Monday, August 31, 2009

Ayam Goreng Berempah Serai

Ini pulak lauk ayam sedap guna resepi Love2Cook. Memang sedap dan habis licin sampai sebutir kerak pun x nampak dah. Memang berbaloi2.. Anak2 & hubby pun nampak berselera sangat makan ayam berempah ni...lagi satu, dayang add lebih sikit serainya...Anyway, resepi ni mmg tak rugi utk dicuba....thanks for sharing dis recipe, Love. Lebiuuu!!...akak kopipes resepinya di sini yer...tq...(dah mintak izin pun..)

Bahan2 yang diperlukan :-
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
Bahan dikisar bersama;
  • 6 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai
----------------------------
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
  • garam dan aji secukupnye
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak yang menggoreng

Cara2 memasaknye :-
  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Sedia dimakan begitu sahaja!

2 comments:

  1. popukar sungguh menu ini. sana sini sudah membuatnya. bila ler pulak turn akak.huhu

    ReplyDelete
  2. try la kak...skjp je nak wat...cuma perlu perap je...mmg sedap..

    ReplyDelete

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih