Wednesday, August 25, 2010

Sambal Nasi Lemak (resepi II)



Salam...

Untuk memenuhi permintaan salah seorang pembaca di sini, hmmm...dyg tak pastilah pulak yg mana satu eh..kalau tak silap tempoh hari ada yg meminta dyg utk menulis resepi sambal nasi lemak versi dyg sendiri. Sebenarnya resepi sambal tu dah ada di dalam rumah ni, bolehlah google yer. Kebetulan 2 hari lepas dyg dan anak2 berbuka puasa dgn nasi lemak, jadi sempat shoot sambalnya je lah...hehe. Yang ini adalah resepi sambal versi kedua dyg. Pun sedap dan menepati selera keluarga. Jika berminat, bolehlah cuba.

Kalau tengok bahan-bahannya, dyg tak menggunakan bawang putih, Nak tau kenapa??...kenalah cuba sendiri resepi ni...then barulah tau rasanya macam mana kan...hehe. Tapi InsyaAllah, sambal nasi lemak ni tak mengecewakan. Yang paling penting, kenalah pandai adjust penggunaan garam dan gula sb kedua-dua bahan ni lah penentu sedap dan tak sedapnya sambal.

Sambal Nasi Lemak

Bahan-bahan : (4-6 orang makan)
  • 3 biji bawang merah (kisar)
  • 1/2 labu bawang besar (kisar)
  • belacan bakar secukupnya(kisar)
  • segenggam ikan bilis (dibersihkan)
  • 3 senduk cili kering kisar (-/+)
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula melaka secukupnya
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Tumis bahan-bahan kisar diikuti cili kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ikan bilis, garam dan gula melaka. Kacau lagi. 
  3. Kemudian masukkan air asam jawa dan bawang besar. Apabila bawang sudah layu, bolehlah dipadamkan api. Angkat dan hidangkan.

 ***cili kering direbus terlebih dahulu sebelum dikisar. Biasanya dyg akan blend byk2 dan simpan di dlm bekas bertutup dan kemudian dimasukkan ke dlm fridge. Bila perlu, dyg akan keluarkan. Boleh bertahan sampai 2-3 minggu lamanya.

25 comments:

  1. sedap!..tak letak bawnag putih mmg lagi sedap bg saya

    ReplyDelete
  2. @Qaseh

    sambal nasik lemak ni bkn stkt org dewasa jer suke, tp bdk2 pun suke n dh pandai nak komen...hehe

    ReplyDelete
  3. sgt sdp..sy da cb bt..bru jek siap msk..tp sy xletak air asam jawa, sbb xde kt umh ni..dh hbs..tkr ltk ngn asam keping..yg pasti mmg sdp hingga menjilat jari..papepn thanks kpd blogger ni..n3 yg menarik n resipi yg sdp..so good!!hehehe

    ReplyDelete
  4. @Anonymous

    trm ksh sudi mencube resepi ni yer...Alhamdulillah...

    kalo ganti dgn asam keping pun tetap sedap...mekasih sekali lg.. :)

    ReplyDelete
  5. sdg mncr2 rsp smbl nasi lmk n jumpa di sini...menu sahur esok..

    ReplyDelete
  6. nak share resepi ye..

    ReplyDelete
  7. Salam kak DJ, out of curiosity, ikan bills tu perlu digoreng dulu sebelum dimasukkan dlm sambal atau boleh dimasukkan mentah terus..?

    ReplyDelete
  8. @Sha

    bilis tu dimasukkan terus. x perlu goreng. slmt mencube ye

    ReplyDelete
  9. Boleh tanya, tak perlu masukkan halia ke?

    ReplyDelete
  10. kalo xletak belacan ok x rs nyer?? coz huby sy xmkn belacan...

    ReplyDelete
  11. saya setuju degan dayang tak letak bawang putih tetapi saya rasa saya punya sambal lagi sedap hihi..dan lebih pedas dan ada cara supaya bila makan sambal agar tidak pedih perut.nak order silakanlah..tqvm tuan rumah. lihat foto ingat sambal tumis bilis saya..haha..

    ReplyDelete
  12. Kak DJ, boleh tumpang tanya? Macam mana nak prepare cili kering kisar dan boleh Kak bagi tau sukatan kasar satu ‘senduk’ itu (dalam ml) ? Nak sangat cuba resipi ini.

    ReplyDelete
  13. kene kisar sendiri lah kan baru sedap...

    ReplyDelete
  14. ermm.,, x engkah bawang puteh nang nyaman..sigek juak bawu sambal ya sik kuat gilak mun x engkah bawang putih..mun sik kah, ngerabak jak bau kat jarik...huhuhu..nak camya nak..

    ReplyDelete
  15. wah, mcm sedap je kak. :) inshaAllah akn dicuba. hehehe. thanks ya resepi nya ^^.

    ReplyDelete
  16. dyg, ikan bilis tu takyah goreng dulu ye?

    ReplyDelete
  17. @harada79
    a'ah...xyah goreng...tp kalau nk goreng pun boleh je..ikut suke :)

    ReplyDelete
  18. ada org bgtau blend cili ngn minyak skit lbh tahan lame ..btul ke?

    ReplyDelete
  19. saya sedang belajar memasak.Saya minta kebenaran nak share ye.

    ReplyDelete
  20. emm..mmg mknn kgmrn sy n husband ni.Insyallah nk try msk la....tq

    ReplyDelete

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih