Wednesday, June 24, 2009

Tempe Goreng Rangup

Ringkas, sedap dan rangup!..... makan dgn nasi panas, lagilah bertambah2 seleraku...maklumlah semalam x makan nasik...hari ni makan berpinggan2...nasib baik x makan pinggan...heheh. ape2 je lah..:)

Bahan-bahan :
  • 1 bungkus tempe (dihiris nipis dan digoreng garing)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 1 ulas bawang putih (dikisar)
  • gula melaka secukupnya
  • sedikit garam
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit bijan (disangai)
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali.
  2. Tumis bahan2 kisar hingga kering.
  3. Masukkan gula melaka, garam dan air asam jawa. Kacau lagi.
  4. Masukkan tempe goreng tadi dan gaulkan. Tutup api.
  5. Taburkan bijan semasa menghidang.

No comments:

Post a Comment

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih