Sunday, April 08, 2012

Daging Masak Kicap Berempah dan Berkerisik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya....

Apa khabar? Semoga semuanya baik2 belaka dan ceria2 hendaknya ye. DJ mcm biasa, kalau tak ada halangan dan free, mulalah menyibuk dan menulis entri...biarpun menayangkan resepi yg dah acap kali diulang tayang. Jangan ada yg jemu membaca udah ler ye...heheh. 

Sebelum ni DJ pernah stop skjp makan daging. Memang pantang nampak daging lembu ni, terus rasa tak berselera nk makan. Ingatkan dah mula ikut jejak kakak yg tetiba je berhenti mkn makanan berdaging. Tapi rupa2nya itu hanyalah sementara jek...skrg dah boleh mkn dah...hahaha. Tapi kan byk2 masakan daging, yg inilah yg paling DJ gemari. Sangat mewah dgn rempah dan aromanya. Sedap tak terkata, nasik pun x sedar bertambah2 sb rasa mcm tak puas je mkn..siyes!...adehhh...sesungguhnya lauk daging kicap ni amat sesuailah dimakan dgn apa jua jenis hidangan nasik lebih2 ketika menyambut hari lebaran... ^__^

Resepi dah byk kali gak tayang kat blog ni. DI SINI atau DI SINI. Dan baru2 ni resepi daging kicap ni ada tersiar dlm majalah Era Muslimah keluaran bulan April. Bolehlah dapatkan naskahnya secepat mungkin ye. Terima kasih juga diucapkan kpd pihak majalah Era Muslimah atas lamaran yg kali ketiga ini. Syukur Alhamdulillah...

Ok lah...Sesiapa yg belum pernah mencuba lagi resepi ni, sila2lah merajinkan diri. Mudah2an dpt menepati selera. DJ cnp semula resepinya di sini. 

Daging Kicap Kerisik Berempah
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :
  • 1kg daging lembu (dipotong kiub atau ikut suka)
  • rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih)
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3-4 sb cili giling
  • kicap manis/kicap masin secukupnya
  • air secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan jintan manis (disangai dan ditumbuk)
  • 1 sudu makan jintan putih (disangai dan ditumbuk)
  • 1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • air asam jawa
  • 3 sudu makan kerisik
Bahan-bahan mesin :
  • 1 labu bawang besar
  • 7 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
***jika suka, bolehlah tambah ubi kentang dan tomato ceri.

Cara-cara :
  1. Ambil 2-3 sudu besar bahan-bahan mesin dan gaul-gaulkan bersama daging. Masukkan kicap pekat, jintan manis, jintan putih dan lada hitam. Gaulkan lagi dan perapkan sebentar (30 minit).
  2. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan-bahan mesin hingga naik bau. Kemudian, masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga hampir empuk.
  4. Masukkan bahan-bahan selebihnya dan masaklah hingga hampir pekat. Boleh juga dimasukkan tomato jika suka.
  5. Setelah masak, biarkan ia merenih sebentar.
  6. Hidangkan bersama nasi panas. Sesuai juga dihidangkan bersama nasi tomato atau nasi minyak dan sebagainya.


18 comments:

  1. Assalam Dik DJ..wah..dah lama tak bertandang..tetiba ternampak masak kicap....yang menarik selera....nyummmmm!

    ReplyDelete
  2. Salam Dj hemmm menarik lama akk x masak daging..hemm kena gi beli ni...nak try lee mkn sama nasi panas2 atau cicah gan roti pun sdp nikan...

    ReplyDelete
  3. rasa nak cari nasi jerk nengok daging tu kak..
    sedappnya tengok..

    ReplyDelete
  4. sedapnye kak, tambahan pulak bila diletak tomato n kentang, mmg feveret saya ni

    ReplyDelete
  5. aduh!! mengancam laa...kalau dpt cicah dgn roti pon sodap nih...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum DJ,
    uniknya masakan ini, kicap berempah dan berkerisik, tentu ada kelaianan rasa, teringin nak cuba, pinjam resepinya DJ. Tq.

    ReplyDelete
  7. as-salam Dayang
    sedaplah tgk daging tu...kalau blh hari ni jugak nak masak..

    ReplyDelete
  8. Salam kak,
    Nampak lazat sekali..

    ReplyDelete
  9. @Watierman
    w'salam kak...

    rindunya kat akak...lm dh x sembang2 kan..hrp2 akak sht hendaknya..
    masakan daging kicap ni mmg sedap sgt kak, cube tau..mmg x rugi :)

    ReplyDelete
  10. @Sheila Shafeareen

    w'salam kak Sheila..

    adehh..akak sebut je roti terus tringat projek monkey bread x start2 lg...ahahaha..bl ler nk buatnya x taulah... :D

    mmg sedap masakan ni kak..try ler nanti ek...

    ReplyDelete
  11. @Mas

    harus dicube ni mas, bl dh try skali, mesti nk buat lg pas ni...hehehe

    ReplyDelete
  12. @♥MAMASYAZA♥

    mmg sedap sgt...kalau sudi cube ler ye...tq :)

    ReplyDelete
  13. @Gee®

    btl tu...mkn dgn roti pun sgt2 menyelerakan... :)

    ReplyDelete
  14. @Amie
    w'salam...

    sila2...mmg resepi ni DJ rekemen sgt2...dari segi rasa, mmg ade kelainannnya... slmt mencube ye :)

    ReplyDelete
  15. @ady
    w'salam ady,...tq...boleh je masak hari ni pun xpe..heheh...buat byk2 sket tau... ;)

    ReplyDelete
  16. @Rohah

    w'salam....mekasih ye sudi singgah...
    sudi2kanlah mencube resepi ye...pasti berbaloi2... :)

    ReplyDelete
  17. mcm best aje lauk ni tiba2 aje rasa lapar pulak..

    ReplyDelete
  18. Salam sis..saya dah cuba resepi ni. Sedap! Husband saya suka sgt. Tq sis..sejuk hati bila tgk husband licinkn pinggan lauk ni.

    ReplyDelete

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih