Wednesday, September 14, 2011

Kek Kukus Ombak - Updated

Jom jamu mata dulu dgn kek merah jambuku ini. Buat 2 hari sudah..konon2nya nk sambut hari jadi bersama tetamu yg jln2 raya ke rmh tapi terlupa plak nk keluarkan kek ni dr peti ais...hehe. Deko kurang menarik tapi rasanya sedap sb ada campuran serikaya dan nestum. Nanti update lagi sb msh kebizian dan kepenatan.


Sila2lah jamu mata dulu yer. tq sudi singgah... :) 



UPDATE :

Anak2 tak reti nak makan nestum atau bubur nestum. Jadi DJ campurkan nestum dlm adunan kek tanpa pengetahuan dia org. Wahh! .. habis licin gak kek nih. Haa...baru tau betapa sedapnya nestum tu kan...heheh. 

Resepi ni dah diubahsuai mengikut citarasa sendiri. Teksturnya keknya lebih kurang sama dengan kek kukus Sarawak. Resepi asal boleh lihat di SINI. DJ suka dengan cara pembuatan kek ni. Mudah dan cepat siap.(Thank you kpd Kak Fida krn telah memberi ilham kpd DJ utk mengolah semula resepi ni mengikut versi sendiri. Mintak ampun byk2 sekiranya DJ menderhaka byk kali ni...huhu). Cuma bab2 mendekonya mmg DJ tak brp gemar sgt. Tp x salah kalau sekali sekala nk buat special sket kan...hehe. 


Kek Kukus Ombak
Resepi : DaYangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan ( loyang 8 inci )
  • 2 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1/2 cawan nestum kisar
  • 1 sk baking powder (diayak bersama tepung)
  • 6 biji telur gred A (sejuk)
  • 170-180 g gula halus
  • 3/4 cawan mentega cair (DJ menggunakan SCS)
  • 170 ml susu cair
  • 1 sb ovallete
  • 1/2 sk garam
  • 2 sk esen vanilla
  • 2 sudu besar serikaya
  • pewarna ungu, hijau, pink dan coklat (atau ikut warna pilihan)
  • Secukup serbuk koko

Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan. Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.
  2. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang.
  3. Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.
  4. Bahagikan adunan kpd 5 bahagian. Lebihkan adunan ke 5. Warnakan ungu, hijau, pink dan coklat. Manakala adunan yang ke 5 dibiarkan kosong dan dibahagi menjadi dua adunan.
  5. Ratakan adunan kosong di dalam loyang. Ayak serbuk koko di atasnya sehingga menutupi ruang.
  6. Tindihkan adunan berwarna pink di atas koko tadi. Ratakan dengan kemas dan jangan sampai jadi comot. Gunakan sudu untuk membuat tompokan dan kemudian diratakan. Ayakkan pula serbuk koko di atasnya. Ulangi proses hingga habis serta diakhiri dengan lapisan kosong(tidak perlu ditaburkan koko).
  7. Tutup loyang kemas-kemas dengan kertas foil. Kukuslah selama 50 minit.
  8. Setelah masak, sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dihiaskan dengan topping (jika suka).

Untuk hiasan : mengikut citarasa DJ

Cream Cheese Frosting 
  • 100 g butter (DJ menggunakan SCS) - pada suhu bilik
  • 100 g cream cheese - pada suhu bilik
  • 60 g gula icing
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara : Putarkan semua bahan hingga kental. Kemudian sapukan rata-rata pada kek. Simpankan di dalam peti sejuk.

Coklat Icing (merah jambu)
  • 125 g coklat masakan perisa strawberi atau coklat masakan biasa
  • 30 g gula icing
  • 125 g butter - pada suhu bilik



Cara-cara : Cairkan coklat secara double boil. Kemudian satukan dengan gula icing dan butter. Putar hingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam piping bag. Dengan menggunakan nozzle pilihan, hiaslah kek mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing.

***untuk deko pagar kek ni DJ tak sempat nk buat 'the making' tapi baru teringat kat rmh hana ada tuturiolnya. Bolehlah menjengah ke SINI. Selamat mencuba!


21 comments:

  1. cantik kak dayang... mana resipi? hehe...

    ReplyDelete
  2. Waaaaa..berombak2 dada akak tengok kek cantik Dayang ni taauu....adeeeii, nak kena berombak jugak ke ni...malesss je lg..hehe

    ReplyDelete
  3. Dah tertulis bukan rezeki tetamu tu. geram le tengok kek ombak2 ni.

    ReplyDelete
  4. aduhai rase mcm dah naik kapal di pukul ombak dah ni...lovely!!

    ReplyDelete
  5. Salam kak dayang..whoaaa..rupa dia cam kek alunan kasih pun ader..mana resepi nyer kak..trasa nak cuba membuat..deco tuh pada kita dan cantik dah..yg tgk nih jer pun dah terliur nh..hehehe

    ReplyDelete
  6. wahh..cantik la kek tu kak dayang....

    ReplyDelete
  7. sejuk mata memandang ..sejuk lagi tekak kalau dpt rasa he..he

    ReplyDelete
  8. sgt tempting...deco tu cntik je kte nampak kak...

    ReplyDelete
  9. aduhaiiii geram nk mamam tgk kak...kemas jer ajar blh x nk bg kemas icing kek cm ner..resepi icng nyer sekali kak..pakai nozzle bulat biaser tu kan

    ReplyDelete
  10. @Ummi

    haha...k. ummi slalu ckp camtu, padahal dia lg hebat bersilat di dapur..hihik.

    kek bese2 je ni kak..mane ade dpt lawan pakar deko kek..hehe

    ReplyDelete
  11. @Kak Sam
    tu ler psl..xde rezki..xper, jamu mata je d sini...hehe

    ReplyDelete
  12. @♫ mokwo® ♫

    haha...terhibur baca komen mokwo nih...beginilah kencangnya dadaku ketika membuat kek nih... :D

    ReplyDelete
  13. @ninazsyafinaz

    w'salam..

    resepi dh update dah. a'ah sama mcm kek alunan kasih tp tekstur dan rasanya ade lain sket.
    tq 4 the compliment.

    ReplyDelete
  14. @Mas
    tq mas...ala yg simple je ni...hehe

    ReplyDelete
  15. @Ida,Japan

    mekasih byk2 yer sudi singgah...hehe. kek bidan terjun je ni tp Alhamdulillah...sedap pd tekak kte ni :)

    ReplyDelete
  16. @Soo Hae Daa

    ye ker? akak deko main belasah je tu...janji dpt hias...hehe
    anyway, tq so much :)

    ReplyDelete
  17. @My Little Life

    tq. akak guna pisau butter je nk meratakan isingnya tu. Nk kene beli alat khas baru lbh kemas. nozzle plak guna yg bulat kecik utk buat belit2 tu. yg kat bahagian bwh kek tu guna yg bentuk bunga.

    ReplyDelete
  18. Salam kenal Kak Dayang,cantek kek kukus ombak tu....nyam2..

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum akak dj cayang...
    wah cantik kek nie akak.... pastinya sedap tu... siap ada cream cheese lg... sukaaaanyaaa....

    ReplyDelete
  20. @rahel

    salam kenal Rahel. trm ksh ye sudi singgah n tinggalkan jejak. :)

    ReplyDelete

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih