Monday, August 31, 2009

Puding Evergreen

Pemanis mulut yang sungguh lazat dan berkhasiat!....Mula2 nak taruh nama puding hijau, atau puding Emulco...finally, letaklah nama puding Evergreen...sb tgk je puding ni, sejuk dan damai je mata memandangnya...

Yang ni pulak dayang dah keluarkannya dari bekas tadi...sekali pandang, mcm kapal UFO lak, kan....huhu...apa2pun resepinya teramat2lah ringkas dan mudah. Dayang tak guna sebarang agar2 atau tepung kastard tetapi hasilnya tak menghampakan selain rasanya yang lembut dan sedap.....

Bahan-bahan : adunan ini cukup utk 3 bekas kecil. Nak buat banyak bolehlah gandakan bahan2nya.
  • 1/2 cawan gula pasir (kalau nak manis lagi, jadikan ia 3/4 cawan)
  • 60 ml air
  • 250 ml susu cair
  • 2 biji telur A
  • 1 sk pandan emulco
Cara-cara :
  1. Larutkan gula bersama air di dlm periuk.
  2. Masukkan susu cair dan pandan emulco. Sebatikan. Padamkan api.
  3. Pukul telur sedikit tetapi jgn sampai berbuih.
  4. Satukan telur bersama campuran susu tadi. Kacau perlahan.
  5. Tapiskan adunan tadi dan tuangkan ke dlm bekas yang sudah dilengserkan dgn mentega. Tutup kemas bekas tersebut dgn kertas foil.
  6. Kukus selama 25-30 minit.
  7. Setelah masak, sejukkan. Hiaskan dgn mix fruits dan susu cair.

Tauhu Bakar

Tauhu bakar buat sendiri dan sosnya pun buat sendiri gak. Maklumlah, petis udang dah lama dibeli tapi x terbuat2 lagi sosnya. Lega rasanya dapat makan tauhu bakar kali ni. Nanti2 nak buat rojak lak.

Inilah resepinya mengikut citarasa dayang.

Bahan-bahan :

Untuk Tauhu :
  • 4 keping tauhu (dibelah 4)
  • sedikit garam
Cara-cara : Gaulkan tauhu bersama garam dan goreng sehingga masak. Kemudian bakar 7-10 minit atau sehingga garing pd suhu 180C. Jika menggunakan tauhu goreng siap, hanya perlu bakar shj.

Untuk Sos :
  • 2 sudu makan petis udang
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1/4 cawan air
  • 2-3 biji cili padi (ditumbuk lumat)
  • garam dan gula secukupnya
Bahan-bahan hiasan :
  • kacang tanah goreng (dikisar)
  • timun (dihiris)
  • sangkuang (dihiris)
  • bijan
Cara-cara : Satukan kesemua bahan untuk sos di dlm periuk dan masak hingga sebati. Hidangkan bersama tauhu bakar dan bahan2 hiasannya.



Ayam Goreng Berempah Serai

Ini pulak lauk ayam sedap guna resepi Love2Cook. Memang sedap dan habis licin sampai sebutir kerak pun x nampak dah. Memang berbaloi2.. Anak2 & hubby pun nampak berselera sangat makan ayam berempah ni...lagi satu, dayang add lebih sikit serainya...Anyway, resepi ni mmg tak rugi utk dicuba....thanks for sharing dis recipe, Love. Lebiuuu!!...akak kopipes resepinya di sini yer...tq...(dah mintak izin pun..)

Bahan2 yang diperlukan :-
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
Bahan dikisar bersama;
  • 6 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai
----------------------------
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
  • garam dan aji secukupnye
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak yang menggoreng

Cara2 memasaknye :-
  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Sedia dimakan begitu sahaja!

Ikan Masak Lemak

Salam....terima kasih kpd para bloggers dan rakan2 yg sentiasa setia berkunjung ke blog dayang dan sudi tinggalkan jejak walaupun kdg2 terlambat reply. Kepada yg baru link dan follow blog yg tak seberapa ni...terima kasih banyak2 yer. Selamat berkenalan dan semoga ceria selalu...InsyaAllah, jika ada peluang nanti dayang akan singgah ke blog anda pulak...tq.

Oklah, n3 kali ialah ikan masak lemak...iaitu menu yg dimasak semalam. Guna ikan kembung dan juga campuran nanas sebagai penyedap rasanya. Sedap dan rasanya lemak manis, sedikit pedas dan masam2 sikit...semuanya ok...hehe..

Layan dulu la yer...nanti update lagi....

Saturday, August 29, 2009

Sambal Tumis Sotong

Tertunai juga hasrat di hati nak makan sambal tumis sotong. Hehe..kak rosaliza, dayang x buat ketupat sutun sb yang ni dirancang awal2 lagi. Kena tunaikan niat ni, kalau tak, tidur malam termimpi2 lak...huhu....Sesungguhnya, masakan sambal sotong ni memang mabeles dan terlalu sukar utk dihuraikan dgn kata2...cewahh.... :D

Sila2lah menjamu mata yer...nak jamu betul2, tak dapek den nak nolong....tapi kalau teringin nak mengetes, bolehlah cuba resepi dayang ni....selamat mencuba!...........


Bahan-bahan :
  • 5 ekor sotong XL (dibersihkan dan dipotong - tak nak potong pun ok)
  • 1/2 labu bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 2 biji bawang merah *
  • 4 sb cili kering kisar
  • 1/2 inci belacan bakar *
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan jus limau kasturi/air asam jawa
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 labu bawang besar (dimayang)
  • sedikit hirisan daun ketumbar - jika suka
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara :
  1. Rebus sotong separuh masak dan tuskan.
  2. Kisar bahan2 bertanda *.
  3. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali.Tumis bahan2 kisar dan cili kering hingga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukkan sos tiram, sos cili, garam, gula dan sedikit air. Kacau rata2.
  5. Masukkan sotong, daun ketumbar, bawang besar dan jus limau kasturi/air asam jawa. Gaulkan sebati.
  6. Setelah masak, hidangkan.
***nak pedas lagi boleh tambah cili padi.

Kerapu Masak Stim

Menu ikan masak stim yang dah lama tak buat. Memang sedap dan berbaloi. Nak masak pun mudah je. Nyaris2 tak sempat ambik gambarnya sebab x sabar dah nak ngap. Sebab tu nampak berterabur je...xpelah, janji dapat tayang. O ya, lauk ni dayang masak lepas berbuka dgn pulut dan kuih-muih.

Resepi ikan masak stim ni ada kat dapur dayang di MYR. Cuma kali ni dayang guna ikan kerapu dan guna resepi yang sama dan sudah diedit sedikit. Kalau ada sesiapa nak cuba, bolehlah ikut resepi ini yer...

Bahan-bahan ( 1 hidangan )

  • 1 ekor ikan kerapu (dibersihkan)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1/2 inci halia (diketuk)
  • 1/2 inci lengkuas (diketuk)
  • 3 ulas bwg putih (diketuk)
  • 5-7 biji cili api (diketuk)
  • 1 sb sos tiram
  • 1/2 sb sos ikan- optional
  • 4 sb jus limau nipis @ campuran limau nipis dan limau kasturi
  • 4 sb susu cair
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 1 labu bwg besar (dihiris)
  • sedikit daun sup & daun bawang (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • sedikit garam
  • 2 cawan air
  • sedikit cendawan dan bunga kobis
  • 1 sb tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)

Cara-cara

  1. Didihkan air di dalam kuali. Masukkan serai, bawang putih, halia, cili api dan lengkuas. Kemudian masukkan ikan. Gunakan api sederhana.
  2. Kemudian masukkan bawang besar, sos ikan, sos tiram, cili merah, cendawan, bunga kobis, daun sup dan daun bawang. Kacau dgn perlahan.
  3. Akhir sekali, masukkan susu cair, jus limau, garam, tepung jagung dan tomato. Biarkan merendidih seketika. Tutup api, dan hidangkan.

Pulut Serunding

Salam....

Menu hari ni xlah special sangat. Sekadar memenuhi selera yang kadang2 sukar nak dipenuhi..huhu. Mula2 dayang buat pulut serunding udang kering seperti yang di dlm gambar ni...kejap je buat benda alah ni selain rasanya memang sedap dan cukup rasa.

Resepinya dayang sertakan di sini yer kot2 ada yg teringin nak cuba.....sedap tau!

Bahan-bahan :
  • 1 pot beras pulut (direndam 2 jam)
  • 1 pot air + 1 sk garam (boleh juga campurkan dgn santan jika suka)
  • 50 gm kelapa parut
  • 2 sudu makan udang kering (ditumbuk lumat)
  • 3-4 sudu makan cili kering kisar
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara :
  1. Tuskan beras pulut yg direndam tadi dan kukuskan selama 10 minit. Kemudian masukkan air dan kukus lagi sehingga masak (dlm 20 minit)
  2. Sejukkan dan bentukkan mengikut citarasa masing2. (elok guna plastik supaya tak melekat di jari)
  3. Untuk serunding : Panaskan 1 sudu besar minyak masak di dlm kuali. Tumis cili kering dan udang kering sehingga kering barulah di masukkan kelapa parut tadi. Perasakan dgn garam dan gula. Goreng sehingga kering dan keperangan dgn api perlahan.
  4. Salutkan serunding dgn pulut tadi.

Jus Mangga

Jus ni dayang buat utk berbuka semalam. Cuma perlu blend hirisan mangga bersama gula dan air masak. Lepas tu bubuh air batu sikit. Nyamaaan!!!

Friday, August 28, 2009

Nasi Lemak

Untuk berbuka puasa hari ini dayang masak nasi lemak. Itupun atas permintaan anak2. Berselera sungguh bdk2 ni makan sampai menambah2....


Resepi Nasi Lemak dayang boleh klik di sini yer....

Rendang Berempah Hati Lembu

Hari ni tak masak lauk ayam atau daging. Cuma masak rendang hati je. Sebenarnya, plan nak masak sotong tapi sotong takda pulak. Terlupa nak suruh hubby belikan pagi tadi. Maybe esok2 je lah.

Apa2pun...hati lembu ni memang sedap dibuat rendang. Cuma sebelum tu, hati ni direbus terlebih dahulu sebelum di'rendangkan' kalau ikut citarasa dayanglah..heheh.

Sambal Tumis Terubuk Masin

Ikan terubuk lagik!...hehe...semalam dah masak yg sebelahnya. Hari ni masak sebelah lagi. Tapi seperti yg dirancang pagi tadi, dayang nak buat sambal tumisnya pulak.... Memang sungguh menyelerakan!

Rasa sambal tumis ni ada masam, pedas sikit, masin dan manis. Semuanya cukup rasa. Tapi sebelum buat sambal tumis, ikan ni kenalah digoreng garing terlebih dahulu mcm resepi semalam tu...senang je...

Jika ada sesiapa kepingin nak buat mcm ni, silalah buat. Takda ikan terubuk? Boleh guna ikan masin yg lain. Memang best tau!...

Bahan-bahan :
  • sebelah ikan terubuk (dipotong, dan digoreng garing)
  • 1/2 labu bawang besar (dimayang)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 3-4 sb cili kering kisar (bergantung pd jenis dan kepedasan cili)
  • sedikit garam dan gula
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang putih hingga perang.
  2. Masukkan cili kering. Tumis sampai garing.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Kacau sebati.
  4. Masukkan bawang besar. Setelah layu, tutupkan api dan siramkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi.
***nak masam lagi, perah dgn limau kasturi.

Bubur Jagung

Dah lama gak tak buat bubur jagung ni. Stok jagung ni pulak dah lama beli tapi baru hari ni lah dapat masak. Memang sedap sangat bubur ni lebih2 lagi dgn adanya campuran kacang merah.

Resepi bubur jagung ni rasanya ramai yg dah tau....tak payah tepek la yer. Tapi kalau nak mintak gak resepinya, angkat tangan tau..heheh...apa2pun jom layan dulu!

Terubuk Masin Goreng Garing

Ikan terubuk idaman kalbu...alahai,...rindu sgt2 dgn ikan ni...bayangkanlah, dah nak hampir setahun memendam rasa nak makan terubuk masin...akhirnya, abang angkat hubby dari Srwk tu dgn murah hatinya menghadiahkan sekotak ikan terubuk ni kpd kami sekeluarga. Bolehlah dapat dalam 4 ekor. Fresh sgt2 dan tak terlebih masin. Alhamdulillah...dapat gak melepas rindu...

Ikan ni senang je nak masak. Sedap dan garing....menambah2 makan nasik. Tak pandang pun lauk lain. Ingatkan semalam tu nak buat sambal tumis terubuk masin...tapi tak jadi. Mungkin hari ini lah kot....

Ayuh! nak join tak???....heheh..tunggu malam la yer....

Bahan-bahan :
  • sebelah ikan terubuk (dipotong bbrp bahagian dan direndam sebentar, lepas tu dituskan dan dikeringkan)
  • 3 sb tepung jagung
  • limau kasturi secukupnya
  • bahan hiasan : cili padi, bawang besar
Cara-cara : Gaulkan ikan bersama tepung jagung dan gorengkan sehingga garing dgn menggunakan api perlahan sahaja. Setelah masak, angkat dan tuskan. Hidangkan bersama bahan2 hirisan dan perahkan dgn limau kasturi. Sedaaap!

Bendi Tumis Berempah

Menu ni dimasak lepas berbuka puasa. Lambat sikitlah nak makan sb masih kenyang dgn roti jala..tapi nasik tetap makan gak sekurang-kurangnya sekali sehari.

Sayur bendi ni memang sedap dimakan panas2 dgn nasi panas. Buat cara berempah...memang tak tahan dibuatnya.

Bahan-bahan :
  • 7 batang bendi (direndam bersama air garam, tuskan/keringkan dan dipotong menyerong)
  • 8 ekor udang basah (dibuang kulit)
  • 1/2 sudu besar serbuk kari daging (dijadikan pes)
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sk air asam jawa
  • garam dan sedikit gula
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan pes kari dan serbuk ketumbar. Kacau dan biarkan sampai pecah minyak.
  3. Masukkan udang, cili merah dan sedikit air.
  4. Masukkan garam, gula dan air asam jawa. Kacau hingga udang hampir masak.
  5. Masukkan bendi dan gaulkan sehingga masak.

Roti Jala

Tak sangka yer semalam ramai gak rakan2 blogger buat roti jala. Macam berjanji lak. Dayang pun minat makan roti jala ni. Tapi yang tak bestnya, hubby x sempat nak berbuka kat umah semalam disebabkan urusan kerja yang takleh nak elak (ni lah kali pertama hubby tak berbuka bsama dayang)...pas tu dia call, tanya masak apa...dayang jawablah roti jala...dia terus minta dayang simpankan untuk dia.

Itu sudah semestinya. Maklumlah, roti jala ni mmg makanan kegemarannya. So, kenalah buat lebih sikit. Alhamdulillah...habis gak roti jala ni...tak sia2 aku menjala...heheh....

Ni pulak kari ayam, teman sejati roti jala. Best sangat2!....

Bahan-bahan : Roti Jala
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sb susu cair
  • 1 sudu makan gula pasir
  • 1 biji telur
  • 2 1/4 cawan air
  • 1 sk garam
  • 1 sk serbuk kunyit
Cara-cara : Satukan kesemua bahan di atas di dlm bowl mixer dan pukul hingga sebati. Kemudian tapiskan. Gunakan corong roti jala dan masukkan adunan ke dlmnya. Ayunkan di atas kuali leper yang tlh disapu dgn sedikit minyak.

**Hidangkan bersama kari ayam/daging/ikan kegemaran

Puding Buah

Time puasa ni asyik memuding je...tapi dessert ni sebenarnya tak susah nak buat. Guna bahan-bahan seperti susu cair, buah2an koktel, gula, tepung kastard, serbuk agar2 dan air. Tu je. Sama mcm resepi sebelum ni.

Tapi dayang x buat banyak. Sekadar memenuhi selera si princess tu...hmm, mcm tu lah dia, kalau hari2 biasa dia suka demand mcm2, apatah lagi kalau bulan puasa....

Kuih Sagu

Seperti yg dirancang semalam, dapat gak buat kuih sagu ni utk diri sendiri. Memang sedap. Ingatkan nak beli kat bazar ramadhan tapi mengenangkan ada sejarahnya tahun lepas, lebih baik buat sendiri. huhu...


Bahan-bahan :
  • 100 gm sagu biji (direndam sekejap dan dituskan)
  • 2 sb gula pasir
  • sedikit kelapa parut dicampurkan dgn sedikit garam (gaulkan)
  • 1 cawan air
  • sedikit pewarna kegemaran (dyg guna pandan emulco, pewarna merah dan kuning)
Cara-cara : Satukan sagu, air dan gula di dlm periuk. Kacau hingga kembang. Bahagikan kpd 3 bahagian. Warnakan dgn pewarna kegemaran. Masukkan ke dlm bekas yg bersesuaian secara berlapis dan sejukkan sebelum dipotong. Salutkan dgn kelapa parut.

Karot Susu

Antara menu berbuka semalam. Nyaman je rasa anak tekak ni dapat minum karot susu.

Bahan-bahan :
  • 1 batang lobak merah (dipotong kecil2)
  • 1/4 cawan susu cair
  • 3 sb susu pekat
  • ketulan ais dan air secukupnya
Cara-cara : Kisar semua bahan di atas dan hidangkan.

Thursday, August 27, 2009

Kuih Lopes

Huhu...terlupa lak nak tayang n3 satu lagi ni mlm tadi...nasib baiklah teringat...kalau tak sia2 jer melopes....heheh. Haa, jgn tak tau, ni lah salah kuih peberet dayang. Biasanya dayang suka buat bentuknya bulat2...tp tergoda sgt tgk pic nya kat umah hana smlm tu terus terikut2 nak buat bentuk mcm ni...dh siap salut ngan kelapa baru teringat yg dayang terbuat bentuk 4 segi..huhu. Excited sangatlah tu....hehe...

Kuih lopes kat umah dayang ni, dayang sorang je lah minat. Sebab tu buat sikit jer..tu pun dah cukup banyak. Nasib baiklah hubby tolong makan sepotong dua...Alhamdulillah, habis gak...

Hmmm, ari ni cadangnya nak buat kuih sagu tapi plan ni sekadar plan je lah...belum tentu lagi nak buat....tapi kalau kawan2 nak hulurkan kuih sagu kat dayang boleh gak....heheh..

Resepi Kuih Lopes boleh gak tengok kat Hana ni. Lebih kurang sama jer resepinya ngan resepi dayang. Cuma dayang buat dgn satu cawan beras pulut jer....

Wednesday, August 26, 2009

Nasi Tomato

Jeng3x!!...inilah sebenarnya menu berbuka hari ini...siap satu set nasi tomato.

Alhamdulillah....jadi gak plan nak masak hidangan ni walaupun macam2 plan kat kepala ni.


Resepi Nasi Tomato ni adalah mengikut citarasa dayang. Nak ikut, bolehlah mencuba yer...

bahan-bahan :
  • 2 pot kecil beras (dayang guna beras biasa)
  • air secukupnya
  • 2 sb susu cair
  • 1/2 labu bawang besar (dimayang halus)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2-3 sm halia muda (dicincang)
  • sedikit garam
  • 1 helai daun pandan
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 biji bunga cengkih
  • 1/3 cawan sos tomato
  • sedikit lada sulah
  • 1 sb mentega/minyak sapi
  • kismis kuning jika suka
Cara-cara :
  1. Cairkan mentega/minyak sapi di dlm kuali, tumis rempah, bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan ke dlm beras yg sudah dituskan tadi. Masukkan air secukupnya. Masukkan tomato, garam dan lada sulah.
  3. Tanak seperti biasa.
  4. Apabila nasi dh nak hampir masak/kering, masukkan susu cair dan gaulkan rata2. Biarkan nasi sehingga masak.
  5. Taburkan kismis jika sudah masak.

Ayam Merah

Kalau ada dalca, adalah ayam merah ni. Amacam?..nak join tak?....huhu, malangnya ayam merah ni tinggal 2 ketul jer....jangan berebut2 lak tau....

Nak masak ayam merah ni pun taklah sesusah mana. Yang penting, Ringkas dan Sedap!

Bahan-bahan :
  • 1/2 kilo ayam (dipotong, dbersihkan, diperap bersama kunyit dan garam. Kemudian digoreng separuh masak)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 4-5 sb cili kering kisar
  • 2 sb sos cili
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1/2 labu bawang besar (dimayang)
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis kulit kayu manis, serai, bahan2 kisar dan cili kering sampai wangi/pecah minyak.
  2. Masukkan sedikit air dan sos cili.
  3. Masukkan ayam, bawang besar, garam, gula dan asam gelugur. Kacau sebati.
  4. Setelah masak, bolehlah dihidangkan.