Thursday, September 30, 2010

Tapai Nasi


Oleh kerana tak sabar nak tunggu bbrp minggu lagi nak balik ke kampung halamanku,..hehe..sebenarnya, nak mintak mak buatkan tapai nasik time dyg nak balik nanti, tapi entah tetiba rasa nk buat sendiri lak...mmg dah lama tak merasa tapai nasik ni...mmg rindu sgt2....

Tapai ni lebih kurang sama rasanya dgn tapai pulut. Nak buat pun senang sgt2. Tetapi bergantung gaklah dgn kualiti ragi dan pantang larangnya..kata orang tua2 lah kan...hehe. 

Hari tu dyg terbeli 2 keping ragi. Percubaan pertama tu hasilnya kurang memuaskan. Ragi tak berapa elok kot. Kali ni guna ragi yg sekeping lagi tu dan dyg tambah gula pasir sket (ini special case tau..hehe). Barulah menjadi....sedap pulak tuuu....kalau dibalutkan dgn daun lengkuas ni lagilah best...tapi dyg bubuh dlm tupperware jer. Alhamdulillah, hasilnya tak mengecewakan. 

Kalau nak tau detail pasal tapai nasik ni, silalah ke rumah HaSue...dia ada butirannya...hehe.

Tapai Nasi 

bahan-bahan :
  • nasi sejuk
  • ragi  
  • sedikit gula pasir (jika perlu)
Cara-cara : Gaulkan kesemua bahan di atas dan alaskan/balutkan dgn daun lengkuas atau daun pisang atau simpan di dlm bekas yg bersesuaian (DJ simpan dlm tupperware jer sb malas nak carik daun...hehe). Simpan selama 1 hari  sebelum dimakan. 

Wednesday, September 29, 2010

Nasi Impit Vs Kuah Kacang Pistachio

Nyum, nyum, nyum!....sedapnyaaaa!....Alhamdulillah...tercapai gak hajat nak buat kuah pistachio pagi semalam. Sebenarnya kan, resepi kuah kacang ni dyg dpt ilham dari majalah Rasa bulan September tahun ni, tetapi sebelum2 ni dyg pernah gak terfikir nak buat kuah kacang dgn menggunakan kacang pistachio atau kacang badam..nak tengok dan rasa hasilnya mcm mana....tup2 dah ada pulak resepinya (kuah kacang pistachio) dlm majalah...what a coincidence! 

Apa2pun resepi ni dyg olah mengikut citarasa sendiri. Bahan-bahan pun mengikut stok yg ada. Walaupun tajuk resepinya kuah kacang pistachio tetapi dyg tetap menggunakan kacang tanah biasa utk dicampurkan dgn kacang pistachio. Hasilnya, mmg bestlah bagi dyg. Anak2 dan hubby pun sukaaa sangat...sesekali bertukar selera apa salahnya kan...yg penting, sedap.


Sesiapa nak try resepi ni, silakan yer. TQ sudi singgah.

Kuah Kacang Pistachio

Bahan-bahan :
  • 100 g kacang pistachio (beli yg instant jer) - dikisar kasar
  • 100 g kacang tanah (digoreng dan dikisar kasar)
  • 2-3 sudu besar cili giling (cap Puteri) 
  • sedikit gula melaka
  • gula pasir secukupnya
  • sedikit garam 
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 1/2 labu bawang besar (dikisar)
  • 1/2 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 batang serai (dititik)
  • air secukupnya
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk. Tumis bahan2 kisar dan serai hingga naik bau. Kemudian, masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan kacang2 kisar tadi sedikit demi sedikit sambil diselangselikan dgn air. Kacau sebati. Gunakan api sederhana.
  3. Setelah kuahnya mendidih, masukkan gula melaka, gula pasir dan garam. Masak hingga pekat dan keluar minyaknya. 
  4. Tutupkan api, angkat dan hidangkan bersama nasi impit atau sedap juga dimakan dgn roti kosong.

Monday, September 27, 2010

Kek Coklat Lembut


Layan dulu yer...nanti update gambar lagi....tuan rumah kebizian sket masa ni. Thanks for stoppin' by.

Kek Coklat Lembut 

bahan-bahan : Loyang 9 inci @ 10 inci
  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur A
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sk esen vanilla
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1 cawan air panas
  • 1 sb ovalette
  • 1 sk baking powder
  • 1 cawan gula aising
  • 1 cawan gula perang
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lengserkan loyang pembakar dgn mentega dan alaskan dgn kertas minyak. Sapukan lagi dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Putarkan semua bahan (kecuali minyak dan air panas) sehingga gebu.
  3. Kemudian masukkan air panas sedikit demi sedikit sambil diputar hingga sebati.
  4. Tuangkan minyak jagung dan kacau sebati dengan menggunakan spatula.
  5. Kemudian masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 35-40 minit atau sehingga masak (ikut kepanasan oven masing2).
  6. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan kek sebelum dipotong. Boleh juga hiaskan dgn topping kegemaran.

Wednesday, September 22, 2010

Mi Kari


Dah tak tau nak makan apa dah mlm ni...last2 buat mi kari jer. Resepi mcm biasa, resepi tradisi. Cuma kuahnya kali ni tak pekat sgt. Keledek tak cukup. Tapi apa2pun rasanya tetap sedap!


Resepi mi kari dh byk kali diulang tayang. Tapi oleh kerana terlebih rajin, dyg cnp dari resepi yg tahun lepas. Sesiapa yg belum pernah try resepi ni, sudi2kanlah mencubanya yer. Memang tak rugi.

Mi Kari

Bahan-bahan : hidangan utk satu keluarga

Bahan A
  • 1/2 kilo mi kuning (dicelur)
  • 4 biji telur rebus (dibelah dua)
  • sedikit sawi (dicelur)
  • sedikit taugeh (dicelur)
  • sedikit daging lembu (direbus dan dihiris nipis)
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • sedikit daun sup(dihiris)
  • sedikit bawang goreng
  • tauhu yg sudah digoreng (dihiris)
  • udang yg sudah digoreng/direbus- optional
  • 2-3 biji limau kasturi - optional
Bahan B (kuah)

  • 250-300 g keledek merah (direbus dan dikisar lumat)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1/2 inci lengkuas (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar)
  • rempah 4 sekawan
  • 3 sudu makan serbuk kari daging (dibancuh dgn sedikit air)
  • 2 sudu makan tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
  • 2 sudu makan kerisik (kalau xde kerisik, buatlah sendiri. Ambil 2 sudu besar kelapa parut, pastu goreng tanpa minyak sampai perang. Then, tumbuk lumat. dah siap)
  • 700-800 ml air atau lebih
  • gula dan garam secukupnya
  • minyak masak
Cara-cara :

  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan rempah 4 sekawan diikuti dgn bahan-bahan kisar.
  2. Masukkan pes kari dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan keledek yg tlh dikisar dan juga air. Kacau sekali sekala dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan tepung gandum, kerisik, garam dan gula. Kacau hingga sebati. (kuahnya boleh adjust sendiri samada nak pekat atau perlu ditambah air).
  5. Apabila sudah masak, biarkan merenih seketika.
  6. Cara hidangan : Sediakan pinggan/mangkuk. Susunkan bahan A dan tuangkan kuahnya.

***mi ni kalau nak rasa keasliannya, tak perlu perah dgn limau kasturi. Sememangnya, dyg x suka pun sb rasanya lebih sedap tanpa limau. Tapi terpulanglah pd selera tekak masing2.

Under Creative Commons License: Attribution

Apa2 jer


Hari ni barulah tergerak hati nak cuba menggunakan google chrome.. hmmm....not bad lah. Tapi Mozilla Firefox tetap menjadi pujaanku...hehe. Sebenarnya, hari ni belum ada mood lagi nk menulis entri masak2. Malas taklah malas sgt. Cuma belum ada kekuatan lagi...cewahhh!.. :D ..

Tadi masak yg simple2 jer utk anak2. Yang penting sedap dan berkhasiat. Dyg belum ada selera lagi nak makan nasik sejak kes 'Pak Guard Baju Merah' tempoh hari. Faham2 je lah kan. Rumah ni pun dah sunyi sepi tak pasang lagu dan ada bbrp widget dah kena buang. Ini semua utk keselamatan. Gambar2 masakan    yg baru dan yg tak sempat upload hari tu pun dah kena buang. Jadi, tak ada lah entrinya. 

Apa2pun, tengoklah nanti kalau rajin, dyg akan cuba update lagi. Terima kasih pd yg sudi berkunjung ke sini. Dyg juga memohon maaf atas kelewatan utk membalas mesej2 serta komen2 anda. Dyg tak selalu berada di depan skrin disebabkan tuntutan kerja di dapur, melayan karenah anak2 dsbnya. Harap jangan ada yg berkecil hati yer. Terima kasih.


Tuesday, September 21, 2010

Kek Lapis Kembang Melati (kukus)


Inilah salah satu kek kukus yg dibuat sebaik shj balik dr kampung hari tu. Kek yg tak sempat ditayang ialah kek lapis asam manis dan kek coklat. Resepi kek ni sebenarnya dah lama tersimpan di dapur myresipi.com. Boleh klik di situ utk melihat resepi asalnya. Tapi ramai gak yg keliru tang sukatannya yg menggunakan gelas. Jadi, utk resepi ni, dyg dah edit balik. tak perlu risau tentang sukatannya lagi. Dyg hanya menggunakan cawan metrik jer. Bahan-bahannya pun dyg dah adjust mengikut citarasa. Tak apa kan dayang??..hehe...

Overall, kek ni sgt sedap especially bila dah disimpan berhari2. Lapisan hitam tu adalah gabungan coklat dan buah prune. Sepatutnya bahgian coklat tu dikukus 4  lapisan tapi oleh krn kesuntukan masa, dyg buat 3 lapisan jer. Sebab tu lapisan putih atas sekali tu nampak tebal sedikit berbanding yg lain. hehe. 

Apa2pun, kek ni tak berapa sesuai dibakar yer memandangkan cara dan teknik mengadunnya tak sama dgn mengadun adunan utk kek2 bakar. Takut nanti lain pulak kejadiannya...hehe.




Sila layan dulu. Resepi boleh KLIK DI SINI


Alhamdulillah....legaaaaa


Skrg dh boleh senyum...alangkah leganyaaa...this site dah clean setelah bertungkus lumus mencuci dan membuang segala benda2 yg berkaitan dgn virus tu tgh mlm tadi. Nyaris2 lagi nk angkut dan sumbat segala resepi ke dalam tumbler...mmg dah sedia tumbler puunn..hehe.

Lepas ni bolehlah update entri yg tertunggak. Terima kasih kpd pengunjung yg tak henti2 berkunjung ke sini. Dan mohon maaf byk2 yer sb site ni ditutup beberapa jam yg lepas demi nk menyelamatkan site ni dan juga pc/laptop/handphone masing-masing.

Penat dah memikirkan benda alah ni dan juga kejadian menimpa semalam. Namun, ada hikmah di sebaliknya.  Dyg nak berehat dulu. InsyaAllah, entri masak2 akan menyusul kemudian.

Update :

Terima kasih atas komen2 yg diberikan. Di sini dyg nak kongsi cerita bagaimana dyg dpt mengatasi masalah malware attack tu semalam. Memang memenatkan otak sebenarnya. Tapi dyg kena bertindak dgn cepat. Semuanya dilakukan dgn sendiri (sendiri buat sendiri tanggung...hehe) dgn bantuan google dan malware scanner. pssstt!..hubby tak tau langsung psl ni...yg dia tau emel tak boleh nk lepas (time dia guna laptop ni)..internet slow sgt katanya.....aku hanya mendiamkan diri... Kalaulah dia tahu problem ni dh pasti dia membebel...entah2 dia tak bagi dyg on9...huhu. Dia pun hairan gak tengok dyg smlm asyik berkepit jer dgn laptop padahal sejak dua menjak ni tak ada pulak sibuk nk berblogging...pagi tadi barulah dia sedar psl virus tu.

Ok2...meleret2 pulak ceritanya.. Begini. Tak tau mcm mana nk cerita secara terperinci cara2 nk memulihkan blog nih. Apa yg dyg lakukan ialah (guna ayat mudah jer ni yer) :
  1. Sign in blogger. Remove segala link dan coding blog yg berkaitan dgn malware attack. pastikan dah dibuang kesemuanya. Dyg remove semua bloglist dan link list tetapi hanya utk sementara waktu shj.
  2. click 'Tools'. Clear recent history. Buang segala cookies yg ada.
  3. Kemudian sila click kat 'My Account'. then, click 'Webmaster Tools'. Kalau yg belum add site kena add site dulu. Then, click site url.
  4. Lepas tu, click 'Diagnostics'. Bawah tu klik 'Malware'. Nanti google akan check samada blog dah kena infected atau pun tidak. Jika ada, google akan menyatakan problemnya. Contohnya: entri dyg yg baru2 ni dah kena serang. So, dyg deletekan entri tersebut. Then, finished. Tapi setakat tu jer lah...belum habis lagi tu...hehe.
  5. Langkah seterusnya, dyg muat turutkan perisian anti-Malware. Ini pun kena bertawakal gaklah...hehe. Takut nk download benda2 mcm ni dr internet. Dyg terbaca  komen/entri dari blog Kak Nor psl perisian ni. Nak tak nak kena buat gaklah.
  6. So, dyg install perisian tu. Then, dyg scan semua folder/sistem dlm komputer. Fuhh!!...byk gak fail kena ceroboh. Lebih dr 300 dh kena infected. Then, scan dan delete. 
  7. Lepas tu, masuk ke blogger account balik. Check kat webmaster tool. Request a review from google. Then, submit. Lepas tu, kena tunggu sejam dua. Google kata dah check dan scan blog. 'This site was found clean'. Badware warning pun dah removed dari websearch. Kena tunggu masa sikit lagi utk memulihkan site ni sepenuhnya.
  8. Lepas tu, offline kejap. Makan roti canai dulu sb dh kebuluran. Then, sejam kemudian, online lagi. Check lagi kat webmaster tools. klik 'diagnostics' dan bawah tu klik 'malware'. 

Google has not detected any malware on this site.
done....

Terima kasih juga buat kak Nor dan juga Ayie kerana sudi berkongsi info tentang permasalahan ini. Sila ke blog Ayie utk mengetahui lebih lanjut tentang perisian anti-Malware.

Monday, September 20, 2010

Dah tau punca sebenar

Alhamdulillah...dyg baru terbaca emel dari innity.net. Problem sebenarnya adalah datangnya dari pihak innity sendiri. Nak tau secara detail bolehlah jenguk di blog Kak Nor jap.  Tak pasal2 site ni jadi mangsa. Bukan setakat tu jer, byk lagi site yg ada tag innity (termasuklah myresipi.com) kena nasib yg sama. Pihak innity pun dah ckp, suruh remove dulu tag tu...mmg dah remove dah sejak site ni kena abused tadi...hwaaaaa!...dan problem ni akan settle within 48 hrs. Kalau mcm tu, legalah sket walaupun msh dlm keadaan trauma. Tak pasal2 semua kerja rumah tergendala disebabkan masalah ni. Thanks to kak Nor kerana bersusah payah call dyg dari pagi tadi tak dpt2 sehinggalah ke petang tadi semata2 utk memberitahu ttg kejadian yg tidak diingini ni.

Kpd pengunjung2 semua...tak usah risau dan was-was utk bertandang ke sini lagi. InsyaAllah, tak ada apa2 yg akan berlaku. Semua link yg ada kaitan dgn innity pun dah tak ada dan takkan ada dah lepas ni....terima kasih sekali lagi atas keprihatinan sahabat2 dan rakan2 blogger semua.

Bersabar je lah.....

Entah kenapa tetiba site kena attack lak..baru jer nak on9 ...punyalah excited nak update resepi kek kembang melatiku itu..tup2 site kena virus!..alahaii...geram pun ada, sakit jiwa pun ada...btl2 spoilt lerr....nasib baik pakai mozilla firefox...taklah suffer sgt...tp geram tetap geramlah..nak buat mcm mana kan..takkan happy pulak!!..huh!!

