2 sk)
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pd suhu 160-170C. Lengserkan mangkuk kaserol dgn mentega (dyg guna yg berukuran 5'' x  9"). Ketepikan.
  2. Letakkan buah-buahan di dalam mangkuk kaserol.
  3. Pukul kuning telur dan 40 g gula hingga sebati (guna whisk shj). Masukkan oat, tepung, gajus/badam, susu, esen vanilla, pewarna dan minyak masak. Kacau lagi sebati.
  4. Di dlm mangkuk adunan yg bersih, pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan 40 g gula. Pukul lagi hingga kental. Kaupbalikkan ke dalam adunan tepung tadi.
  5. Ratakan adunan di atas buah-buahan dan bakar selama 40-45 minit atau hingga masak.
  6. Setelah masak, sejukkan dulu. Kemudian, keluarkan puding dengan  menterbalikkannya.
  7. Hiaslah dgn topping kesukaan jika suka.

Sedaappp!


Dory Bakar Berempah

Salam....
Seperti yg dijanjikan semalam, di sini dyg ingin kongsikan salah satu resepi yg telah dyg masak utk berbuka puasa 2 hari lepas. Sebelum tu, dyg nak ucapkan berbanyak2 terima kasih kpd Kak Nor Ganu krn telah mencuba resepi Sup Tulang Pedas Masam yg sememangnya menjadi salah satu masakan favorite dyg lbh2 lagi pada bulan puasa ni. haaa...kalau tak cuba, mmg tak tau rasanya macam mana kan...hehe...thanks yer kak Nor. Kak Nor pesan 'dayang, take care tau, jangan penat2 sangat'...waduhh! terharunya dakuu...sungguh! rasa nk menangis dah ni....thanks for your caringness anyway...mmmuuahhh!...

Ok, jom layan resepi ikan dory. Alhamdulillah...berbaloi rasanya membeli satu pek isi dory yg harganya amat2 berpatutan dan boleh dimasak 2-3 kali. Mana nak carik ikan ni yer??...senang jer tuu...cariklah kat pasaraya seperti Giant, ada dijual di bahagian freezer. Harga lbh kurang rm10 jer kalau tak silap. Ikan  bakar ni  sedap dimakan bersama sambal kicap. Selamat mencuba yer! 

Dory Bakar Berempah

Bahan-bahan:
  • 2-3 keping isi ikan dory 
  • 1 helai daun kunyit (dihiris)
  • 2 helai daun limau purut (dihiris)
  • sedikit jus limau kasturi - optional
  • 1/2 sudu makan serbuk kari
  • 1/2 sk serbuk lada sulah
  • sedikit minyak masak/minyak zaitun
  • garam
Bahan-bahan mesin :
  • 4  biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 2 cm lengkuas
  • 2 cm kunyit hidup
Cara-cara :
  1. Campurkan bahan2 mesin dgn garam, serbuk kari, jus limau kasturi, dan serbuk lada sulah. Perapkan bahan ini pada ikan lebih kurang 1/2 jam.
  2. Panaskan oven pd suhu 180C. Susunkan ikan di dalam dulang yg berasalaskan kertas foil atau daun pisang (ikutlah kesesuaian masing2). Hiaskan dgn daun kunyit dan daun limau purut  dan renjis2kan sedikit minyak di atas ikan. 
  3. Kemudian bakarlah selama 12-15 minit atau sehingga masak. 
  4. Hidangkan bersama sambal kicap.
Untuk membuat Sambal Kicap :
  • 1 ulas bawang merah (dihiris)
  • 1 tangkai cili merah (dihiris)
  • 4-5 biji cili padi (dihiris)
  • sedikit jus limau kasturi
  • Kicap manis
  • Kicap cair
Cara-cara : Campurkan kesemuanya di dlm mangkuk dan hidangkan bersama ikan bakar.

Thursday, August 19, 2010

Menu semalam


Salam....

Kembali bersiaran....hehe.

Haihh....payah betullah nk mengadap netbook sejak kebizian melanda lbh2 lagi dah nak dekat raya ni. Byk menu x sempat nk tayang. Nak buat mcm mana kan...bz katakan..hehe. Walau bagaimanapun, sekali lagi tuan rumah berterima kasih kpd yg sudi bertandang ke sini. Kepada semua followers yg baru mengikut dyg, terima kasih byk2 yer.

Oklah, nak share sket pasal menu semalam. Antara yg sempat masuk kamera :

Dory Bakar Berempah

Kacang Panjang Tumis Campur Telur

Puding Austria

Resepi2 nya akan ditulis kemudian yer. Layan jelah dulu. TQ.

Tuesday, August 17, 2010

Puding Blueberry

Alkisahnya semalam beria2 nak buat pannacotta utk dihidangkan bersama lauk2 berbuka puasa tapi entah mcm mana lain pulak kejadiannya. Tak terlintas pun nak buat puding ni dan mmg tak masuk list pun. Selepas tengok tarikh luput inti bluberi ni, dyg terus cari idea mcm mana nak perhabiskannya dgn cara  yg lebih mudah. Kalau nak buat kek atau chilled cake, malaslah  pulak. Akhirnya, datanglah ilham ni. Alhamdulillah...anak2 kata sedaaappppp!!! Si mama dia org pun  apa lagi nak try rasa gaklah. Mmmmmm..bestttt!!...sesuailah dgn citarasa. Bolehlah, next time akan adalah siaran ulangannya. 

Ini resepinya yer jika ada yg berminat nak cuba.  Cepat, mudah dan sedap!

Puding Blueberry
Bahan-bahan :
  • 10 g serbuk agar-agar cap Tiga Ros
  • 1/3 cawan jus / inti bluberi
  • 3/4 cawan gula pasir (-/+)
  • 4 sb susu pekat manis
  • 1 cawan air (250 ml)
  • 2 cawan susu segar (500 ml)
  • 1 sb mentega
  • 2 sb tepung kastard + 2 sb air (dibancuhkan)
Cara-cara :
  1. Satukan air bersama gula dan serbuk agar-agar. Didihkan hingga larut.
  2. Masukkan susu segar dan susu pekat. Kacau sebati.
  3. Masukkan bahan-bahan selebihnya dan kacau lagi hingga kelihatan pekat. 
  4. Tuangkan ke dalam bekas besesuaian dan sejukkan terlebih dahulu.
  5. Hiaskan dgn topping blueberry atau fresh blueberries. Sedia untuk dinikmati. 

    Ikan Bakar Portugis

    Menu berbuka semalam. Resepi ni dyg kopipes dari dapur Noreen manakala sumber asalnya adalah Chef Wan. Teruja sungguh nak mencuba resepi dari chef ternama ni. Memang sedap dan menyelerakan. Dyg guna ikan pari jer. Memang tak rugi dicuba. Lain kali nak guna ikan dory pulak...hehe.

    Ikan Bakar Portugis

    Bahan-bahan (hidangan 4-6 orang):
    • 1 ekor ikan bawal/siakap atau ikan apa2 yg disukai - seberat dalam 600gm
    • 1 helai daun pisang - kalau tiada boleh guna aluminium foil
    • 1/2 biji limau nipis - ambil jusnya
    • 1/2 sudu besar kicap pekat
    • 60ml atau 1/4 cawan minyak
    • garam dan gula secukup rasa
    bahan-bahan dikisar halus :
    • 4 tangkai cili merah
    • 4 biji buah keras
    • 8 biji bawang merah
    • 1 batang serai
    • 1/2 sudu teh belacan
    • 1 sudu besar serbuk cili
    • 2 helai daun limau purut

    cara:
    1. layurkan daun pisang di atas api kecil sehingga lembut. Ketepikan.
    2. panaskan minyak di dalam kuali
    3. tumiskan bahan2 kisar di atas api yang kecil sehingga wangi
    4. tambahkan jus limau, kicap, garam dan gula secukup rasa
    5. kacaukan rata
    6. lumurkan seluruh bahagian ikan dengan sambal yang dimasak dan bungkuskan ikan dengan daun pisang atau aluminium foil
    7. bakar pada suhu 180C selama 20 min atau panggang di atas bara api 

    Sunday, August 15, 2010

    Blog List Ben Ashaari


    Salam...
    Teringin juga nak mendaftarkan blog ni ke  dlm blog list Ben Ashaari nun...siapa tak kenal kan...dah bermacam2 peluang disediakan oleh Ben untuk membantu para blogger menaikkan traffic di blog masing2. Hasilnya memang luar biasa!...

    Sebelum dyg menulis entri ni, dyg dah fikir banyak kali samada nak join ke tak...maklumlah kan...sejak dua menjak ni Teratak DJ cam 'kuye2' jer...rasa segan lak nak turut serta...takut nanti tak dapat memenuhi piawaian / syarat2 dan akhirnya kena reject...huhu... tapi tak mengapalah, dyg cuba dulu kot2 diluluskan. Kepada Ben, kalau 'space' tu masih ada, sudi2kanlah 'list'kan blog ni dlm kategori MASAKAN yer. TQ in advance.

    Nasi Ayam Madu

    Salam...
    Menu ini adalah menu berbuka puasa semalam. Macam biasa, guna resepi nasi dan bahan2 sambalnya yg telah sedia ada di dapur dyg.  Selagi tak jemu dan selagi anak2 suka, selagi itulah dyg akan  masak dgn menggunakan resepi yg sama kecuali resepi ayam....mcm biasa, selalu berubah2 resepinya mengikut citarasa. Kali ni, versi ayam bubuh madu. Alhamdulillah....memang menyelerakan!

    Nasi Ayam

    Untuk Nasi:
    • 3 pot beras (dicuci dan ditoskan)
    • 2 biji bawang merah
    • 1 ulas bawang putih
    • 1 cm halia
    • 1 sudu besar minyak sapi/Ghee
    • sehelai daun pandan (dicarik dan disimpul)
    • setitik pewarna kuning
    • sedikit garam
    • air rebusan ayam secukupnya bergantung pd jenis beras yg digunakan
    Cara-cara : Kisar bawang2 dan halia. Panaskan minyak sapi, tumis bahan kisar serta daun pandan sehingga wangi. Masukkan pewarna kuning dan kacau rata2. Kemudian masukkan ke dlm periuk nasi bersama beras td. Masukkan air rebusan ayam dan garam secukupnya. Masaklah seperti biasa.


    Untuk Sup :
    • Air rebusan ayam
    • 1 biji bawang merah (ditumbuk)
    • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
    • sedikit serbuk lada hitam - optional
    • 1 sudu besar stok ayam
    • garam secukupnya
    • sedikit daun sup dan bawang goreng
    Cara-cara : Panaskan air rebusan ayam dan masukkan kesemua bahan di atas kecuali daun sup dan bawang goreng. Sesudah masak, hidangkan dan taburkan daun sup dan bawang goreng.


    Untuk Sambal Cili :
    • 2-3 batang cili merah (dipotong2 sedikit)
    • 1 ulas bawang putih
    • 1 cm halia
    • 1 sb sos cili
    • 1 sb sos tomato
    • sedikit garam dan gula
    • sedikit jus limau kasturi
    • air masak secukupnya
    Cara-cara : Campur kesemua bahan ke dlm pengisar dan kisar sehingga lumat. Hidangkan.


    Untuk Kicap :
    • 1 sudu besar kicap pekat (-/+)
    • sedikit kicap masin
    • sedikit bancuhan tepung jagung
    • air secukupnya
    Cara-cara : Masakkan air dan kicap sehingga mendidih. Masukkan tepung jagung dan kacau sehingga kuah agak pekat.


    Untuk Kicap Pedas :
    • 6-7 biji cili api
    • 1 ulas bawang putih
    • sedikit kicap masin dan kicap manis
    • sedikt jus limau kasturi
    • sedikit air masak
    Cara-cara : kisar semua bahan sehingga hancur. Hidangkan.


    Lain-lain hiasan : timun, tomato dan daun salad.
    Ayam Madu (my style)

    Bahan-bahan : anggaran
    • 1 ekor ayam sederhana (dipotong ikut suka dan direbus 3/4 masak)
    • 5 biji bawang merah (dikisar)
    • 3 ulas bawang putih (dikisar)
    • 1 inci halia (dikisar)
    • 2-3 sb sos lada hitam (boleh juga guna serbuk lada hitam)
    • 2 sb kicap pekat
    • 2 sb kicap manis
    • 2-3 sb madu (-/+)
    • garam secukupnya
    Cara-cara : Ayam yg tlh direbus hendaklah ditoskan. Air rebusannya digunakan utk membuat sup dan memasak nasi. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan dulu selama 1 jam atau lebih. Kemudian digoreng hingga masak.

    ** Terima kasih atas kunjungan anda. Bagi yg ingin mencuba resepi2 dari dapur dyg, silakan yer. Semoga menepati citarasa anda. Terima kasih.

    Saturday, August 14, 2010

    Dori Bakar

    Salam....
    Hari ni tuan rumah dok umah jer. Tak berapa sihat lerr...sakit kepala dari pagi tadi. Mr hubby lak dah 2 hari tak ada kat M'sia ni. Mungkin balik malam ni atau esok. Sebab tu ler kurang bersemangat  nak masak lauk. Semalam sepatutnya nak buat nasi ayam tapi si princess kata nk berbuka puasa dgn GCB di McD. Tak sampai hati lak nak kata tak nak. Maka, nasi ayam tu dyg buat petang ni je lah.

    Menu bersahur malam tadi dyg masak yg ringkas jer. Ikan dori, ayam goreng  (utk princess) dan sayur tumis asparagus. Ikan dori ni boleh dimasak cara kukus atau bakar. Kedua2nya sedap dan menepati selera dyg. dyg guna isi ikan dori yg dah siap pek. Tak perlu nak susah2 lagi. Bubuh perencah, perap sekejap, kemudian dibakar dlm 10-12 minit gitu...dah siap.



    Dori Bakar

    Bahan-bahan : 
    • Isi ikan dori / fillet 
    • Kicap pekat
    • Kicap soya / kicap cair
    • sos lada hitam @ serbuk lada hitam
    • sedikit serbuk lada sulah
    • bawang merah (dihiris dadu)
    • sedikit hirisan daun ketumbar
    • sedikit madu
    • sedikit garam
    • sedikit minyak zaitun @ minyak masak
    Cara-cara :
    1. Sediakan pinggan/bekas tahan panas. Susunkan isi ikan di dalamnya.
    2. Satukan kicap pekat, sos lada hitam, kicap cair dan madu di dlm satu bekas. Kemudian tuangkan ke atas ikan. Ratakan.
    3. Hiaskan dgn daun ketumbar dan bawang merah. 
    4. Letak sedikit lada sulah dan garam dan akhir sekali minyak zaitun/masak.
    5. Kemudian bakarlah selama 10-12 minit pada suhu 180C.
    6. Setelah masak, hidangkan. Boleh juga bubuh jus lemon atau limau kasturi jika suka.

    Friday, August 13, 2010

    Ayam Goreng Berempah (resepi IV)

    Bahan-bahan :
    • 1 ekor ayam sederhana (dipotong dan dibersihkan)
    • 5 biji bawang merah (dikisar)
    • 3 ulas bawang putih (dikisar)
    • 2-3 batang serai (dikisar)
    • 1/2 inci halia (dikisar)
    • 1/2 inci lengkuas (dikisar)
    • 1-2 sb serbuk cili
    • 1/2 sb serbuk kunyit
    • 1-2 sb serbuk kari ayam
    • 1 sk serbuk jintan manis
    • 1 sk serbuk jintan putih
    • 1 sk serbuk ketumbar
    • 2 sb tepung jagung
    • garam secukupnya
    • 2 tangkai daun kari
    • 1 sb gula
    Cara-cara : Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perap selama 1 jam. Panaskan minyak utk goreng terendam. Gorenglah hingga masak keemasan.


    Thursday, August 12, 2010

    Kepah Serai Bercili


    Bahan-bahan :  anggaran
    • 300 g kepah (dibersihkan)
    • 2 batang serai (diketuk)
    • 1 inci halia (diketuk)
    • 1-2 sb cili kisar
    • 3-4 biji cili padi (diketuk)
    • 3 ulas bawang putih (diketuk)
    • 2 helai daun limau purut
    • 2 sb sos cili
    • 1 sb sos tiram
    • 1 sb sos tomato
    • 1 sb kicap manis
    • sedikit hirisan daun sup
    Cara-cara :
    1. Tumis serai, bawang putih dan halia hingga wangi.
    2. Masukkan cili kisar dan cili padi. Tumis lagi.
    3. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap manis dan sedikit air. Kacau hingga mendidih.
    4. Kemudian masukkan kepah, daun sup dan daun limau purut. Gaulkan rata2 hingga masak. Boleh tambah garam dan gula jika perlu.
    5. Hidangkan setelah masak.

    ***terima kasih atas kunjungan anda. Menu ini adalah menu yg sudah lepas dan bukannya menu berbuka puasa semalam. Baru sempat nak publish. Tuan rumah masih sibuk lagi dgn segala urusan yg teramat2 penting dan bukannya disebabkan 'alahan' dsbnya...hehe.  InsyaAllah kalau sempat akan adalah menu Ramadhan utk dikongsikan di sini yer. Terima kasih yg tak terhingga kpd yg telah sudi meninggalkan jejak,  komen,  request, ucapan, award dan cuba2 resepi di sini. Mohon maaf sekiranya tuan rumah belum sempat hendak membalasnya ketika ini.  Harap bersabar yer. 

    Selamat menjalani ibadah puasa dgn penuh kesabaran dan ketakwaan. Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, perbanyakkanlah solat, membaca Al-Quran, dzikr, sedekah dsbnya. Semoga mendapat berkat dari Allah swt. 
     

    Saturday, August 07, 2010

    OFFLINE....


    Salam....

    TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN & SOKONGAN ANDA SEMUA.

    DENGAN INI JUGA TUAN RUMAH INGIN MEMBUAT PENGUMUMAN BAHAWA TUAN RUMAH AKAN BERHENTI REHAT BUAT SEKETIKA DARI AKTIVITI 'BLOGGING' (MULAI HARI INI). JIKA ADA KESUDIAN, SINGGAHLAH KE SINI YER DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA.. TQ.

    SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA. JUMPA LAGI!...


    Menu Hari Ini....

    Kepala Kerapu Berempah Kacang Tanah

    Sup Telur Berkentang...

     Keli Berlada....menu makan malam

     Kangkung Sambal Belacan

    Friday, August 06, 2010

    Udang Goreng Lemak Kunyit


    Mula-mula makan 2 ekor jer. Lepas tu tambah lagi sekor...lepas tu tambah lagi dan lagi..huhu. Ni yang tak bestnyaa...bila makan udang, gerenti nak menambah!....nampak gayanya kena off dulu ler lps ni ekk...yer ker tu??..hehe


    Plan sebenarnya nak buat rendang udang tapi oleh kerana terlupa nak buat kerisik...terpaksalah pospon dulu. Masak style gini pun boleh tahan sedapnya....ada sesiapa nak join?? Jomlah!!

    Resepinya ringkas jer tapi dah namanya udang kan...masaklah apa2 pun tetap menyelerakan...

    Udang Goreng Lemak Kunyit

    Bahan-bahan :
    • 300 g udang (dibuang kepala dan digoreng 1/2 masak)
    • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
    • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
    • 1 inci kunyit hidup (ditumbuk)
    • 10 biji cili padi (ditumbuk)
    • 1/2 inci halia (ditumbuk)
    • 100 ml santan
    • sedikit garam dan gula
    • 1 keping asam gelugur
    • 1 helai daun kunyit (dihiris)
    Cara-cara :
    1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 tumbuk serta daun kunyit hingga terbit bau.
    2. Masukkan 50 ml santan, garam, gula dan asam gelugur. Kacau sebati.
    3. Kemudian masukkan udang yg tlh digoreng 1/2 masak tadi diikuti dgn lebihan santan. Kacau lagi.
    4. Setelah kuahnya agak pekat, boleh ditutupkan api dan hidangkan.

    Easy Cakey Brownies

    Brownies ni dibuat atas permintaan anak2. Sebenarnya tak susah pun nk buat. Tapi yg menjadi masalahnya, anak2 tak suka brownies yg rasanya lebih kpd biskut dan taknak bubuh badam atau apa2 jelah kat brownies tu tapi  nak bentuknya exactly mcm brownies...huhu. Kalau mcm tu buat kek lagi senang kan...hehe. last2 buat style gini jelah...tak kering tak lembab....sedang2. Sedaaaappp! ..Ooopps! maaf yer....dah habis licin!..hehe

    Si danial lah punya pasal ni...dia taburkan sedikit gula icing walaupun dah manis.....hehe

    Easy Cakey Brownies
    Bahan-bahan :
    • 2 biji telur A (dipukul sedikit)
    • 1/2 cawan tepung naik sendiri
    • 1/3 cawan koko
    • 3/4 cawan gula perang lembut (soft brown sugar) - boleh tambah jika nak lebih manis
    • 1/2 cawan mentega (dicairkan)
    • 1 sk esen vanilla
    • hirisan badam, kismis, dsb - optional 
    Frosting : Optional
    • 3/4 cawan gula halus
    • 3-4 sb serbuk koko
    • 50 g mentega (dicairkan)
    • 1 sb susu segar
    • 1 sk esen vanilla
    Cara-cara :
    1. Panaskan oven pd suhu 170-180C. Lengserkan dulang pembakar dgn mentega dan taburkan sedikit tepung.
    2. Satukan mentega yg sudah dicairkan bersama gula, telur dan esen vanilla. Kacau hingga sebati.
    3. Masukkan tepung dan koko. Kacau lagi hingga sebati. (boleh juga campurkan badam, kismis dsbnya jika suka)
    4. Tuangkan adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar selama 25-30 minit.
    5. Untuk frosting : Satukan kesemuanya di dlm mangkuk dan kacau atau putar hingga sebati. Kemudiankan hiaskan pada brownies yang masih panas.


    Letak hirisan cheesedale sket. Anak2 tak suka brownies yg bercampur dgn almond atau apa shj jenis kekacang..sb tu tak letak.
     

    Siakap Masak Stim + Mangga

    Salam Jumaat....
    Tak terasa kan tinggal bbrp hari lagi nak masuk bulan Ramadhan. Dalam kepala ni dah terbayang2 tempoyak goreng...ekeke...tapi seriously, hari ni dyg dah mula memikirkan lauk2 utk berbuka sepanjang bulan puasa nanti. Yang pastinya, menu tersebut mestilah lengkap, ringkas dan berkhasiat. Kemungkinan besar dyg akan offline sepanjang bulan puasa sehingga akhir syawal nanti. Maknanya tak ada entrilah kan. Bukan tak nak berkongsi menu yer cuma masa tu adalah masa yg paling sibuk buat dyg sekeluarga. Takut nanti tak mampu nak update blog...ada pulak yg tertunggu2. Sb tu lah kena bagi tau awal2...Apa2pun, semuanya bergantung pd keadaan. Jika diizinkan Allah, dyg akan update.

    Oklah jomlah layan resepi ikan masak stim ni. Senang nak buat dan jimat masa. Inilah salah satu menu kegemaran dan kerap kali dimasak pd bulan puasa. Sedap tau...gerenti menambah!

    Siakap Masak Stim + Mangga

    bahan-bahan :
    • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan dan dikelar)
    • 3 cawan air
    • 1 batang serai (diketuk)
    • 1 inci halia (diketuk)
    • 2 ulas bawang putih (diketuk)
    • 1/2 inci lengkuas (diketuk)
    • 6-7 biji cili padi (diketuk)
    • 2 biji tomato (dihiris atau dibelah 4)
    • 1 biji mangga muda / masam (dihiris halus)
    • sedikit jus limau nipis
    • sedikit sos ikan
    • sedikit sos tiram
    • sedikit kicap manis
    • sedikit garam dan gula
    • hirisan daun sup/daun ketumbar
    • sedikit bancuhan tepung jagung
    Cara-cara :
    1. Didihkan air. Masukkan serai, halia, bawang putih dan lengkuas. Biarkan ia mendidih sebentar.
    2. Kemudian masukkan ikan dan cili padi diikuti sos tiram, sos ikan, kicap, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.
    3. Masukkan jus limau, hirisan daun ketumbar/daun sup, tomato, dan akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung.
    4. Setelah masak, tutupkan api dan hidangkan ikan di dalam pinggan besar dan taburkan hirisan mangga serta lebihan daun sup/daun ketumbar.

    Wednesday, August 04, 2010

    Fettucine Con Gamberli

    Salam...
    Hari ni tuan rumah tak makan nasik...tapi teringin lak nk buat fettucine udang yg sungguh mudah dan sodappp!...ni gara2 terbaca Harian Metro ler pagi tadinya...hehe. Memandangkan bahan2nya ada dlm simpanan, apa lagi terus jer bersilat ke dapur. Bagi yg meminati masakan Itali ni dah tentu suka. Walaupun resepi nampak simple tapi sungguh menyelerakan. Memang sesuailah bagi mereka2 yg sentiasa sibuk dgn kerja.

    Jom layan resepi!...

    Fettucine con Gamberli 

    Sumber asal : Harian Metro, Ogos 2010

    Bahan-bahan :
    • 4-5 ekor udang (dibuang kulit kecuali bahagian ekor)
    • 200 g pasta fettucine (direbus ala dente)
    • 3 sk minyak zaitun
    • 2 ulas bawang putih (dihiris dadu halus)
    • 1 labu bawang besar (dihiris dadu)
    • 1 sk serbuk cili
    • 2-3 helai daun selasih (tak letak)
    • 1/2 sk serbuk lada hitam
    • tomato hirisan Itali (DJ gantikan dgn sos spagetti)
    • slice cheese (DJ tambah sendiri)
    Bahan hiasan :
    • 1 sk keju parut
    • hirisan daun pasli
    Cara-cara :
    1. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang besar dan bawang putih dgn api perlahan. Biar naik bau.
    2. Masukkan udang diikuti perencah lain termasuk cili, hirisan tomato Itali dan daun selasih. Perasakan dgn sedikit garam dan gula.
    3. Masukkan fettucine dan kacau hingga sebati. Jangan ambil masa terlalu lama.
    4. Setelah siap, hias dgn taburan keju dan daun pasli.
    molto delizioso!