Tuesday, August 17, 2010

Ikan Bakar Portugis

Menu berbuka semalam. Resepi ni dyg kopipes dari dapur Noreen manakala sumber asalnya adalah Chef Wan. Teruja sungguh nak mencuba resepi dari chef ternama ni. Memang sedap dan menyelerakan. Dyg guna ikan pari jer. Memang tak rugi dicuba. Lain kali nak guna ikan dory pulak...hehe.

Ikan Bakar Portugis

Bahan-bahan (hidangan 4-6 orang):
  • 1 ekor ikan bawal/siakap atau ikan apa2 yg disukai - seberat dalam 600gm
  • 1 helai daun pisang - kalau tiada boleh guna aluminium foil
  • 1/2 biji limau nipis - ambil jusnya
  • 1/2 sudu besar kicap pekat
  • 60ml atau 1/4 cawan minyak
  • garam dan gula secukup rasa
bahan-bahan dikisar halus :
  • 4 tangkai cili merah
  • 4 biji buah keras
  • 8 biji bawang merah
  • 1 batang serai
  • 1/2 sudu teh belacan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 2 helai daun limau purut

cara:
  1. layurkan daun pisang di atas api kecil sehingga lembut. Ketepikan.
  2. panaskan minyak di dalam kuali
  3. tumiskan bahan2 kisar di atas api yang kecil sehingga wangi
  4. tambahkan jus limau, kicap, garam dan gula secukup rasa
  5. kacaukan rata
  6. lumurkan seluruh bahagian ikan dengan sambal yang dimasak dan bungkuskan ikan dengan daun pisang atau aluminium foil
  7. bakar pada suhu 180C selama 20 min atau panggang di atas bara api 

2 comments:

  1. Salam DJ wah..ini mmg boleh buka selera ni...dan menyihatkan...hi hi hi...

    ReplyDelete
  2. Salam ramadhan kak dayang,
    Sempena ramadhan, saya mohon maaf atas salah silap ya.

    Wah..! kalu ada ikan siakap boleh try ni. nampak sooo sedap!

    ReplyDelete

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih