Friday, July 30, 2010

Sushi

Salam....
Kon'nichiwa!....Dono yō ni no hito?....Watashi no kodomo no tame no kyō no watashi wa meido sushi....ekeke....faham ke tidak nih??..hentam sajalah yer...hehe...tu yg lambat update 2-3 hr ni..sb baru balik dari jepong...tak jumpa rumah hana (sesat jalan ke apa...ke hana bg wrong address...tak pastilah..huhu) terpaksalah balik ke m'sia bawak sushi...hihik...jgn marah yer hana...gurau jer.... :D

Ok...dalam minggu ni saja dah 3 kali makan sushi...biasanya main beli jer..tapi kalau setakat 3-4 pek tu mmg tak cukup utk 2 bradik ni...satu pek harganya lbh kurang rm10. Di dlmnya tau2 jelah byk mana jer kan...tak larat woo nak main beli jer...last2 kena buat sendirik gak. Kira first time gaklah buat sushi ni. Cuma tak ada telur ikan dan ikan salmon, susah nak dapat telur ikan tu kat supermarket...nak buat mcm mana kan..buat jer lah yg mana ada...janji dpt penuhi selera budak2 tu. Hehe..sebenarnya seisi rumah ni adalah penggemar makanan dari negara bunga sakura nun. Selain ringkas dan mudah, ianya sgt berkhasiat dan kurang lemak.

Cuba-cuba buat sendiri...main ikut suka jer...janji menjadi walaupun tak reti sgt. Tapi kan rupa2nya, senang gak buat benda alah ni...rasa syok pulak dah..hehe. Ini semua disebabkan Danial...dari semalam lagi suruh beli bahan2 dan suruh buat...sampai menggelabah kita ni dibuatnya...aduhaiii..anakku ituuuu....sabar jelah...

Cara-cara nak buat sushi ni pun senang gak. Hanya berpandukan resepi yg ada kat pek Seaweed dan Beras Calrose. Cukup mudah. Cuma, dyg adjust sket ikut selera anak tekak kami anak branak. Alhamdulillah...bertambah suka lak bdk2 tu makan. Hilang rasa penat...hehe.

Haa...yang ini utk mama dia...orang lain tak boleh ambik....hehe...

 Yg ini pun mama suka....hehe

Letak tuna sket...mmg besttt!

Layan dulu...nanti update resepinya. Nak kena masak utk mkn mlm ni...FIL & SIL nak datang....tq krn sudi singgah ke teratak dayang...

Update :

Sushi

Bahan-bahan : 4-5 orang makan
  • 2 pot kecil beras Calrose + 3 pot kecil air (-/+)
  • sedikit cuka (DJ gantikan dgn 1  1/2 sb mayonis)
  • sedikit garam dan gula
  • 1 sb air
  • seaweed/nori secukupnya
  • sedikit hirisan timun jepun
  • sedikit ketam dingin beku
  • sedikit kepingan telur dadar
Lain-lain hiasan : tuna, ikan salmon, telur ikan, udang, coleslaw dsbnya.(ikut citarasa)

Cara-cara :
  1. Cuci beras hanya sekali sahaja.
  2. Masukkan air. Rendamkan sebentar selama 30 minit.
  3. Masukkan beras ke dalam periuk nasi atau tanak seperti biasa.
  4. Campurkan cuka, mayonis, garam, gula dan air di dalam bekas kecil. Gaulkan dan kemudian ketepikan.
  5. Letakkan nasi di dalam mangkuk kaca dan biarkan ia suam sedikit.
  6. Masukkan campuran cuka tadi ke dalam nasi dan ratakan.
  7. Sediakan kepingan nori, ratakan nasi di atasnya. Bubuh hirisan timun, telur dadar dan hirisan ketam di tengah2nya. Gulung kemas dan dipotong kecil2. Lain-lain bentuk serta hiasan adalah mengikut citarasa sendiri.
  8. Hidangkan bersama light soya sauce dan wasabi jika suka.

Wednesday, July 28, 2010

Ayam Masak Merah Harum

Lauk ayam ni adalah hidangan bersama nasi tomato tadi. Dah lama tak buat. Tu yg rindu setengah mati ni...hehe. Resepi pun senang jer. Jom layan!

Ayam Masak Merah Harum
Bahan-bahan :
  • 1/2 kilo ayam (digoreng siap)
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 senduk cili kering kisar 
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 kuntum bunga cengkih
  • 1 labu bawang besar (dimayang) - optional
  • sos cili
  • sos tomato
  • sos tiram
  • garam dan gula
Bahan-bahan mesin :
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan mesin dan rempah hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan daun limau purut. Tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan air secukupnya. Setelah mendidih, perasakan dgn garam dan gula. (Boleh juga dimasukkan bawang besar jika suka)
  3. Setelah kuahnya sebati, barulah dimasukkan ayam yg telah digoreng tadi dan gaulkan. 
  4. Hidangkan setelah masak. Sangat sesuai dihidangkan bersama nasi tomato.

Nasi Tomato Kukus

Salam....
Dah byk hari gak tak update blog nih...what to do..bzzz katakan...hehe. Terima kasihlah byk2 yer sb ada gak yg rajin datang ke sini walaupun tuan rumah tak ada. Komitmen terlalu banyak sehingga membataskan masa utk berada di sini. Harap tak berkecil hati yer jika mesej2 anda belum sempat lagi dijawab. 

Oklah, hari ni dyg nak kongsikan resepi nasi tomato kukus. Yang bestnya tentang nasi tomato ni ialah bila dah masak ia sebijik macam nasi/beras Basmathi padahal beras yg digunakan adalah beras biasa jer. Tetapi kena berhati2 gaklah tang sukatan airnya. Sesetengah beras tak boleh letak air banyak sgt, nanti jadi lembik. Sesetengah tu pulak kena bubuh lebih sket.

Dah byk kali gak dyg kukus nasi tomato ni. Kadang-kadang kalau rajin, dyg rendam dulu berasnya selama 3-4 jam. Kadang-kadang tu kukus terus jer. Alhamdulillah, hasilnya tidak mengecewakan. Rasanya pun sedap dan wangi. Berminat nak cuba, silakan yer.

Nasi Tomato Kukus
  • 3 pot kecil beras biasa ( jika suka boleh juga direndam 3-4 jam) - DJ guna beras Cap Takraw
  • 80 ml susu cair
  • 3 cawan air (-/+)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 helai daun pandan (dicarik dan disimpul)
  • 1/2 inci halia (dicincang)
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 1 biji buah pelaga
  • sedikit garam
  • 100 g puri tomato
Cara-cara :
  1. Beras dicuci bersih dan toskan. Kemudian kukuslah selama 15-20 minit.  (Lapikkan loyang pengukus dgn daun pisang jika suka).
  2. Sementara itu, tumis bawang merah, halia, bawang putih dan rempah hingga wangi. Masukkan puri tomato dan tumis lagi. Masukkan susu cair dan garam. Kacau hingga mendidih. 
  3. Tutupkan api dari pengukus tadi. Masukkan bahan2 tumis dan daun pandan ke dalam beras dan tuangkan air. Kacau perlahan-lahan dan biarkan ia serap selama 10-15 minit. Kemudian, kukuslah semula hinggga masak (air bergantung pada jenis beras). Cucuk2kan/lubang2kan di permukaan nasi dgn senduk kayu agar ia masak sekata.
  4. Setelah masak, hidangkan bersama lauk2 sampingan. Selamat mencuba!
Kalau ada nasi tomato, wajib ada dalca sayur...barulah bestttt!!!...


Monday, July 26, 2010

Pandan Chiffon Cake

Dah lama tak mencipon kek...lbh kurang 10 tahun gitu...huhu...lamanyaaaa...hehe. Nak buat pun dah rasa kekok lak. Mcm budak baru belajar...ekeke. Alhamdulillah...setelah bertungkus lumus buat kek ni smlm, baru tau rupa2nya dyg msh ada skill lagi. Mana taknya..dah lama kan tak buat...rasa cam  tak confident lak..selalu main beli jer...itupun jarang2..hehe.

Tak tertahan dah dgn godaan2 kek chiffon kat rumah2 jiran sebelah nun...cantik2 dan gebus2 belaka..bikin hati ni tak keruan dibuatnya...terutamanya di rumah  kak Nor Ganu...tengok kek ciponnya...waduhh2!!..mmg mengancamlah!...

Oleh kerana, resepi kek chiffon ni adalah resepi simpanan sendiri, dyg akan tulis kemudian nanti yer sb masa ni tengah sibuk sket. Tapi kalau nak tengok resepi dari dapur Kak Nor, boleh KLIK DI SINI.

Sedap kek ni. Lembut dan gebuss!

Update :

Pandan Chiffon Cake

bahan-bahan : loyang 23-24 cm atau 9 inci
  • 6 biji telur A (asingkan putih dan kuningnya)
  • 1 cawan tepung naik sendiri (ayak 3 kali)
  • 1  1 / 4 cawan gula pasir
  • 3 / 4 cawan minyak jagung / minyak sayuran
  • 1 sk esen vanilla
  • 200 ml santan pekat
  • 2 sk sponge cake stabilizer
  • 1 1/2 sk pandan emulco / pes pandan
  • 1/2 sk cream of tartar
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 180C.  
  2. Dalam bekas yg agak besar, satukan santan, 1/2 cawan gula, sponge cake stabilizer dan pes pandan. Kacau sebati. Kemudian masukkan kuning telur, esen vanilla dan minyak jagung. Sebatikan dgn menggunakan whisk atau mixer. 
  3. Masukkan tepung dan kacau perlahan2 dgn menggunakan senduk kayu atau spatula. Pastikan adunan tidak bergentel. Setelah siap, ketepikan dulu.
  4. Di dlm mangkuk pengadun yg bersih, pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian, masukkan krim tartar. Putar lagi. Barulah dimasukkan lebihan gula tadi sedikit demi sedikit. Putar lagi hingga adunan menjadi gebu dan ringan. (Adunan tidak akan jatuh jika diterbalikkan).
  5. Masukkan meringue tadi ke dalam adunan tepung. Kemudian, gaul2kan sebati dgn kaedah kaup balik.  Gaul dgn menggunakan spatula atau senduk kayu atau guna tangan. (DJ  lbh suka menggunakan tangan shj)
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang (loyang tidak perlu digris atau dilengser). Kemudian, pusing2kan sedikit loyang tersebut secara perlahan2 agar adunan menjadi rata.
  7. Bakarlah kek selama 45 minit atau hingga kek masak sempurna. 
  8. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan terbalikkan loyang kek ke atas redai kek atau rak pendingin. Tunggu sehingga kek sejuk, barulah dikeluarkan dari loyang.
*** jika menggunakan tepung gandum biasa, sila tambah 1 1/2 sk baking powder dan 1/2 sk garam halus. Jika menggunakan tepung naik sendiri, tidak perlu tambah garam sb tepung naik sendiri sudah ada kandungan garam di dalamnya.
*** jika tiada pandan emulco atau pes pandan, boleh juga digantikan dgn jus daun pandan sebanyak 1 sudu besar dan pewarna hijau.

Friday, July 23, 2010

Udang Goreng Bersos

Setelah memikirkan apa yang nak dimakan untuk meneruskan hidup...akhirnya, udang ini gak jadi sasaran..hehe. Tadi dok intai2 dlm esbok, rupa2nya dia menyorok kat dlm2 sana tu (mcm ler byk sgt lauk kat dlm tu..ekeke)...hari ni mmg nak 'clear' kan semua yg ada dlm esbok..sb esok nak pi pasar..mungkin ke Tesco Ampang kot...kat situ byk pilihan...termasuklah sushi...hehe

Resepi mcm biasa, ikut citarasa. Yang pasti, lauk udang ni benar2 menyelerakan!...

Alhamdulillah....dapat gak telan nasik petang tadi...malam ni pulak rasa2 nak makan buah2an je lah.

Udang Goreng Bersos

Bahan-bahan : anggaran
  • 400 g udang basah (dibersihkan, gaul dgn sedikit kunyit dan garam, kemudian digoreng hingga masak)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)\
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 cm halia (dihiris)
  • 6 biji cili api (diketuk)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 sudu makan sos cili Thai
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan kicap masin
  • sedikit hirisan cili benggala
  • sedikit jus limau kasturi
Cara-cara :
  1. Tumis bawang putih, halia, bawang besar dan serai hingga wangi.
  2. Masukkan cili api, sos tiram, daun limau purut dan bahan-bahan selebihnya. Masukkan sedikit air.
  3. Kacau dan biarkan ia mendidih. Jika kurang masin dan manis boleh tambah garam atau apa2 yg patut. 
  4. Setelah kuahnya masak, tutupkan api dan masukkan udang yg telah digoreng tadi. Gaul2kan sebati.
  5. Hidangkan bersama nasi panas.

Roti Arab (Resepi III) dan Kari Sardin

Salam...
Tuan rumah baru nak jenguk dapur...hehe. Trm ksh atas kunjungan anda. Lunch tadi masak yg ringkas jer utk anak2. Yang penting, wajib ada ayam dan sayur campur. Dyg lak tak tau nak makan apa. Lagipun tak ada seleralah. Mungkin dah kenyang sgt mkn roti arab ni kot...hehe. Si Danial tu lah, mcm2 permintaan, nak pizalah, nak nasik lemaklah, nak roti arablah...last2 buat roti arab guna resepi campak2...tak ikut resepi yg sebelum2 ni. Tapi kan, walaupun resepi main redah jer ni, dyg tetap ada sukatan campak2nya...hehe. Yahuuu!!!...semua rotiku naik kembang seperti yg diharapkan...Alhamdulillah...habis licin!..anak2 kata sedap, si hubby lak cam biasa, 'no comment'...tapi mkn bertambah2....hihik.

Roti arab ni mmg sedap dimakan bersama kari sardin. Itu kalau ikut selera penghuni dlm rumah ni lah. nak masak pun mudah jer. Hiris2 bwg dan halia, then, buat pes kari + cili sket, panaskan minyak, tumis bhn2 tadi, masukkan sardin 1 tin besar dan air secukupnya...perasakan dgn garam, gula dan letak sekeping asam gelugur...daah masak...senang jer kan....rasa pun sedap!


Sedap roti arab ni tau. Garing kat luar, lembut di dlm. Dah sejuk pun tetap garing. Nak cuba resepi?? Jom!!..

Roti Arab 

Bahan-bahan : hidangan utk 4-5 orang
  • 250 g tepung gandum
  • 2 sk yis mauripan
  • 1 sb susu tepung (jika guna susu segar tak perlu guna susu tepung)
  • 1 sb marjerin/mentega
  • 1 sb gula 
  • 160ml -170 ml air suam (boleh campurkan dgn susu segar)
  • 1/2 sk garam halus
Cara-cara :
  1. Satukan yis bersama air suam dan gula. Bancuhkan hingga gula larut. Kemudian biarkan sebentar sehingga yis berbuih. 
  2. Di dalam bekas yg agak besar, ayakkan tepung. Satukan dgn garam, susu tepung dan marjerin/mentega. Gaul2kan rata2. Buatkan lubang di tengah2nya, kemudian tuangkan yis tadi. Kacau dan uli hingga menjadi doh yg licin. 
  3. Setelah itu, simpankan doh di dlm bekas yg agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Biarkan ia naik selama 1 jam.
  4. Sementara itu, bolehlah buat kari sardin, kari ikan, kari ayam dsbnya....hehe.
  5. Keluarkan doh, uli sekali lagi dan bahagikan kpd beberapa bahagian (DJ suka buat yg kecik2 jer lagi kiut..hehe). Bulat2kan doh dan leperkan/canaikan. Jangan terlalu nipis atau terlalu tebal.
  6. Panaskan minyak secukupnya utk menggoreng. Setelah minyak cukup panas, goreng doh tadi satu persatu. Siram2kan roti agar ia naik kembang. Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.
  7. Bolehlah dihidangkan bersama kari sardin atau lauk apa2 jelah...selamat mencuba!

Thursday, July 22, 2010

Pandan Cheesecake

Dah masuk kali kedua buat kek ni. Baru kali ni dpt buat tayangan amal. Itupun baru teringat nak ambik gambar setelah dipotong...hehe. Cuma yg tak bestnya, dyg guna loyang besar, jadi kek ni nampak rendah sket. Tak per ler, yang penting sedap dan tak manis sgt. Seperti biasa, kat umah ni selalu jer ada topping coklat...maknanya setiap minggu ada ler kek coklat...hehe. So, lebihan topping yg tinggal sedikit tu dyg hiaskan kat ciskek ni. Lagilah bdk2 tu suka.


Resepi cnp dari rumah CMG. Resepi asal adalah kepunyaan RosJintanManis. Trm ksh kpd kedua2nya yang sememangnya pakar membuat kek dan roti.

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 200 ml susu segar
  • 4 keping slice cheese (cheesedale)
  • 70 g mentega
  • 70 g gula halus
  • 70 g tepung gandum, diayak
  • 4 biji telur gred "B"
  • 1 camca teh pandan paste
  • Sedikit pewarna hijau
  • Beberapa titik esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siat2 slice cheese dan masukkan ke dalam susu segar, panaskan susu dan kacau hingga keju larut, masukkan mentega, pandan paste dan sedikit pewarna hijau, kacau rata dan sejukkan (mat guna kaedah double-boiler)...
  2. Asingkan putih dan kuning telur, pukul kuning telur hingga pucat dan masukkan no. 1, kacau rata. Masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Ketepikan.
  3. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan putar hingga menjadi meringue. Kaup balik meringue ke dalam no.2 dan masukkan esen vanilla, gaul hingga rata.
  4. Tuang dalam tin yang telah disapu mentega, letak tin dalam bekas lain dan tuang sedikit air hangat (kalau guna tin spring foam, balut bawah tin dengan aluminium foil, utk mengelakkan air masuk).
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit, kemudian turunkan suhu kepada 140C dan bakar lagi selama 40 minit. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sebelum dipotong.

Award from Izah


Terima kasih kpd Izah krn sudi memanjangkan award ini kpd akak.  Akak suka sgt2!..Tq. Tapi minta maaf byk2 ...tang tag tu akak tak buat yer sb seganlah nak jawab...hehe. Maklumlah, blog akak ni biasa2 jer...tak ada apa yg special...nak promote kat org pun aduiii...betapa malunya akak ni tau....tapi kalau dah dpt gelaran ni, syukur Alhamdulillah...thanks for the compliment. Yang boleh akak katakan di sini ialah semua blog yg pernah akak jejaki selama ni mempunyai keistimewaannya tersendiri, cantik dan sedap mata memandang..salah satu dpnya ialah blog izah sendiri..... 
To Izah, thanks again!

Kepada rakan2 blogger yg tersinggah atau lalu depan umah dyg ni, sudi2kanlah mengangkut award ni dgn rela hati yer. Kalau nak jawab tagnya boleh cnp kat bawah ni. TQ.

S: Suke tak award ni?

S: kamu rasa blog kamu lawa gila?

S: kamu selalu singgah di blog sape?

S: beri senarai blog yg 'lawa gila' bg kamu.

S: Tag kpd org yang kamu rasa patut dapat award special nie.

Wednesday, July 21, 2010

Spicy Stuffed Squid

Selesaikan projek yg tertunda...hehe.  Alhamdulillah...si Danial yg tak reti makan sotong pun makan gak mlm ni. Jom layan!

Spicy Stuffed Squid (my style)

Bahan-bahan :
  • 5-6 ekor sotong basah (dibersihkan)
  • 1 biji kentang (direbus dan dilecek @ dipotong dadu kecil)
  • 1 tangkai daun kari 
  • sedikit hirisan daun kunyit
  • 1 keping asam gelugur atau air asam jawa
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu makan udang kering (ditumbuk)
  • 1 sudu makan serbuk kari ikan (dibancuh dgn sedikit air)
  • 2-3 sudu makan cili kering kisar (nak pedas lagi boleh lebihkan)
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • sedikit garam 
Cara-cara :
  1. Sumbatkan sotong dgn ubi kentang yg sudah dilecek atau dipotong dadu kecil dan tutup kemas dgn menggunakan toothpick stick/lidi. Kemudian, rebus dgn sedikit garam hingga sotong masak. Angkat dan toskan. Tanggalkan lidinya sekali.
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, daun kari dan daun kunyit hingga terbit bau. Kemudian, masukkan cili kisar, pes kari, serbuk jintan dan ketumbar. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan garam, kicap, asam gelugur dan boleh juga masukkan sedikit gula jika perlu. 
  4. Akhir sekali masukkan sotong dan gaul2kan sebati. 
  5. Setelah siap, bolehlah dihidangkan dgn nasi putih. 
 ***kadang-kadang DJ menggunakan kentang utk menyumbat sotong, adakalanya dgn beras pulut yg sudah direndam atau pun dgn telur rebus. Semuanya mengikut stok atau ikut selera. Yang pasti, masakan ini adalah merupakan salah satu masakan kegemaran DJ.


Kari Kepala Ikan Tanpa Santan

Salam....
Apa khabar pengunjung2 setiaku??...dah lunch??..dah minum petang??...dah balik kerja??..hehe...byk tanya lak kan...apa2pun harap2 kesemuanya berada dlm keadaan sihat dan ceria sentiasa. Yang tak sihat tu rajin2lah makan ubat dan perbanyakkan rehat yer. Tuan rumah ni mcm tu lah, kalau sakit, mmg payah nak telan ubat, tak suka ubat2 ni...tapi nk buat mcm mana kan, mama kena sihat, kalau tak, anak2 siapa nak jaga dan siapa nak uruskan makan minum bdk2 ni dan juga suami...haa...kenalah jawab sendiri...hehe. 

Oklah...panjang lak sembang hari ni...terlebih ramah ler katakan...haa...jgn tak tau, tuan rumah ni sebenarnya suka pok pek pok pek...byk cakap, tak tau mana nk letak full stop...mcm versi Tengku Azura tu lah..hihik...tapi bl masuk bab2 menaip entri ni, kena kontrol sket...kang ada yg boring lak nanti baca content entah apa2...huhu...

Hari ni masak Kari Kepala Ikan dan sambal belacan jer. Sebenarnya lauk ni nak digandingkan dgn sotong sumbat tapi projek menyotong tu tpaksa dihentikan dulu sb tiba2 rasa malas pulak. Malam nantilah buat kalau rajin...hehe. Kari ikan ni pun dah cukup mengenyangkan. Bestnya dpt mkn ngn sambal belacan!...

Resepi kari kepala ikan rasa2 ramai yg dah tau kan...cuma versi dyg kali ni tak pakai santan jer ..lagipun tak ada stok lerr...hehe. Pun sedaapppp!...

Inilah resepinya mengikut versi dyg.

Bahan-bahan : tiada sukatan
  • Kepala ikan merah / jenahak
  • bawang merah (dihiris)
  • bawang putih (dihiris)
  • halia (dihiris)
  • halba campur
  • daun kari
  • serbuk kari ikan
  • sedikit cili kering kisar
  • air asam jawa
  • bendi
  • tomato
  • garam dan gula
  • air secukupnya
Cara-cara :
  1. Tumiskan bawang2, halia, daun kari dan halba campur hingga terbit bau. Satukan serbuk kari dgn cili kering kisar dan bancuh dgn sedikit air utk dijadikan pes. Kemudian masukkan ke dalam bahan tumis tadi. Masak hingga pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika. Barulah dimasukkan kepala ikan dan bendi. Kacau perlahan2. Tak perlu terbalikkan kepala ikan, cukup sekadar siramkan dgn kuahnya shj.
  3. Perasakan dgn gula dan garam. Kemudian masukkan air asam jawa dan tomato. 
  4. Hidangkan setelah masak.

Monday, July 19, 2010

Poulet Rotis A L'ail Et Puree De Pomme De Terre

Alahaiii....panjang betul lah nama ayam perancis ni kan...nak sebut pun berbelit2 lidah ni...hihik..Tajuk  panjang tu bermaksud 'Roasted Chicken with Garlic and Mashed Potatoes'...saja2 nak try masakan French ni setelah  sekian lama duduk dlm waiting list...hehe. Kalau tengok resepi di bawah tu simple je kan...tapi InsyaAllah, sedaaappp!...anak2 pun suka sgt2!...nilah hidangan utk dinner mlm ni. Ada lagi seketul dua, sapa nak cuba, meh la dtg cepat2...hehe. 

Resepi ayam rotis ni mmg mudah dan sedap kalau ikut selera anak tekak ni lah. Lain kali bolehlah buat lagi. Jom cuba!

Poulet Rotis a L'ail Et Puree de  Pomme de Terre
sumber dari Sajian Selera (Mingguan Wanita Mac 2007)

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam bersaiz kecil (dipotong ikut suka - taknak potong pun ok)
  • 80 gram mentega (dilembutkan)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
  • 150 g ubi kentang
  • 5 ml krim putar (DJ guna susu segar 50 ml)
  • garam
  • lada sulah
  • daun oregano (DJ tambah sendiri)
Cara-cara :
  1. Bawang putih yg sudah ditumbuk disatukan dgn 50 g mentega, garam dan lada sulah.
  2. Bersihkan ayam dan sapukan dgn sebahagian dp mentega bawang putih tadi.
  3. Masukkan ayam dlm oven dan bakar selama 15-20 minit pd suhu 200-220C. 
  4. Keluarkan ayam, sapukan lagi dgn mentega bawang sehingga rata. Kemudian, bakarlah lagi hingga masak keperangan. (DJ taburkan oregano bersama lada sulah 10 minit sebelum masak)
  5. Untuk membuat kentang putar, rebus kentang yg telah dikopek kulitnya. Setelah empuk, barulah diputar.
  6. Masukkan 30 g mentega, krim putar, garam dan lada sulah ke dalam kentang yg telah lumat.
  7. Setelah siap, hidangkan ayam bersama kentang putar tadi.

si délicieux!

Honey BBQ Chicken Wings

Nasib baik dpt shoot belen 2 ketul wings ni smlm. Kalau tak, tak ada lah entrinya hari ni...hehe. Seronoknya dpt mkn chicken wings setelah berminggu2 lamanya memendam rindu...kebetulan SIL ada kat rumah. Lagilah best mkn ramai2. Besar gak seketul ni tau. Beli dlm sedozen, mmg puaslah mkn. Yang bestnya, ayam ni sangat sedap dan kena dgn selera. 


Selain ayam, tuan rumah sekali lg merajinkan diri menyediakan pizza utk SIL. Kesian dia, dh lm tak mkn pizza katanya...cadang nak makan di Pizza Hut tp tak jadilah, lbh baik buat sendiri. Lagi berbaloi2...hehe. Then, ada extra satu loyang lagi, dyg buatkan bekal utk dia bawa balik ke asrama. Alhamdulillah, kesemua menu yg dihidangkan smlm sudah pun habisss....tak ada belen dah...so, layan jelah resepi yg ada ni yer...selamat mencuba!

Honey BBQ Chicken Wings
Bahan-bahan :
  • 12 ketul kepak ayam
  • 1/3 cawan sos BBQ
  • 1-2 sb sos plum
  • 1 sb serbuk lada hitam
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 1/2 cawan madu
  • 1-2 sb kicap pekat
  • 1/4 cawan sos tiram
  • sedikit serbuk cili - optional
  • garam secukupnya
  • minyak zaitun secukupnya
Cara-cara : Bersihkan kepak ayam. Gaul2kan ayam bersama semua bahan di atas kecuali minyak zaitun dan perapkan semalaman. Gaulkan ayam bersama minyak zaitun. Kemudian susunkan ayam di dlm dulang pembakar yg telah dibalutkan kertas foil. Kemudian bakarlah hingga masak mengikut kepanasan suhu oven masing2. Jangan lupa terbalikkan ayam dan siramkan dgn lebihan bahan2 perapan tadi. 

***ayam ini boleh juga dimasak atas dapur dgn menggunakan kuali non-stick. Hanya tuangkan sedikit shj minyak zaitun ketika memasaknya. Pastikan ayam ditutup rapat dgn penutup kuali dan masaklah dgn menggunakan api kecil shj.


Saturday, July 17, 2010

Makaroni Bermayonis dan Sos Bolognese Mudah

Salam ceria!...
Hari ni tak ada entri masak2 lauk. Actually lunch tadi masak yg simple2 jer. Tak ada yg special. Cuma ptg tadi si Danial mintak buatkan makaroni bersos spagetti ni. Pada mulanya nak buat esok jer...tp dia insist gak nak makan ari ni, tak sampai hati lak nak kata tidak.

So, layan je lah resepi mudah makaroni utk anak2 nih...sukatan tak ada yer sb main campak2 jer. Tapi enak bangat!!

Hujung bulan ni tuan rumah berkemungkinan besar akan bercuti lagi dari dunia blogging. Mungkin nak 'quit' dah kot atas sebab2 tertentu. Just wait and see how it goes. Keputusan belum muktamad lagi...hehe.

Jom kita makan! ....

Makaroni Bermayonis

Bahan-bahan : tiada sukatan
  • makaroni 
  • butter
  • garam
  • mayonis
Cara-cara : Rebus makaroni bersama sedikit garam sehingga ala dente. Kemudian ditoskan. Gaulkan rata-rata bersama butter dan mayonis.


Sos Bolognese Mudah

Bahan-bahan : tiada sukatan
  • isi ayam/daging (dicincang) @ minced beef/chicken
  • puri tomato
  • bawang besar (dihiris dadu)
  • bawang putih (dicincang)
  • chicken ball 
  • tomato (dipotong dadu)
  • butter / minyak zaitun / minyak masak
  • sedikit oregano
  • sedikit lada sulah
  • sos cili
  • sos tomato
  • sedikit garam dan gula
Cara-cara : Panas butter di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga perang. Kemudian masukkan tomato puri, isi ayam/isi daging, tomato dan sedikit air. Kacau hingga mendidih. Masukkan chicken ball, sos cili, sos tomato, daun oregano dan lada sulah. Kacau lagi. Akhir sekali perasakan dgn garam  dan gula jika perlu. Setelah masak, hidangkan panas2 bersama makaroni.

Thursday, July 15, 2010

Crispy Anchovies in Honey Lime Sauce


Salam....
2-3 hari ni payah betul nak buat entri pasal gambar2 masak tak boleh nak upload. Tak taulah apa sebabnya. Dah try berkali-kali tapi semuanya kena reject. Agaknya dia suruh tuan rumah ni stop blogging la kot..huhu. Rela ker?? Tapi kalau begitu kesudahannya, aku redha....

Alhamdulillah, berkat kesabaranku akhirnya dpt gak buat entri hari ni. Try upload gambar2 yg tlh lepas, dah boleh dah...tp lain kali jelah update...hehe.

Pagi tadi sempat jln2 ke Jepun nak carik sushi & daigakuimo...tapi berkenan lak dgn resepi ikan bilis rangup ni. Rupa2nya sebelum ni dah ramai gak yg cuba resepi ni spt Kak Jun, AlongRoz dan Chik Mimi. Tak perasan pun. Kali ni si hana lak cuba resepi yg sama. Dia kata sedap, so, tuan rumah pun nak try gaklah. Stok tepung ubi tu ada dlm simpanan tp oleh krn malas nk bukak plastiknya, dyg guna tepung jagung je. Sedap gak tuu!!...mmg sedap dan rangup!...masa ni pun tgh mengunyah lagi tu...mmg tak leh nak brenti dibuatnya...hehe.


Jom layan resepinya. Kopipes dari dapur Chik Mimi. Boleh juga rujuk di  dapur kak Jun AlongRoz dan utk versi bahasa Melayu boleh rujuk di dapur hana. Resepi asalnya adalah drp Amy Beh. Terima kasih kpd mereka2 yg sudi berkongsi resepi ini.

Ingredients
  • 250g split and cleaned anchovies
  • 1 cup tapioca flour
  • 1 tbsp sesame oil
  • 4 dried chillies, cut into sections
  • 1 onion, halved and sliced thinly
  • 6 bird’s eye chillies, chopped
  • 2 calamansi limes, squeezed for juice
  • 3 tbsp honey
  • 2 tbsp water
  • 1 tbsp fish sauce 
  • curry leaves (i added)
  • sesame seeds (i added)
  • peanuts (i added)
Method
  1. Rinse anchovies and soak for 10-15 minutes. Drain dry in a plastic colander then pat completely dry with several layers of kitchen paper towels. Toss in tapioca flour.
  2. Heat some oil in a wok. Shake off excess tapioca flour from the anchovies and deep-fry until golden brown and crispy. Dish out and drain from oil.
  3. Heat the sesame oil in a clean wok, fry dried chillies, onion and bird’s eye chillies for a while. Combine lime juice, honey, water and fish sauce and add to the pan; bring to a boil until mixture turns frothy and thick. Return prefried anchovies to the honey sauce. Stir-fry briskly until well combined. Dish out and serve.

Monday, July 12, 2010

Nago Mix Fruit Cake

Salam dan selamat pagi!....

Entri kek ni sepatutnya di'update' malam tadi tapi x sempat lak..mesti ada yg tertunggu2...hehe. Honestly, memang susah nak spend time dgn lappy pd hujung minggu sb masa tu lah nak keluar jalan2 sambil meluangkan masa berkualiti dgn anak2 dan suami. Walau apa2pun, terima kasih pd yg sudi berkunjung dan meninggalkan jejak di sini. Walaupun tuan rumah selalu senyap, tapi masih ada yg sanggup setia menunggu dan lepak di sini. Thanks a lot!

Orait...kek buah ni dah lama tak buat. Hari tu singgah di tesco, sempat gak sambar 1 kotak tepung kek cap Nago utk dicuba2 buat pertama kalinya...hehe. Hanya perlu tambah butter dan telur. Selebihnya memang dah sedia ada dlm kotak tu. Senanglah kerja..tak payah nak sukat2 tepung itu dan ini, siap dgn resepinya sekali. Cuma dyg ikut step yg biasa dyg buat...dan satu lagi, dyg tambah sedikit susu  mengikut citarasa dyg. Hasilnya mmg tak mengecewakan. Time dah masak tu terus potong masa tu gak..tak sabar nak ngap!...sedap, lembut dan gebuss!! Next time bolehlah buat lagi dan lagi tapi kena tengok 'mood' dulu...hehe.

Inilah rupa kotak tepung kek tu. Terpesona dgn gambar kek ...waduhh!! teringinnya nak buat!!..Resepi pun dah ada kat situ. Cuma di bawah ni dyg sertakan resepi dan langkah2nya mengikut versi dan keselesaan sendiri. Jika nak follow pun ok. No problem ma....hehe.

Nago Mix Fruit Cake

Bahan-bahan :
  • 1 kotak tepung kek buah campuran cap Nago
  • 3 biji telur
  • 100 g mentega
  • 2 sb susu segar (i added)
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pd suhu 180C. Sediakan loyang kek (dyg guna yg berukuran 5" x 9"). Sapukan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Gaul2kan buah campuran dgn sedikit tepung.
  3. Pukul mentega hingga kembang dgn kelajuan maksima. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar dgn perlahan.
  4. Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dan putar hingga sebati.
  5. Akhir sekali masukkan mix fruit dan kacau sebati dgn spatula.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar selama 40 minit atau sehingga kek masak.


Sunday, July 11, 2010

Triffles....again!!

Salam...
Happy Weekend pd pengunjung semua!!...

Semalam sgt2 memenatkan. Satu hari tak ada kat rumah. Jalan2 sambil meluangkan masa dgn anak2. Pada mulanya rancang nk ke IkEA...huhu..dh lama tak ke sana tp tak jadi pulak. Hubby kata 'crowded'...yalah tu...sebenarnya dia malas nak pi jauh2...last2 ke Tesco Ampang....dalam hatiku berkata, "itu dah cukup bagus!..boleh beli brg2 dapur dgn harga yg cukup murah especially bwg2 dan sayur2...gerammm!!..rasa nak rembat semua jer tu...hehe",  haih!...asik2 cerita brg dapur kan....maklumlah, anak2 suka makan, kita pun sukalah beli dan belah...hehe.

Oklah, actually Jumaat lepas tuan rumah sekali lagi merajinkan diri buat puding triffle dgn menggunakan resepi yang sama tempoh hari. Wah! nampaknya dyg pun dah terikut2 dgn Kak Nor Ganu repeat benda yg sama nih!...hehe...

Cuma kali ni tak guna Swiss Roll, sebaliknya guna lebihan kek biasa.  Lepas tu letak  peach slices sekali dgn mixfruit....rasanya tetap maintain sodaappp!!...entah kenapa sejak dua menjak ni eh asyik memuding jer kan...hehe. Sekali lagi terima kasih kpd Kak Liza krn sudi share resepi Triffles.


Jom layan puding dulu!...entri terbaru akan menyusul kemudian....tungguuuuu!!!....tq for stoppin' by....

Friday, July 09, 2010

Ayam Sambal Mabeles

Hari ni macam biasa, lauk ayam mengikut citarasa sendiri. Namanya pun mabeles, dah gerenti sedap pd anak tekak ni....style dan rasanya lbh kurang ala2 Kam Heong gitu.... perencahnya beraroma itu benar2 memikat selera apatah lagi si tukang masak tu sendiri. ..hehe...hmmmm...mmg wangi dapurku semasa menumis bersama daun kari ...tak sabar rasanya nak makan!!...hehe. Selain ayam, ketam, udang, lala, sotong dan sebagainya pun sesuai dimasak dgn menggunakan perencah yg sama. Yang bestnya, hari ni mr hubby sempat lunch di rumah. Berselera sungguh nampaknya sampai menambah nasik...mana taknya, selain ayam dan sayur, tempoyak pedas pun ada sekali...hehe...rasa penat pun hilang....

Jom masak2!

Ayam Sambal Mabeles

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka, dibersihkan dan digoreng mcm biasa hingga masak)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap masin
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan serbuk kari (dibancuh dgn sedikit air)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 inci belacan bakar (ditumbuk)
  • 1 sudu makan udang kering (ditumbuk)
  • sedikit garam, gula dan air asam jawa
Bahan-bahan mesin :
  • 7 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 2 batang serai
  • 5 tangkai cili kering
  • 3 tangkai cili merah
Cara-cara :
  1. Tumis bahan2 mesin hingga terbit bau.
  2. Masukkan daun kari, pes kari, belacan dan udang kering. Tumis lagi hingga pecak minyak.
  3. Masukkan sos tiram, kicap masin, kicap manis, garam dan gula secukup rasa. 
  4. Masukkan ayam yg sudah digoreng dan sedikit air. Gaul2kan hingga rata. Masukkan sedikit air asam jawa.
  5. Setelah kuahnya pekat, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Kek Cantik Marie


Salam...
Kepada Noorki yg meminta resepi kek Cantik Marie, akak kopipes resepinya dlm entri ini yer. Akak tak pasti noor dah jumpa ke belum resepi ni sebelum ni. Harap dapat membantu. Kepada yg berminat nak cuba resepi kek ini, silakan yer. Gambar kek ni adalah gambar lama. Gambar baru kena tunggu dulu...hehe. Selamat mencuba!

Bahan-bahan : loyang 7" x 7"
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 5 biji telur A
  • 250 gm marjerin (mentega pun boleh)
  • 1/3 cawan milo
  • 2 sb serbuk koko
  • 1 sdt esen vanilla
  • 2 sb browning sugar/gula hitam (kalau xde, boleh guna 1 sb coklat emulco)
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1/2 cawan susu pekat manis (boleh lebihkan sedikit kepada 3/4 cawan)
  • biskut marie secukupnya
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Lengserkan loyang kek dgn mentega dan taburkan tepung. (elok lapik dgn kertas minyak macam dlm gambar di bwh ni supaya senang nk keluarkan keknya). Ayak tepung bersama koko dan milo. Gaulkan rata2.
  2. Pukul marjerin/mentega dgn gula hingga sebati.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul sehingga sebati dan masukkan sebiji lagi telur dan pukul sebati. Ulangi sampai habis.
  4. Masukkan susu. Putarkan lagi sehingga rata.
  5. Masukkan gula hitam (refer gambar atau kalau nak belajar buat sendiri boleh refer di sini) atau boleh juga guna coklat emulco. Kacau sebati.
  6. Masukkan tepung perlahan2 sambil diputar.
  7. Akhir sekali masukkan esen vanilla.
  8. Tuangkan 3-4 senduk nasi utk lapisan pertama dan susunkan biskut marie di atasnya. tutup dgn kertas foil dan kukus selama 5-7 minit.
  9. Ulangi langkah 8 hingga habis. Untuk lapisan yang terakhir, x perlu letak biskut marie. Kemudian kukus lama sedikit selama 1 jam atau sehingga masak (tekan2 sedikit (tapi jgn terlalu kuat) lapisan yg tlh dikukus dgn senduk/sudu sblm melapis utk lapisan seterusnya)
  10. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
**untuk resepi asal boleh rujuk di sini atau di myr.

Wednesday, July 07, 2010

Udang Sambal Serai Harum

Dah tak tau nak masak apa hari ni. Tapi utk anak2 mcm biasalah, lauk ayam wajib masak tak kiralah ayam goreng ker, bakar ker, berkuah ker, janji ada. Yang mama dia org ni pulak stress tak tau nak makan apa...dah rendam daging dan ikan lepas tu masuk balik dlm esbok. Plan nak buat rendang jadi tak jadi sudahnya...huhu. Malas sgt2!!...

Akibat dp stress tu maka terciptalah satu lagi menu udang versi campak2. Memang stress! Tapi berbaloi2!! ...sebab masakan ni memang super mabeless!!!..si peminat fanatik udang ni gerenti suka....hehe..mcm tau2 jer siapa orangnya... :D

O ya, sejak dua menjak ni gambar2 masakan asyik2 ala kadar jer sb no time nak deko2 & nk pose cantik2...semuanya nak cepat..got so many things to do lah. Nak uruskan rumah, nak uruskan anak2 dan yg paling kena fokus skrg ni ialah nk 'extra' monitor pelajaran bdk2 ni since dia org tak tuition kat luar. Sebab tu lah tak sempat nak blogwalking atau update blog setiap masa. Faham-faham jer lah yer..hehe.

Dyg juga minta maaf sekiranya terlewat lg nk membalas mesej anda. Jgn serik yer utk tinggalkan jejak dan komen. Ada 2 lagi chatbox kat sblh tu. Pilihlah mana satu. Nak penuh2kan kedua2nya pun boleh...kalau ada free, dyg pasti akan reply. Sekali lg dyg berterima kasih kpd semua yg tlh sudi berkunjung dan menjadi pengikut dyg.


Oklah...jom layan resepi mudah dan sedap nih!...selamat mencuba!

Udang Sambal Serai Harum

Bahan-bahan :
  • 1/2 kg udang segar (dibersihkan)
  • 4-5 sudu besar cili kering kisar
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • 1 cm halia (dikisar)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 batang serai (diketuk)
  • sedikit daun kesum dan bunga kantan (dihiris halus)
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
 Cara-cara :
  1. Tumis bahan2 kisar, cili kisar serta serai hingga pecah minyak.
  2. Masukkan daun kesum, bunga kantan, daun limau purut dan sedikit air. Kacau hingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan udang, garam, gula dan asam gelugur. 
  4. Akhir sekali masukkan tomato. Masak hingga kuahnya pekat.

Tuesday, July 06, 2010

Tempoyak Goreng Udang


Salam...
Sekali lagi dyg memohon maaf atas kelewatan meng'update' entri semalam. Maklumlah, bukan boleh nk mengadap netbook setiap masa. Busy mom katakan....hehe. Oklah, tak nak cerita panjang lebar...jom kita buat tempoyak goreng!...sebelum ni dyg ada tuliskan resepinya di sini . Dyg kopipes balik resepinya dlm entri ni. 

Tempoyak goreng ni sebenarnya salah satu menu wajib berbuka puasa lebih2 lagi pd waktu sahur. Tak ada lauk lain pun tak apa, asalkan tempoyak ni ada. Sedap betul makan dgn nasi panas!...Tapi kalau nak masak, seelok2nya gunakanlah tempoyak fresh. Jangan guna tempoyak yg dah terlebih masam, nanti lain pulak rasanya...hehe. Lebih baik buat tempoyak sendiri, betul tak??...barulah puas hati.

Ok, ini resepinya mengikut versi dyg. Sudi2kanlah utk mencubanya. Terima kasih sudi singgah.

Tempoyak Goreng Udang

Bahan-bahan :
  • 5-6 sudu besar tempoyak segar
  • 300 gm udang basah (dibuang kulit dan dibersihkan)
  • 5 sb cili kering kisar
  • 3 biji cili api (dikisar) - optional
  • 1 keping asam gelugur
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 cm kunyit hidup (dikisar) -boleh juga guna kunyit serbuk
  • 2 cm halia muda (dikisar)
  • 1 ulas bawang putih (dikisar)
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara :
  • Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga pecah minyak.
  • Masukkan udang dan tumis hingga separuh masak.
  • Masukkan tempoyak, asam gelugur, garam dan gula (pastikan rasa masin dan manisnya sama).
  • Goreng tempoyak sehingga masak keperangan (guna api perlahan).
**selain udang basah, udang kering atau ikan bilis halus pun sedap dimasak dgn tempoyak. Selamat mencuba!