Tuesday, September 21, 2010

Alhamdulillah....legaaaaa


Skrg dh boleh senyum...alangkah leganyaaa...this site dah clean setelah bertungkus lumus mencuci dan membuang segala benda2 yg berkaitan dgn virus tu tgh mlm tadi. Nyaris2 lagi nk angkut dan sumbat segala resepi ke dalam tumbler...mmg dah sedia tumbler puunn..hehe.

Lepas ni bolehlah update entri yg tertunggak. Terima kasih kpd pengunjung yg tak henti2 berkunjung ke sini. Dan mohon maaf byk2 yer sb site ni ditutup beberapa jam yg lepas demi nk menyelamatkan site ni dan juga pc/laptop/handphone masing-masing.

Penat dah memikirkan benda alah ni dan juga kejadian menimpa semalam. Namun, ada hikmah di sebaliknya.  Dyg nak berehat dulu. InsyaAllah, entri masak2 akan menyusul kemudian.

Update :

Terima kasih atas komen2 yg diberikan. Di sini dyg nak kongsi cerita bagaimana dyg dpt mengatasi masalah malware attack tu semalam. Memang memenatkan otak sebenarnya. Tapi dyg kena bertindak dgn cepat. Semuanya dilakukan dgn sendiri (sendiri buat sendiri tanggung...hehe) dgn bantuan google dan malware scanner. pssstt!..hubby tak tau langsung psl ni...yg dia tau emel tak boleh nk lepas (time dia guna laptop ni)..internet slow sgt katanya.....aku hanya mendiamkan diri... Kalaulah dia tahu problem ni dh pasti dia membebel...entah2 dia tak bagi dyg on9...huhu. Dia pun hairan gak tengok dyg smlm asyik berkepit jer dgn laptop padahal sejak dua menjak ni tak ada pulak sibuk nk berblogging...pagi tadi barulah dia sedar psl virus tu.

Ok2...meleret2 pulak ceritanya.. Begini. Tak tau mcm mana nk cerita secara terperinci cara2 nk memulihkan blog nih. Apa yg dyg lakukan ialah (guna ayat mudah jer ni yer) :
  1. Sign in blogger. Remove segala link dan coding blog yg berkaitan dgn malware attack. pastikan dah dibuang kesemuanya. Dyg remove semua bloglist dan link list tetapi hanya utk sementara waktu shj.
  2. click 'Tools'. Clear recent history. Buang segala cookies yg ada.
  3. Kemudian sila click kat 'My Account'. then, click 'Webmaster Tools'. Kalau yg belum add site kena add site dulu. Then, click site url.
  4. Lepas tu, click 'Diagnostics'. Bawah tu klik 'Malware'. Nanti google akan check samada blog dah kena infected atau pun tidak. Jika ada, google akan menyatakan problemnya. Contohnya: entri dyg yg baru2 ni dah kena serang. So, dyg deletekan entri tersebut. Then, finished. Tapi setakat tu jer lah...belum habis lagi tu...hehe.
  5. Langkah seterusnya, dyg muat turutkan perisian anti-Malware. Ini pun kena bertawakal gaklah...hehe. Takut nk download benda2 mcm ni dr internet. Dyg terbaca  komen/entri dari blog Kak Nor psl perisian ni. Nak tak nak kena buat gaklah.
  6. So, dyg install perisian tu. Then, dyg scan semua folder/sistem dlm komputer. Fuhh!!...byk gak fail kena ceroboh. Lebih dr 300 dh kena infected. Then, scan dan delete. 
  7. Lepas tu, masuk ke blogger account balik. Check kat webmaster tool. Request a review from google. Then, submit. Lepas tu, kena tunggu sejam dua. Google kata dah check dan scan blog. 'This site was found clean'. Badware warning pun dah removed dari websearch. Kena tunggu masa sikit lagi utk memulihkan site ni sepenuhnya.
  8. Lepas tu, offline kejap. Makan roti canai dulu sb dh kebuluran. Then, sejam kemudian, online lagi. Check lagi kat webmaster tools. klik 'diagnostics' dan bawah tu klik 'malware'. 

Google has not detected any malware on this site.
done....

Terima kasih juga buat kak Nor dan juga Ayie kerana sudi berkongsi info tentang permasalahan ini. Sila ke blog Ayie utk mengetahui lebih lanjut tentang perisian anti-Malware.

12 comments:

  1. Salam Dayang ...
    macam mana dayang clearkan...
    cerita sikit .... saya pun dah kena....

    ReplyDelete
  2. oh...patutlah, cuba masuk semalam tak boleh.

    ReplyDelete
  3. salam dayang,

    patutlah nak masuk semlm tx boleh...kecik ati tau..hihihi...
    selamat hari raya dayang, mohon maaf zahir batin...halal jugak resepi2 yg dah di cuba...

    ReplyDelete
  4. hah ah la..cmner nak clearkan..emm cmner tau blog kena detect nganvirus tu?..tak boleh bukak ker?

    ReplyDelete
  5. waduhh..penat juga yer kak nak clearkan mende tuh.. kene blaja2 gak nih kot2 la nnti jadik kat kite. kite pong terpakse smlm removekan kejap blog akak n kengkawan yg ade iklan tuh.. nnti kite add balik..

    ReplyDelete
  6. @Chik Att

    w'salam...dah update ttg tu. trm kah yer sudi singgah

    ReplyDelete
  7. @FairyLilly

    tu ler psl...berat mata memandang berat lagi otak memikirkannnya...trm ksh sudi singgah...

    ReplyDelete
  8. @Yati Ali

    w'salam...ala keciannyaaa..jgn ler majuk lg pas ni eh...Selamat Hari Raya maaf zahir batin...trm ksh sudi cube2 resepi di sini...datang lagi...

    ReplyDelete
  9. @Sally

    dah update entri ni. Blog yg kena virus tu bukan x boleh bukak, boleh tapi kena scan dulu atau kalau sanggup tanggung risiko, boleh ler bukak. kdg2 kte bukak jer...ignore jer warning sign tu...hehe.

    trm ksh sudi singgah..

    ReplyDelete
  10. @hana

    mmg penat otak ni hana oii...nk wat mcm mana kan..bende dh jadi...harap2 lps ni tak ada siaran ulangan...hehe. thanks, hana. Bila2 pun boleh link balik. tq.

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah.. smlm mmg masih ada warning lg bila try masuk sini. skrg ni dah tak ada penunggu merah tu dah :) legaaaaaaa hehe

    nanti akak letak balik link dayang ya..

    ReplyDelete

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih