Saturday, September 17, 2011

Cornflake Madu Pedas Rangup

Kalau makan kerepek jagung ni gerenti takleh brenti dibuatnya...my hubby suka sgt mengadap benda ni. Anak2 apatah lagi...dok mengunyah jelah kerja dia org sampai ada yg tersakit gigi. Buat 4 balang besar pun tak cukup. Mmg tak ada can lah nk hidang pd tetamu...hehe. 

Nak buat kerepek rangup ni senang je. Walaupun dimasak dgn dua kaedah iaitu menggoreng dan bakar, namun, taklah mengambil masa yg begitu lama. Hasilnya mmg best! Sangat sesuailah dihidang pd hari lebaran atau bila2 masa shj.


Jom kita cuba resepi mudah ni...


Cornflake Madu Pedas Rangup
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1 bungkus cornflake
  • 1 bungkus roasted peanut (boleh juga menggunakan kacang tanah kopek yang dipanggang/goreng sendiri)
  • 6 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • sedikit cili giling/cili kisar
  • madu secukupnya
  • sedikit garam
  • 100 g mentega +/-
Cara-cara :
  1. Cairkan mentega di dalam kuali besar. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing. Kemudian masukkan cili giling/cili kisar secukupnya. Tumis lagi hingga garing.
  2. Masukkan madu dan sedikit garam. Kacau sebati.
  3. Masukkan kacang tanah dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan cornflake. Gaul-gaulkan hingga rata. 
  4. Jika kurang manis atau minyak, tambahkan mentega dan madu. Gorenglah hingga garing keemasan. Tutupkan api.
  5. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 170C-180C. 
  6. Sediakan dulang pembakar, taburkan cornflake tadi di atasnya. Ratakan. Kemudian bakarlah selama 5-7 minit atau sehingga garing keemasan. Jangan sampai hangus. Keluarkan dari oven, dan sejukkan sebentar sebelum disimpan di dalam balang. 
  7. Kaedah bakar akan menjadikan cornflake ini semakin rangup dan bertahan lama. Selamat mencuba!



24 comments:

  1. Salam dayang , wah cornflake pun boleh jadi tidbit yang sedap ya .kreatif sungguh

    ReplyDelete
  2. Assalam Dayang,
    CMPDR tu sudahlah bermadu, pedas & rangup... memang cukup rasa, memang tak cukup makan sekali, kenalah sedia berbalang-balang sebagai bahan kudap-kudapan! sedappppp....

    ReplyDelete
  3. wohhh sedap tuu.. kalau 4 blang pun tak cukup. kadang2 madu kena cukupkan kak untuk elok je rangup tu. agak2 brapa banyak madu tu kak dayang?ke ikut tekak je

    ReplyDelete
  4. @Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek

    w'salam,

    trm ksh ye sudi memberikan komen. dh m'jd kebiasaan dyg kalau ade baki atau terbeli cornflake ni dyg pasti buat cara gini supaya cepat habis atau x membazir. yalah, bdk2 kan bknnya gemar sgt mkn cornflake buh susu. cocoa crunch xpe...hehe.

    ReplyDelete
  5. @Amie
    w'salam...

    haha...mmg btl tu. smlm hubby kata suruh buat lg nanti utk ganti yg dh habis tu. mmg x cukuplah 4 balang. kena buat lbh sket nanti. rasanya yg sedap dan rangup tu yg buat x tahan...hehe

    ReplyDelete
  6. @izahdaut

    mmg sedap sgt izah oii...madu tu kan akak main ikut tekak je. kalau x cukup rasa, boleh tambah lg. akak main tuang je...hehe. dlm anggaran 1/2 senduk plus2 kot.

    ReplyDelete
  7. salam Kak Dayang..baru semalam saya buat cornflakes madu manis tu..So hari ni boleh cuba resipi ni untuk lebihan cornflakes tu..versi untuk mak bapak budak plak...

    ReplyDelete
  8. best ni Dayang bolehg try nnti Thanks

    ReplyDelete
  9. kak Dayang, sedap ni. Naz suka dan pernah makan tp nak buat tu yg malas.. Mintak 1/2 balang kak...

    ReplyDelete
  10. Assalam Dayang Thanks atas resepinya,akak dah cuba mmg best tak cukup sebalang hehhe

    ReplyDelete
  11. wah..sedap dan menyelerakan...nnt Liza nk tryla..conflake pun ada lg ni..thanx yer bg resepi ni..

    ReplyDelete
  12. salam dayang,
    looks really yummy and crunchy. thanks for the recipe.

    ReplyDelete
  13. Akak..sue firs time tgk ni...Nak try..nak try..thank's share resepi..Muahhhh...cayang akak..Heee

    ReplyDelete
  14. @deeTha H

    w'salam Deetha...

    Alhamdulillah sihat. hrp2 Deetha pun sht n ceria hendaknya ye. tq sudi singgah :)

    ReplyDelete
  15. @Sue @ Nenie
    w'salam ninie...

    so. mcm mane?...dh buat ke belum??...hulurlah sebalang kat akak plak ye...hehe

    ReplyDelete
  16. @Chik Mimi

    thanks Chik Mimi...dah ckp dah...gerenti x cukup kan3...hahaha

    ReplyDelete
  17. @Naz

    adehh...kat umah kte pun dh abih dah ni...berkali2 buat pun x cukup...letih mengunyah tp sedaaaappp!...hehe

    ReplyDelete
  18. @Liza

    u're welcome....selamat mencube ye... :)

    ReplyDelete
  19. @ibundo

    w'salam...

    thanks. Mmg sgt sedap n crunchy...selamat mencube ye... :)

    ReplyDelete
  20. @ibh

    silakan ye sue...mmg x rugi...buat lbh2 sket tau...nanti pos kat akak sebalang... :P :D

    ReplyDelete
  21. Salam Dyg. Dah abis raya? Wah, sedap ni. Every yr Along dpt sebalang dari friend kat sini tapi thn ni dia tak buat pula. Thx for the recipe.

    ReplyDelete
  22. sedapnya tgk cornflakes ni kak...nanti nak trylah:)

    ReplyDelete
  23. salam dj, sedap tu...nnti nk try lh..tq dear mmuahah!! ^_^ zila66

    ReplyDelete

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih