Tuesday, August 17, 2010

Puding Blueberry

Alkisahnya semalam beria2 nak buat pannacotta utk dihidangkan bersama lauk2 berbuka puasa tapi entah mcm mana lain pulak kejadiannya. Tak terlintas pun nak buat puding ni dan mmg tak masuk list pun. Selepas tengok tarikh luput inti bluberi ni, dyg terus cari idea mcm mana nak perhabiskannya dgn cara  yg lebih mudah. Kalau nak buat kek atau chilled cake, malaslah  pulak. Akhirnya, datanglah ilham ni. Alhamdulillah...anak2 kata sedaaappppp!!! Si mama dia org pun  apa lagi nak try rasa gaklah. Mmmmmm..bestttt!!...sesuailah dgn citarasa. Bolehlah, next time akan adalah siaran ulangannya. 

Ini resepinya yer jika ada yg berminat nak cuba.  Cepat, mudah dan sedap!

Puding Blueberry
Bahan-bahan :
  • 10 g serbuk agar-agar cap Tiga Ros
  • 1/3 cawan jus / inti bluberi
  • 3/4 cawan gula pasir (-/+)
  • 4 sb susu pekat manis
  • 1 cawan air (250 ml)
  • 2 cawan susu segar (500 ml)
  • 1 sb mentega
  • 2 sb tepung kastard + 2 sb air (dibancuhkan)
Cara-cara :
  1. Satukan air bersama gula dan serbuk agar-agar. Didihkan hingga larut.
  2. Masukkan susu segar dan susu pekat. Kacau sebati.
  3. Masukkan bahan-bahan selebihnya dan kacau lagi hingga kelihatan pekat. 
  4. Tuangkan ke dalam bekas besesuaian dan sejukkan terlebih dahulu.
  5. Hiaskan dgn topping blueberry atau fresh blueberries. Sedia untuk dinikmati. 

    12 comments:

    1. salam dayang.. nak tanya tekstur puding ni keras cam agar2 atau lembut? tq .. psst!!! miss u :)

      ReplyDelete
    2. w'salam kak Nor..puding ni lembut sedang2. Tak keras mcm agar2. tq...miss u tooo!!! ;)

      ReplyDelete
    3. Dayang..agar2 tu boleh choose mana2 kaler jer ker?..yg Dayang buat ni kalernya sama mcm warna susu ker crystal kaler.

      ReplyDelete
    4. dyg guna kaler plain jer. mana2 pun boleh, janji ade..hehe. tq. selamat mencube yer.

      ReplyDelete
    5. Salam DJ wah terliur betul tgknya...hu hu bila lah blih try ni..minat ada...daya yang kurang hik hik hik...

      ReplyDelete
    6. w'salam...bl2 pun boleh asalkan rajin.hehe

      ..tu lah kan kdg2 bende senang pun trasa malas nk buat...mcm DJ ni gak...hihik. tq yer sudi komen.

      ReplyDelete
    7. senang nampak..ummi nak try la nnti

      ReplyDelete
    8. Assalamualaikum Dan Salam Perkenalan Dari Kak Lin....

      Kalau Kak Lin Nak Cuba Buat Puding Ni Boleh Tak?

      ReplyDelete
    9. @Ummi

      InsyaAllah sedap...selamat mencube yer..tq

      ReplyDelete
    10. @Lin Rosli

      w'salam...trm ksh krn sudi tinggalkan jejak...selamat berkenalan. Sila2lah mencube resepi2 di sini yer kak. Semoga menepati selera....tq

      ReplyDelete
    11. Slm k.dayang..Yana nak ambik resepi nie yer..nak try buat..nmpk mcm sedap jer...senang pun senang....hehehe...TQVM..

      ReplyDelete
    12. Akum...boleh share resepi ni dengan saya? Nampak sedappp.

      ReplyDelete

    komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih