Tuesday, February 28, 2012

Ikan Masak Kicap


Phewwhhhh!!...lamanya nk tunggu gambar ni upload. Sabar je lah. Last2 dpt upload satu je. Rasa mls pulak nk menulis entri sejak line internet buat hal. Tapi sayang pulak bl tengok dapur ni....adehh...

Apa2pun jom layan dulu menu simple DJ hari ni. Tak ada apa yg special. Sekadar nk berkongsi resepi mudah ni jer. Tapi InsyaAllah sedap dan menyelerakan. Selain ikan kembong, ikan jenis lain pun boleh dimasak stail gini. Resepi Ikan Tenggiri Kicap pun best gak.

Mari kita semak resepi ni ye...terima kasih krn sudi singgah dan tinggalkan jejak anda di sini. DJ sgt2 menghargainya ^__^

Ikan Masak Kicap
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : 
  • 6 ekor ikan kembong (dibersihkan)
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit garam
cara-cara : Gaul-gaulkan ikan bersama semua bahan di atas dan perapkan 15 minit. Kemudian digoreng hingga masak. Toskan.

bahan-bahan perencah :
  • 1/2 labu bawang besar (dikisar)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 labu bawang besar (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 3 sudu besar cili giling
  • 1/2 labu bawang besar (dhiris bulat)
  • sedikit kicap manis
  • sedikit sos tiram
  • sedikit sos tomato
  • sedikit sos cili
  • hirisan cili merah
Cara-cara :
  1. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali atau tinggalkan sedikit minyak lebihan menggoreng ikan tadi. Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili giling hingga garing dan pecah minyak. 
  2. Masukkan kicap manis, sos tiram, sos cili, sos tomato dan sedikit air. Kacau sebati dan biarkan ia mendidih.
  3. Masukkan pula cili merah dan kacau lagi.
  4. Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng tadi beserta bawang besar. Kacau mesra. 
  5. Apabila kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api, angkat dan hidangkan.

Monday, February 27, 2012

Kari Ayam BerYogurt

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya....

Menu hari ni, DJ buat kari ayam yogurt. Memang sedap sgt! Rasa pun tak muak bila bubuh yogurt. Lain-lain  sampingan ialah sambal belacan, ikan goreng dan sayu campur. 
Jom kita layan resepinya ye...tak dapat nk pot pet memanjang...ada haaaalll....heheh


Kari Ayam BerYogurt
resepi : Dayang Jack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam sederhana (dipotong kecil-kecil dan digoreng separuh masak)
  • 5 sudu besar rempah kari daging 
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • rempah 4 sekawan (buah pelaga, cengkih, kayu manis dan bunga lawang)
  • 3 sudu besar fresh yogurt / plain yogurt
  • garam dan gula secukup rasa
  • air secukupnya
  • sedikit hirisan tomato dan karot
  • ubi kentang secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 1/2 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Cara-cara :

  1. Sediakan dan panaskan minyak secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumiskan rempah 4 sekawan hingga terbit bau. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Tumis lagi hingga garing. 
  2. Rempah kari daging, rempah kurma dan serbuk cili disatukan di dalam satu bekas dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan-bahan tumis tadi. Masak hingga pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan ayam separuh goreng tadi bersama ubi kentang. Kacau sebentar dan masukkan air secukupnya. Masak hingga mendidih. 
  4. Masukkan pula yogurt dan bahan-bahan selebihnya. Kacau rata-rata. 
  5. Setelah masak, angkat dan hidangkan.


Thursday, February 23, 2012

Bingka Pisang

Bersiaran kembali....Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Hari ni tetiba je terasa nk buat bingka. Mmg tak plan sebenarnya pun.... tp hasrat nk buat bingka bubuh pisang mmg dah lama DJ pendamkan...hehe. Entah mcm mana angin rajin dah sampai pulak hari ni tanpa dipaksa. Alhamdulillah...syukur sangat2 sb impian sudah tercapai. Mula2 tu tak yakin, sb tak pernah lagi buat bingka bubuh pisang ni kan. Sedap ke atau tak rasanya...mmg risaulah kalau tak menjadi. DJ buatlah dalam loyang kecik. Yalah..untuk percubaan pertama kali kan..takut gak x sedap....

Setelah siap dibakar, mmg x tunggu sejuk dah, DJ nk rasa time tu gak...nervous..ehehe...sendiri yang buat, sendiri jadi juri...MasyaAllah!...mmg sedap sgt2! Serius nk bagi tau ni...inilah kuih bingka yg btl2 menepati selera anak tekak DJ. Sedap dan lembut jer. Rasa menyesal pulak buat dlm loyang kecik sb tak sampai ke petang bingka ni dah tinggal 3 ketul jer. Siapa lagi kalau bukan si doter yg makan...adehhh...sedap sgtlah tu...hihi. Memang berbaloi2lah...

Mungkin esok lusa atau tulat nak buat lagilah kalau pisang emas ni msh ada. Rasa tak puas pulak buat byk ni. Sesiapa yg berminat nk cuba, silakan ye. Kalau ahli keluarga tak ramai, sukatan ni mmg sesuailah. Tak perlu buat 1/2 adunan dah sb saiznya taklah besar sgt. 

Jom kita semak resepinya....

Bingka Pisang
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 200 ml santan pekat
  • 125 air
  • 3 biji telur C
  • 2-3 biji pisang emas ranum (dilenyek)
  • 80g gula pasir (+/-)
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar minyak sapi atau minyak masak sayuran
  • sedikit esen pisang jika suka
  • secubit garam
  • sedikit pewarna kuning 
  • bijan untuk taburan
Cara-cara : 
  1. Kisar semua bahan di atas (kecuali tepung dan bijan) hingga sebati.
  2. Kemudian masukkan tepung dan kisar/blend sekali lagi.
  3. Sediakan loyang. Sapukan dengan minyak masak (DJ alaskan dengan kertas foil dan disapu minyak masak supaya senang nak dikeluarkan daripada loyang). Tuangkan adunan tadi ke dalamnya dan taburkan bijan secukupnya
  4. Bakarlah ke dalam oven selama 1 jam atau hingga keperangan dengan suhu 160C-170C. 
  5. Setelah masak, biarkan sebentar di dalam oven selama 10 minit. Selepas itu bolehlah dikeluarkan. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. (tapi memang sedap dimakan time ia masih panas sebab terasa sangat kegaringan kerak bahagian atasnya)


Memang sungguh menyelerakan! 


Tuesday, February 21, 2012

Daging Kicap Kerisik Berempah

Assalamualaikum....

Yuhuuuu! I'm back!!...dah agak lama tak bersiaran kan. Apa khabar semuanya? Semoga sentiasa sihat dan ceria selalu ye. DJ baik2 aje. Cuma kebelakangan ini mood blogging agak berkurangan sket disebabkan hal2 yg tak dpt dielakkan. Apa2pun DJ sgt2 berterima kasih atas kesudian rakan2 blogger serta pembaca sekalian singgah dan meninggalkan jejak di DapurKu SaYang. 

Tak dapatlah nk berceloteh panjang buat masa ni ye. takut DC lagi...maklumlah, line internet ni dah agak suam2 kuku dah. Sabar jelah....huhu. 
Jomlah kita layan resepi daging kicap berempah berkerisik yg sungguh sedap ni. Mmg dah jd fav DJ sekeluarga sejak dulu2 lagi. Semerbak je baunya kalau masak. Gerenti puas hati. Jom!

Daging Kicap Kerisik Berempah
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :
  • 1kg daging lembu (dipotong kiub atau ikut suka)
  • rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih)
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3-4 sb cili giling
  • kicap manis/kicap masin secukupnya
  • air secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan jintan manis (disangai dan ditumbuk)
  • 1 sudu makan jintan putih (disangai dan ditumbuk)
  • 1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • air asam jawa
  • 3 sudu makan kerisik
Bahan-bahan mesin :
  • 1 labu bawang besar
  • 7 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas

Cara-cara :
  1. Ambil 2-3 sudu besar bahan-bahan mesin dan gaul-gaulkan bersama daging. Masukkan kicap pekat, jintan manis, jintan putih dan lada hitam. Gaulkan lagi dan perapkan sebentar (30 minit).
  2. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan-bahan mesin hingga naik bau. Kemudian, masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga hampir empuk.
  4. Masukkan bahan-bahan selebihnya dan masaklah hingga hampir pekat. Boleh juga dimasukkan tomato jika suka.
  5. Setelah masak, biarkan ia merenih sebentar.
  6. Hidangkan bersama nasi panas. Sesuai juga dihidangkan bersama nasi tomato atau nasi minyak.

Monday, February 13, 2012

Eggless Chocolate MufCake (ECMC)


Gara2 permintaan anak2 kesayangan, 2 hari berturut2 kubuatkan kek mapin yg sungguh sedap dan lembut ini. ermm...mmg best! Kalau nk tau rasanya mcm mana, kenalah try dulu resepinya. Manalah tau kan dpt memenuhi citarasa anda sekeluarga khususnya anak2.

Ada yg bertanyakan DJ mcm mana nak bagi muffin naik merekah dan tak flat atau mengecut semasa dan selepas dibakar. Wah! ...terus terang DJ katakan bahawa DJ mmg tak arif sgt tentang pembuatan muffin ni.  Bukanlah pakar sebenarnya ye..even yg pakar pun penah buat tak menjadi..betul tak?..so nobody's perfect. .lainlah kalau ditanya tentang kek lapis kukus (hmm..itu pun msh bljr lagi lorr...belom sampai ke tahap pakar...hehe).

ok..biarpun DJ agak jarang membuat muffin (selepas ni mungkin akan lbh kerap membuat muffin sb dah sampai seru agaknya kot..)...tapi apa yg DJ tahu serba sedikit ttg muffin ni ialah :
  • muffin yg cantik biasanya mempunyai kerak yg nipis di bahagian atasnya, sedikit garing dan permukaannya kelihatan berkilat dan berpasir. Manakala di bahagian dalamnya agak lembab.
  • adunan muffin tidak seharusnya terlalu cair. 
  • basic membuat muffin adalah dgn mencampurkan bahan-bahan kering dalam satu bekas dan bahan2 basah dalam satu bekas yg lain. Kemudian kedua bahan2 kering dan basah ini disatukan dan dikacau rata.
  • Cantik merekahnya muffin biasanya bergantung kpd agen penaik atau serbuk penaik yg mana kuantitinya mungkin lbh dari 1 sudu kecil utk satu cawan tepung. 
  • Sebelum menyediakan bahan2 muffin, pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu sb penyediaan adunan muffin tidaklah mengambil masa yg begitu lama dan perlu terus dibakar sebaik shj diadun.
  • Adunan muffin yg sudah siap diadun tidak boleh dibiarkan terlalu lama sb agen penaiknya mungkin akan kehilangan kuasanya. Maka, muffin mungkin tidak akan naik cantik atau merekah. 
  • Jika menggunakan paper cup atau casing yg lembut, sila guna loyang/tin muffin untuk support melainkan jika menggunakan paper cup yg keras dan boleh berdiri sendiri, tidak perlulah menggunakan loyang/tin muffin (tp kalau terasa nk guna jugak, tak ada salahnya kan...hehe)
  • jika nak safe, belilah muffin mix yang mmg dah sedia ada dijual mana-mana kedai perkakas kek atau di pasaraya. Cantik elok je kejadian muffin.
haa...tu je lah yg dpt DJ kongsikan serba sedikit mengenai muffin. Antara cupcake dan muffin, DJ lbh suka buat cupcake sb ianya lbh mudah dan senang. Muffin ni pulak silap sket tekniknya, gerenti x menjadilah. Kdg2 ia naik merekah tp x lembut dan lembab. To be safe, DJ buat eggless mufcake...InsyaAllah sentiasa menjadi dgn elok je. Lembut dan moist. 

Kalau nak lebih tahu lbh lanjut, kenalah belajar dengan adik kita yg sememangnya penggemar dan pakar membuat muffin, Izah Muffin Lover. Banyak koleksi resepi mapin si Izah ni..semuanya nampak cantik dan sedap2 belaka. Bolehlah u all tinjau2 di blog Izah ye  ^__^


Tak sempat tunggu sejuk, DJ terpaksa ambik gambar dulu...habis sememeh dah..hehe

Jom kita semak resepi mufcake yg tak pakai telur ni. Memang sesuailah bg yg alergik dgn telur ni kan. Sekiranya berminat, bolehlah mencuba resepi ni ye. tq. ^__^

Eggless Chocolate Mufcake
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : anggaran 14-16 biji (muffin cup bersaiz M)

bahan A :
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 1/4 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
bahan B :
  • 1 cawan / 200g gula perang 
  • 1 cawan / 250 ml susu segar perisa coklat
  • 1/4 cawan air kopi/nescafe
  • 1/2 cawan minyak jagung / mentega cair *
  • 1 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • secubit garam
bahan C :
  • 2 sudu besar fresh yogurt / plain yogurt
lain-lain bahan :
  • 70 -/+ chocolate chips
  • badam cincang (untuk taburan)
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 180C.
  2. Ayakkan sekali semua bahan A dalam mangkuk adunan dan ratakan. 
  3. Dalam bekas yang lain, satukan semua bahan B dan sebatikan. 
  4. Satukan bahan A dan B. Kacau sebati (jangan kacau adunan terlalu lama, cukup sekadar meratakan sahaja)
  5. Masukkan bahan C dan kacau lagi hingga sebati.
  6. Kemudian masukkan 50(+/-) g chocolate chips. Kacau perlahan dengan sudu atau senduk.
  7. Sudukan atau tuang adunan ke dalam paper cup / muffin cup mengikut citarasa sendiri. Adunan hendaklah sampai 1/ 2 cawan atau 3/4 cawan (DJ bubuh sampai 3/4 cawan). Taburkan lebihan chocolate chips dan juga hiaskan dengan badam cincang. 
  8. Kemudian bakarlah selama 25 minit atau hingga masak. 

* jika menggunakan salted butter, tidak perlu menggunakan garam.

Sunday, February 12, 2012

Pari Bakar Berempah Harum

Menu hari ini....masih menggunakan resepi yang sama iaitu resepi ikan siakap berempah harum. DI SINI. Try pulak dgn ikan pari...perggghhhh! Memang x dpt nak dijelaskan dgn kata2 dah.... jom layan resepinya ye!....

Pari Bakar Berempah Harum
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : 
  • 2-3 ketul ikan pari (dibersihkan)
  • 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
  • 2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
  • 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • sedikit belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit air
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api. 
  2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas (Guna daun pisang pun boleh). Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
  3. Kemudian bakar ikan sehingga masak.
  4. Setelah masak, hidangkan. Boleh juga diperahkan sedikit dengan jus limau kasturi/limau nipis jika suka. Memang berbaloi...

Thursday, February 09, 2012

Laksa Sarawak


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya....

Alhamdulillah...sekali lagi dapat bersiaran(meskipun terlewat) dgn entri yang rasa2nya dah banyak kali gaklah diulang tayang. Jangan ada yg jemu udah ler ye...hehe. DJ sebenarnya kan dari smlm lg nk buat laksa sarawak. Terubat rasa rindu...maklumlah...sejak dua menjak ni asyik terbayang2 je menu fav ni. Bilalah nk buat...berkali2 menatap pes laksanya...tak gak terbuat2..kena tunggu sampai seru lah kesudahannya. Ternyata dah sampai seru rupa2nya...hehe. Waduhh2!..mmg laaaazat sgt!...tak makan nasik satu hari pun tak apa...makan yg ini saja pun dah cukup dan mengenyangkan dgn ditemani udang2 kegemaranku...adehhh...tak terkata dgn  kesedapannya...heaven!!!

Resepi seperti biasa. Menggunakan RESEPI INI. Lengkap sekali dgn hommade pesnya. Kalau berminat bolehlah try ye. Cuma nasihat DJ la kan, sila guna santan yg ori ye, bkn yang dlm kotak tu. Barulah btl2 sedap. Tapi kalau tak ada pilihan, hentam sajalah labuuu...hehe. 

Eeh...DJ kopipes baliklah resepi tu ke sini..lagi senang kan...hehe. Jom layan!

Resepi Laksa Sarawak
by : DayangJack@DapurKu SaYang


Pes Laksa Sarawak
Bahan-bahan : anggaran 200 gm
  • 8 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10-12 tangkai cili kering*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 sk ketumbar
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih
  • 3 biji buah keras*
  • 2-3 batang serai*
  • 1 inci belacan bakar*
  • 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
  • 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
  • sedikit garam
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan bahan-bahan bertanda *.
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
  4. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.
Laksa Sarawak (Resepi II)
bahan-bahan : anggaran 6 orang makan
  • 200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo udang basah 
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh (dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik)
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. (Boleh tambah air jika perlu).
  2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. 
  3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering. 
Resepi Sambal Udang Kering 
bahan-bahan :
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya 
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
Car-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.

Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2011/05/laksa-sarawak-resepi-ii.html#ixzz1lta6ENRC
Under Creative Commons License: Attribution



Tuesday, February 07, 2012

Mee Jawa

Assalamulaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca budiman...

Semoga semuanya sihat dan ceria selalu ye. Adehh...dah malam2 gini baru nk tayang entri. Nak buat mcm mana kan. Ni je lah masa yg ada untuk DJ berblogging. Tp sakit hati btl lah dgn line tenet sjk dua menjak ni. Memang slow sgt. Nak upload gambar pun payah. Tu yg kdg2 DJ post je dulu menu makan2 ke FB. Bila resepi sudah update dari sini, barulah dpt link ke sana...huhuh. 

Apa2pun bersyukurlah dp x dpt blogging langsung kan..hehe. Byk lagi gambar makan2 yg terperap dlm folder. Nak kena hold dulu. 

Kita layan dulu resepi mee jawa ni ye. Dah lama plan nk buat sejak Along Roz tag DJ kat FB time Final Bolasepak antara Malaysia dan Indonesia tempoh hari....lps tu baru2 ni geng2 DJ asyik dok menyebut mi jawa dlm FB..adehh2..mmg xleh tahan dah. Nasib baiklah tak termimpi2...hehe. Maka semalamnya DJ on jugaklah projek menge'mee'. Pada mulanya suruh hubby beli tapau je psl malas nk masak....tp dia suruh buat sendiri pulak...hmm..btl gak tu..kalau buat sendiri lagi puas hati kan. Tapi kalau DJ duduk kat Srwk ni..hmm, rasanya main tunjuk je kot..sb mee jawa ni mmg femes amos kat sana. Sana sini belambak je org jual...heheh..apa boleh buat duduk kat hutan belantara ni...mmg payah lah daku nk mencari menda alah ni...huhuh. Kenalah buat sendiri gamaknya. 

Versi mee jawa ni lebih kurang sama rasanya dengan versi mee kari yang DJ selalu buat. Bezanya ialah mee kari DJ tidak menggunakan air rebusan daging atau udang. Selain tu, Mee kari DJ menggunakan kerisik bagi menambahkan lagi keunikan rasanya. Namun kedua2 versi ni mmg cukup menyelerakan dan tak rasa muak. Puas hatilah masak byk2. Satu famili suka...Alhamdulillah.


Jom lah eh kita semak resepinya mengikut versi DJ. Bahan2 maybe nampak byk kan tp sebenarnya senang je nk prepare...hehe. Yang penting, rasanya mmg mabeles!

Mee Jawa (my style)
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan : 7-8 orang makan

Bahan A :
  • Mi kuning secukupnya (dicelur)
  • 400g daging lembu (direbus hingga empuk dan dihiris nipis-nipis)
  • tauge (dicelur)
  • sawi (dicelur)
  • hirisan cili merah
  • telur rebus
  • udang basah secukupnya (direbus/digoreng)
  • hirisan daun sup
  • bawang goreng
  • tauhu goreng (dihiris)
  • limau kasturi secukupnya
  • lain-lain hiasan jika suka
Bahan B : Kuah
  • 300g keledek oren rebus (dikisar dengan air secukupnya)
  • 4 cawan air rebusan daging
  • 3-4 sudu besar rempah kari daging (dibancuh dengan sedikit air)
  • rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis,cengkih & pelaga) 
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1/2 labu bawang besar(dikisar) 
  • 7 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar)
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1 sudu makan tepung gandum/tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air) - optional
  • garam dan gula secukup rasa
  • air secukupnya 
Cara-cara :
  1. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan pes kari dan sos tomato. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan keledek kisar, air rebusan daging dan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih.
  4. Perasakan dengan garam dan gula. 
  5. Masukkan bancuhan tepung gandum/tepung jagung jika suka untuk memekatkan lagi kuahnya.
  6. Jika terlalu pekat, tambahlah air panas.
  7. Setelah masak, hidangkan bersama bahan-bahan yang lain. 



Saturday, February 04, 2012

Kuih Lapis Seri Wangi


Assalamualaikum dan salam ceria buat semua pembaca setiaku....

Sejak dua menjak ni asyik buat kuih-muih jek...keseronokan yg x selalunya dtg kan...hehe. Kalau dah rajin, mmg pasti akan buat lagi dan lagi. Baru2 ni DJ ada buat kuih talam roti lapis coklat, juga dpt dari dapur Yatie. Rasanya mmg best sgt. Nanti DJ akan update resepinya. Yang ni pun ambik dari resepi ratu talam ni jugak. Pun sedap bangat! Memang tak tahan dgn godaannya. Pantang nampak kaler ijo, DJ pasti terpikat. Sebaik shj Yatie tayang kuih ni d FB, DJ terus buat keesokan harinya. Terima kasih sahabatku krn sudi berkongsi resepinya. Memang berbaloi2 membuatnya. Rasanya pun sedap dan kena dgn selera kami sekeluarga. Ada banyak lagi resepi kuih/talam Yatie yg harus dicuba. Kena masuk list dulu...hehe. Thanks again dear.


Ok..jom kita semak resepinya. Kalau ada yg berminat, bolehlah mencubanya ye. Selamat berhujung minggu semua dan Salam Maulidur Rasul s.a.w. 

Kuih Lapis Seri Wangi
resepi : Yatie@Sinar Kehidupanku
sumber : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan (loyang 8 inci)

Bahan A
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sk garam
  • 2 cwn santan pekat
Bahan B
  • 1 1/4 cwn gula pasir
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn santan cair
  • 2 helai daun pandan-di simpul
Bahan C
  • 3 sb rata serbuk koko*
  • 4 sb air suam utk bancuh koko*(di gaul rata, saya guna 1 sb coklat emulco je)
  • pewarna hijau, perisa pandan
Cara-cara.
  1. Masak bahan B hingga gula larut, biarkan suam sedikit.
  2. Sementara itu satukan kesemua bahan A di dlm mangkuk dan gaul rata, ketepikan dulu.
  3. Masukkan bahan B kedlm bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.
  4. Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna hijau/perisa pandan dan satu lagi letak bancuhan koko/coklat emulco.
  5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dngn kain.
  6. Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
  7. Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi dan panaskan sebentar.
  8. Masukkan adunan koko 1 cwn dan kukus selama 5 minit.
  9. Setelah itu lapis pula adunan hijau selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
  10. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan.
  11. Kuih benar2 sejuk barulah cantik di potong. Gunakan pisau plastik ya supaya licin potongannya. Selamat Mencuba.

Friday, February 03, 2012

Mihun Goreng

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua...

Atas permintaan beberapa org pembaca, di sini DJ sertakan resepi mihun goreng yg menjadi salah satu masakan kegemaran DJ ye. Resepi biasa je ni tapi sgt menyelerakan. Sesiapa yg berminat nk cuba, silakan. Terima kasih krn msh setia bersama DapurKu SaYang. 

Resepi Bihun Goreng 
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

- 1 bungkus bihun (direndam semalaman dan digunting)
- 5 biji bawang merah (dikisar)
- 1/2 labu bawang besar (dikisar)
- 2 ulas bawang putih (dikisar)
- 1 sudu besar udang kering (dikisar)
- cili giling/kisar secukupnya
- Udang basah (digoreng terlebih dahulu)
- Fishcake 
- hirisan sayur kobis dan sawi
- tauhu (dihiris kiub)
- tauge
- sos tiram / sedikit sos ikan
- Kicap pekat, kicap manis, sos cili, sos tomato
- garam secukupnya
- 2-3 biji telur (didadarkan dan dihiris)
- hiasan : cili merah, daun sup dan bawang goreng

Cara-cara :
1- Tumis bahan2 kisar dan cili giling hingga terbit bau dan pecah minyak.
2- Masukkan sos tiram/sos ikan, kicap pekat, kicap manis dan sos tomato.
3- Masukkan tauhu dan fishcake. Kacau sebati.
4- Kemudian masukkan bihun dan air secukupnya. Gaulkan. 
5- Masukkan udang goreng tadi, garam dan sayur2an.
6- Akhir sekali gaul2kan dengan hirisan telur dadar. 
7- Setelah masak, angkat dan hidangkan. Hiaskan dgn cili merah, daun sup dan bawang goreng. 

**selain udang, boleh juga dimasukkan isi ayam, daging, sotong atau kerang mengikut selera masing2.

Sedap!