Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....
Hari ni cuaca baik2 jer. Tapi tau taulah kejap2 lagi...mcm nak hujan pun ada gak. Harap-harap biarlah panas sampai ke petang.
Ok, hari ni DJ buat pulut kuning dan kari ayam. Tapi entrinya akan menyusul kemudian yer. Nak tayang ayam kalasan ni dulu. Buat 2-3 hari lepas. Sebaik shj berjaya membeli senaskah majalah Jelita bulan Mac, DJ terus belek mukasurat resepi. Tergoda dengan resepi ayam kalasan berseri kak Ummi Kuantan tu, petang tu terus DJ buat ikut resepi tu. Tapi taklah seseri ayam yg kak Ummi buat tu. Tak kesahlah kan, yg penting, sedaaapp! Tahniah diucapkan sekali lagi kpd kak Ummi. Banyak resepi beliau telah tersiar dalam Majalah Jelita. Ada 8 kesemuanya dan semuanya nampak menyelerakan. Begitu juga dengan resepi CMG. Tumpang seronok dan bangga atas kejayaan teman2 blogger masakan ini. Syabas sekali lagi.
Di sini DJ tuliskan resepi Ayam Kalasan Kak Ummi untuk rujukan bersama. Kalau nak tengok resepi2 lain beliau, bolehlah dapatkan Majalah Jelita bulan Mac 2011. Harap-harap msh ada lagi di pasaran sb majalah2 sebegini cepat laris.
Resepi Ayam Kalasan Berseri
resepi : Kak Ummi Kuantan, Majalah Jelita, Mac 2011
bahan-bahan :
- 1 cawan kelapa parut
- sedikt garam
- 1/3 cawan air
- 4 ketul paha ayam (dibuang kulit dan dikelar sedikit)
- minyak masak secukupnya
bahan-bahan dikisar kering : (DJ tumbuk kasar jer)
- 2 camca besar biji ketumbar
- 2 camca besar biji lada putih
bahan-bahan dikisar basah :
- 5 batang serai
- 2.5 cm halia
- 2.5 cm kunyit hidup
- sedikit air
Cara membuatnya :
- Campurkan kelapa parut bersama garam, air, bahan kisar basah dan bahan kisar kering di dalam periuk, gaul rata.
- Masukkan ayam dan rebus ayam hingga lembut dan air hampir kering.
- Angkat ayam dan tuskan.
- Tus juga kelapa parut di dalam bekas berasingan.
- Panaskan minyak goreng ayam hingga keemasan dan angkat.
- Goreng bahan kelapa parut sehingga bertukar keemasan tetapi jangan sampai hangus.
- Angkat dan tus.
- Hidang ayam goreng bersama kelapa yang sudah digoreng tadi.
Nota : Istimewanya ayam goreng ini tidak menggunakan bawang merah atau bawang putih kerana bahan ini akan menghanguskan ayam dan rupanya tidak berseri. Menggunakan kelapa akan menambah lemak gorengan ayam.
rangup la ye kak dayang kelapa tu?ishh memang sesuatu yang baru lah.. tak dapat nak imagine rasanya tu
ReplyDeleteSalam Dayang....waaaaaaaaaaahhh dah buat eh...tq for trying...amacam?? Boleh telan ke tak....hehe...Xpa la, as soon as possible akak akan review resepi2 yg keluar Majalah tu sbb ada beberapa permintaan dr geng blogger yang duk kat oversea sana...insyaAllah...kesian lak kat diaorg kan...tahniah atas dorongan dan semangat dari adik2 blogger semua...resepi2 tuh hadiah dr akak utk pengunjung HSH...muaahhhh!
ReplyDelete@izahdaut
ReplyDeleteizah, dulu2 akak penah buat ayam ni tp x guna kelapa. mmg akak suke pun ayam stail gini. Bila letak kelapa, lagilah best dan rangup. Akak letak byk2 tu, sb nak ratah kelapa tu byk2, anak akak pun suke tau...hehe. Cube lah dulu, mmg sedap!
@Ummi
ReplyDeletew'salam kak..
hwaaaa! nak nangis makan ayam ni kak, lebih kelapa dr ayam...haha. Kelapa dia tu sedap dan rangup! ayam dia pun sedap! suke2!
tq2 for sharing. tu la kan, kalo tak letak resepi dlm blog, susah gak. Sian yg dok jauh2 tu. teruskan usaha murnimu kak. All the best!
assalammualaikum kak, menariknya tgk resepi kak ummi ni....mesti sedapkan......haha betul tu kak ummmi sian kat kita yg dok merantau ni dgr org ceter jer....nk beli majalah pun tak dpt..btw harus dicuba ni.
ReplyDeletekak dayang...
ReplyDeletedah hujan pun!
@Nieza
ReplyDeletew'salam...
InsyaAllah sedap. mmg kena citarasa akak. Tak rugi cube resepi ni. Nieza try ler yer.
Don't worry, kak Ummi dah siap ckp nk review resepi tu nanti, pas ni nieza bolehlah try mana2 resepi k.ummi. Mmmg nampak best semuanya sampai tak tau yg mana satu nk try dulu..hehe.
@Wanieyra
ReplyDeletea'ah, dah hujan pun...oopps! masin mulutku!..hihik..
tp skrg dh reda sket...bolehlah nk pi jogging jap...hehe
rangupnya ayam tu...
ReplyDeletemesti sedapp bangat ni...
terliur mas tengok..
macam best je, nak try lar..
ReplyDelete