Salam...
Kepada Noorki yg meminta resepi kek Cantik Marie, akak kopipes resepinya dlm entri ini yer. Akak tak pasti noor dah jumpa ke belum resepi ni sebelum ni. Harap dapat membantu. Kepada yg berminat nak cuba resepi kek ini, silakan yer. Gambar kek ni adalah gambar lama. Gambar baru kena tunggu dulu...hehe. Selamat mencuba!
- 1 cawan tepung naik sendiri
- 5 biji telur A
- 250 gm marjerin (mentega pun boleh)
- 1/3 cawan milo
- 2 sb serbuk koko
- 1 sdt esen vanilla
- 2 sb browning sugar/gula hitam (kalau xde, boleh guna 1 sb coklat emulco)
- 3/4 cawan gula halus
- 1/2 cawan susu pekat manis (boleh lebihkan sedikit kepada 3/4 cawan)
- biskut marie secukupnya
- Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Lengserkan loyang kek dgn mentega dan taburkan tepung. (elok lapik dgn kertas minyak macam dlm gambar di bwh ni supaya senang nk keluarkan keknya). Ayak tepung bersama koko dan milo. Gaulkan rata2.
- Pukul marjerin/mentega dgn gula hingga sebati.
- Masukkan telur sebiji dan pukul sehingga sebati dan masukkan sebiji lagi telur dan pukul sebati. Ulangi sampai habis.
- Masukkan susu. Putarkan lagi sehingga rata.
- Masukkan gula hitam (refer gambar atau kalau nak belajar buat sendiri boleh refer di sini) atau boleh juga guna coklat emulco. Kacau sebati.
- Masukkan tepung perlahan2 sambil diputar.
- Akhir sekali masukkan esen vanilla.
- Tuangkan 3-4 senduk nasi utk lapisan pertama dan susunkan biskut marie di atasnya. tutup dgn kertas foil dan kukus selama 5-7 minit.
- Ulangi langkah 8 hingga habis. Untuk lapisan yang terakhir, x perlu letak biskut marie. Kemudian kukus lama sedikit selama 1 jam atau sehingga masak (tekan2 sedikit (tapi jgn terlalu kuat) lapisan yg tlh dikukus dgn senduk/sudu sblm melapis utk lapisan seterusnya)
- Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
mmg cantiklah kek kukus marie ni..
ReplyDeletesalam
ReplyDeletekebetulan sama lak N3 kita pasal kek nie..org sarawak lebih mahir tentang kek2 terutama kek2 kukus kalu musim raya..akak biasa raya di sri aman rumah mereka semua ada kek atas meja sampai 8-9 jenis sekali hidang..biskut sikit jer..masa akak dok sri aman 3 thn puas mkn2 kek kukus..best..terakhit kek proton saga..masa tu
wahhh...bestnyer! bahan2 dia pun xcomplicated sgt. Kena try ni. Tq..
ReplyDelete@jalilah_jy
ReplyDeletesalam kak...tq sudi tinggalkan jejak. Kek2 kukus Srwk ni mmg wajib ade 7-8 bijik stiap kali raya, dh jd tradisi katakan..hehe. skrg ni pun kek2 kukus ni dh jd popular kat semnjg...ramai gak yg terror buat...sebut jer proton saga tu terus tbayang2 kaler biru...hahaha...
@Syida
ReplyDeletemmg simple & senang je nk buat kek ni..sekadar utk mkn2 minum ptg, bolehlah...tp sedaappp!.. :)