Hari ni x dpt nk citer panjang lebar sb badan rasa kurang sihat sket. Apa2pun utk tdk menghampakan rakan-rakan fb dan pembaca budiman, DJ nk kongsikan dua resepi istimewa ni buat semua. Biasanya DJ akan buat satay goreng setiap kali lebaran tetapi kdg2 tu buat jugak hari2 lain kalau dah teringin sgt. Satay goreng ni sgt mudah penyediaannya. Cuma perlu blend bahan2, gaul2, perap dan goreng. Yang penting serai tu kena banyak sket. lg banyak lg bagus..lg sedap rasanya. Garam dan gula juga main peranan. Pastikan satay ni manis dp masin. Sukatannya mmg DJ x tulis sb main campak2 jer. Lagipun terpulanglah pd citarasa masing2 kan. :)
Jom kita layan resepinya....Selamat mencuba!
Satay Ayam Goreng
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
bahan-bahan : anggaran
- 1 ekor ayam (dicuci bersih dan dipotong kecil-kecil atau diambil isinya sahaja)
- air asam jawa secukupnya
- gula perang secukupnya
- garam secukup rasa
bahan-bahan kisar :
- 10-12 batang serai
- 1 1/2 inci halia
- 10 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 1/2 inci kunyit hidup
- 1 sudu makan ketumbar - disangai (boleh juga menggunakan serbuk ketumbar)
- 1/2 sudu makan jintan putih - disangai (boleh juga menggunakan serbuk jintan)
Cara-cara :
- Satukan semua bahan di atas dan gaul-gaulkan sebati.
- Perapkan semalaman atau sekurang-kurang 2-3 jam.
- Sediakan minyak untuk goreng terendam.
- Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga keemasan.
***jika menggunakan daging, jangan goreng terlalu lama, nanti jadi liat.
Kuah kacang ni lain sket teknik memasaknya. Kali ni buat dengan gabungan versi kakak plak. Sangat special dan sedap! Jom semak resepinya....
Kuah Kacang Versi III
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
bahan-bahan :
- 500 g kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dikisar)
- 2 1/2 senduk cili giling (Cap Puteri) +/-
- gula melaka @ gula pasir @ gula apong secukupnya
- 2 batang serai (diketuk)
- minyak masak (lebihkan sedikit)
- air secukupnya
bahan-bahan kisar:
- 2 batang serai
- 10 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar
- 1 inci lengkuas
- 1 inci halia
Cara-cara :
- Satukan kacang tanah bersama air secukupnya di dalam periuk dan jerangkan dengan menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau perlahan-lahan supaya ia tidak berketul. Jangan risau jika terlebih air dan nampak cair. Biarkan ia masak lebih lama (tetapi sentiasa dikacau). Kuah itu sendiri akan menjadi pekat (tetapi tidak kembang). Apabila sudah mendidih dan kelihatan pekat, tutupkan apinya sebentar.
- Sementara itu, tumis bahan-bahan kisar bersama serai hingga terbit bau. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. Setelah masak, tutupkan api.
- Kemudian bahan-bahan tumis tadi dimasukkan ke dalam periuk kuah kacang. Masukkan juga gula dan garam secukup rasa.
- Nyalakan semula apinya dengan menggunakan api kecil. Kacau perlahan-lahan hingga nampak sebati dan mesra. Masak lama sedikit hingga keluar minyak.
- Setelah itu tutupkan api. Bolehlah dihidangkan panas-panas bersama satay, nasi impit, rendang dan sebagainya.
- jika menggunakan cili giling Cap Puteri, tidak perlu letak air asam jawa dan garam yang banyak.
- kuah kacang ini boleh bertahan 2-3 hari tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk tetapi sentiasa dipanaskan sedikit agar kuahnya maintain sedap.
wahhhh...sedapnya tengok..
ReplyDeletemas copy resepi kuah sate yerk kak dayang...
satay ada kat siniii.. nak jugaakkk
ReplyDeleteSalam syawal dayang.Sedapnya satay.Raya-raya ni ramai yang hidang satayka?
ReplyDeletesini pun nmpk satay la...satay goreng pulak ye...sedapnyer Dj
ReplyDelete