Actually tak tau apa sebenarnya berlaku..dari mana datangnya virus  the phantom nih...mungkin juga dari link sekian2...dyg terpaksa remove semua link yg ada buat sementara waktu. Harap2 lepas ni ok. Kalau tak ok gak, kena tutup site lerr jawabnya atau pun angkut semua resepi2 ni bawak masuk ke tumblr.com jer.. tengoklah mcm mana nanti...sabar je lah.



Wednesday, September 08, 2010

Salam Lebaran



Ada ketikanya…
MATA silap memandang,
TELINGA salah  mendengar,
LIDAH terlanjur berkata,
FIKIRAN khilaf mentafsir,
& HATI silap menduga.
Mohon maaf atas segalanya,
Salam Aidil Fitri.

Chocolate Chip and Almond Cookies dan hadiah raya....

Salam...

Alhamdulillah...tertunai gak hajat ni nak kongsikan resepi kukis biarpun dah last minute. Sepatutnya n3 ni di'publish' 2 hari lepas tapi biasalah kan..dh nak dekat raya ni...sibuk kat dapur je lah...kejap2 lagi mengukus kek pulak utk dibawa pulang ke kampung hubby. Kek2 kukus ni kena buat last minute...tak mcm kek2 bakar sb kek2 kukus kalau tak disimpan dgn cara yg betul, dlm 2-3 hari daaah basi...kalau sempat, sebelum raya, dyg tayang gambarnya...kalau tak sempat, kena tunggu balik dari kampung...ok.

Apa2pun layan je lah dulu biskut coklat best nih!...dapat buat dlm 3 balang tapi skrg dh tinggal 2 balang...hehe.

Bahan-bahan :
  • 1 buku mentega (250 g) - dilembutkan
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan gula icing
  • 2  cawan tepung naik sendiri
  • 1/3 cawan serbuk koko
  • 1 cawan nestum (dikisar)
  • 1/4 cawan serbuk badam
  • 2 biji telur
  • 1/2 sk emplex - optional
  • 1/3 cawan almond nib
  • 1/3 cawan chocolate chip
  • 2 sk esen vanilla
  • 1 sk soda bikarbonat
Cara-cara :
  1. Satukan tepung, koko, emplex dan soda bikarbonat. Ayakkan bersama. Kemudian, gaul2kan bersama nestum dan serbuk badam. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula perang dan gula icing hingga berkrim. Kemudian masukkan telur satu persatu. Putar lagi hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
  3. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 160-170C. Sediakan dulang yang beralaskan baking paper.
  4. Masukkan campuran tepung ke dalam mentega tadi diikuti dgn badam dan cip coklat. Gaul2kan hingga sebati.
  5. Bentuk2kan adunan tadi mengikut citarasa sendiri. Kemudian, susunkan di atas dulang pembakar. Bakarlah selama 15-20 minit. 
  6. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dlm bekas kedap udara.

haaaa....inilah hadiah raya atas kemurahan hati sahabat baik dyg dan hubby....nama kek ni Kek Lapis Rosalinda....amacam???...cun takkk???.... 

Resepinya tak ada lagi buat masa ni...so, layan gambar jelah dulu yer...nanti2 dyg carik resepinya....


Monday, September 06, 2010

Ikan Masak Madras

Salam....
Yuhuuuu!!...i'm backkkk!!!...tapi skjp jer...lps ni hilang balik...hehehe...alahaiii....belum apa2 lagi dah bersawang dah rumah nih...malas sungguh nk mengemas!..huhu...

Sebelum tu nak bg tau awal2 ni yer...starting lusa, kita takkan bersiaran dah yer. Tuan rumah nak  balik serta beraya ke kampung suami selama beberapa hari. Maklumlah kan, kalau kat kampung ni line internet agak slow atau tak ada langsung...mmg payah sikitlah nak jenguk serta update blog. Apa2pun, nak bawak gaklah laptop ni ke sana, mana tau ler kan, kot2 dapat...hehe.

Oklah, panjang lak intro nya...meh lah layan resepi ikan madras nih...menu semalam yg sempat diambik gambarnya...rugi pulak  kalau tak dikongsikan resepinya di sini sb masakan style gini sesungguhnya amat2 menyelerakan!..si princess kata sedaaapppp!!! nasik dah habis pun masih lg meratah ikan ni. Itupun tak cukup padahal seketul tu besar gak saiznya tau. Menyesal pulak tak masak sekor...hehe. Sebenarnya, bukan apa, semalam mr hubby bagi tau jgn masak byk2 sb dia nak berbuka kat luar dgn member2nya..so, dyg masak ala kadar jer ler ikan ni utk kami anak beranak. selain tu, ada ketam masak merah lagi..hehe. Masak banyak2 takut membazir pulak kan.Tup2 lepas berbuka tu, hubby balik nak makan nasik...aikk!..nasib baiklah ikan ni msh ada tinggal 2 ketul..kalau tak, mmg rugilah tak merasa...hehe...begitulah ceritanya....

Apa2pun, resepi ni mmg best!!!...siapa nak cuba, silakan yer. Buat utk hari raya pun best. Paling sedap guna ikan tenggiri bunga. Tapi time nak menggoreng ikan tu, janganlah goreng terlalu lama, nanti kurang sedap lak rasanya. Selamat mencuba yer. Nanti kalau sempat dyg tayang gambar kukis lak. Tengahari nanti nak keluar 'shopping' dulu.


Ikan Masak Madras (my style)

Bahan-bahan :

Bahan A :
  • 5-6 ketul ikan tenggiri 
  • 1/2 sudu makan serbuk cili (-/+)
  • 1 sudu makan tepung goreng serbaguna
  • sedikit garam
  • 1 sudu makan jus limau kasturi/air asam jawa
Bahan B:
  • 5 biji cili merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/2 inci halia (dihiris)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 cawan plain yogurt
  • 2 sb serbuk kari ikan
  • 1 sk serbuk jintan manis
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • sedikit bendi
  • tomato (dibelah 4)
  • 2 tangkai cili hijau (dipotong menyerong atau dibelah 2)
  • 1 tangkai cili merah (dipotong menyerong atau dibelah 2)
  • garam dan gula
Cara-cara :
  1. Bahan A : Gaulkan ikan bersama bahan2nya dan gorenglah hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Bahan B : Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari hingga naik bau. Sementara itu, bancuhkan serbuk kari bersama jintan manis dan jintan putih dgn sedikit air. Kemudian, masukkan ke dalam bahan tumisan tadi. Biar sampai pecah minyak. Barulah dimasukkan yogurt dan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih sebentar. Masukkan ikan, bendi, cili hijau dan cili merah. Masak lagi dlm 5-7 minit. Perasakan dgn garam dan gula. Akhir sekali masukkan tomato. (boleh perahkan sedikit jus limau nipis jika suka). Setelah kuahnya agak pekat, tutupkan api. 
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa2 shj nasi mengikut pilihan.
***kalau tak ada stok yogurt, bolehlah digantikan dgn 1 cawan susu segar + 2 sb jus lemon (bancuhkan).

Terima kasih atas kunjungan anda dan terima kasih juga atas kesudian mencuba resepi2 di sini. DJ memohon maaf sekiranya tanpa disedari atau terlepas pandang, terdapat kesalahan ejaan atau bahasa dlm penulisan resepi yg mungkin agak mengelirukan pembaca. harap maaf sekali lagi. Maklumlah kan, kadang2 tu nak cepat kan, ada kerja lain nak buat.. so, nak menaip pun nak kena cepat2 sampai tak sempat nak edit...hehe.

Thursday, September 02, 2010

Biskut Tart Nenas


Biskut yg memang wajib dibuat setiap kali raya. Kalau tak sempat buat, kena beli gak...sb dyg teramat2 menggemari tat nenas ni. InsyaAllah, projek kukis ni akan mula beroperasi pd hujung minggu ni. Pinjam dulu gambar2 tahun lepas. 

Kalau nak tau detail ttg resepi tat nenas ni, bolehlah KLIK DI SINI yer. TQ.


Biskut Crunchy Nestum Rice (eggless)

Salam....
Sambung balik cerita psl biskutttt...hehe...amboiii, si izah pencinta muffin nun, pagi2 lagi dah buat 'soundtrack' nak resepi...hahaha!...

Biskut ni ari tu dpt 2 balang besar, tapi ari ni dah tinggal sebalang!...mana cukup nak bagi kat hana, kak atie n fiza...kena buat sendirik ler yer..yang sebalang lg tu dah kena 'sealed'..simpan utk raya nanti...hehe...hana, jangan malas2 dah...ni ha, dah ada resepinya...pi buat sendirik! :P :D
SmileyCentral.com
 

Biskut Crunchy Nestum Rice

Bahan-bahan : 80 biji (-/+)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan nestum hancur
  • 1/2 cawan nestum kasar
  • 1/4 cawan tepung kastard
  • 200 g @ lbh kurang 1 cawan marjerin/mentega (DJ guna marjerin Puteri)
  • 1/2 cawan coklat urai
  • 1/3 -1/2 cawan gula aising
  • sedikit esen vanilla
Cara-cara :
  1. Putar marjerin/mentega bersama gula aising hingga berkrim (kalau guna marjerin, tak perlu diputar terlalu lama)
  2. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
  3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard, nestum dan coklat urai. Gaulkan adunan hingga rata. 
  4. Kemudian bentuk2kan adunan mengikut citarasa sendiri. Susunkan di dlm dulang yg sudah digriskan dgn mentega atau dialaskan dgn baking paper. Sapukan permukaan biskut dgn kuning telur.
  5. Bakar dlm oven pd suhu 160-170C selama 20 minit atau hingga keemasan.
  6. Setelah masak, sejukkan biskut dan simpan di dlm bekas kedap udara. 

pssttt!...malam ni nk mengukis lagi...just wait and see.... ;)

Wednesday, September 01, 2010

Topping Coklat / Ganache (Resepi 1)


Tengah makan kek ni tadi tiba2 teringat kat somebody yg meminta dyg utk menulis resepi topping coklat atau ganache. Rasa2 dah 2 kali dia request. Cuma dyg x berkesempatan nk tunaikan permintaannya. Semoga dgn adanya resepi yg mudah ni dpt membantu yer. Sebenarnya, bab2 topping menoping coklat ni, dyg ikut stok yg mana ada jer. Janji menjadi. Kalau tak ada coklat masak, boleh guna coklat serbuk atau serbuk koko. Ada gak yg tanya, mcm mana nak jadikan topping tu sentiasa lembut dan tak keras walaupun disimpan dlm peti sejuk. Semuanya bergantung pada sukatan bahan yg digunakan dan teknik memasaknya. 

Ok, tak dpt nak ckp byk2. Ada kerja sedang menunggu....huhu. Dyg nk share salah satu resepi topping coklat yg biasa dyg guna utk menghias kek coklat atau puding. Topping ni walaupun dah sejuk tapi tetap lembut. Next time, dyg share resepi lain pulak yer.

Bahan-bahan : untuk kek saiz kecil
  • 100 g coklat masak (dipotong kecil2)
  • 125 ml susu segar/susu perisa coklat
  • 50 g butter (dipotong kecil2)
  • 4 sb madu (boleh juga digantikan dgn gula perang atau gula biasa)
Cara-cara : Satukan kesemua bahan di dlm periuk/saucepan, dan masak dgn api perlahan. Gunakan kaedah double boil. Kacau sehingga kelihatan pekat. Tutupkan api, dan kacau lagi sebati. Setelah agak suam sedikit, bolehlah dicurahkan ke atas kek tadi (pastikan kek tu sejuk terlebih dahulu). Selamat mencuba!

Biskut Crunchy Nestum Rice





layan dulu yer....tuan rumah agak sibuk masa ni. Nak kejar ayam dulu...ekeke. Resepi kukis sedap ni akan ditulis kemudian...thanks for stoppin' by