Salam semua.....
Alhamdulillah....dapat gak masuk n3 mlm ni walaupun terlambat sikit. Satu n3 cukup x ni?...oklah tu dp xde langsung....hehe. Anyway, menu nasi goreng ni dyg buat utk santapan malam. Lama gak rasanya tak makan nasi waktu mlm. Puas gak memikirkan nak masak apa. Last2 masak nasi goreng nanas. Lagipun stok nanas ada lagi. Sebelum menjadi busuk, baik dimasak jer. O ya sebelum tu, dyg ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya ada award & tag dp rakan2 blogger x sempat dyg ambik buat masa ni disebabkan masalah server dan jg masalah teknikal. InsyaAllah, jika dh ok nanti, dyg akan ambik...harap jgn ada yang berkecil hati ke, marah ke, menangis ke...hehe...haraplah diampun, ok.... :)
Berbalik semula ke menu nasi goreng ni....sebenarnya dyg amat menggemari masakan Thai ni. Sebab kebanyakannya kena dgn selera tekak (seperti yg tlh dyg nyatakan sebelum ni)....Jadi, antara masakan favorite ialah nasi goreng nanas. Memang sedap dan menyelerakan. Bg sesiapa yg belum pernah merasa masakan ni, cubalah sekali. Gerenti nak buat lagi lepas tu.
Berbalik semula ke menu nasi goreng ni....sebenarnya dyg amat menggemari masakan Thai ni. Sebab kebanyakannya kena dgn selera tekak (seperti yg tlh dyg nyatakan sebelum ni)....Jadi, antara masakan favorite ialah nasi goreng nanas. Memang sedap dan menyelerakan. Bg sesiapa yg belum pernah merasa masakan ni, cubalah sekali. Gerenti nak buat lagi lepas tu.
Ok, di sini dyg sertakan resepinya mengikut versi sendiri yer. Kalau berminat, boleh la cuba. Nak adjust pun boleh.... Maka dengan itu, Selamat Malam!....
Bahan-bahan :
Bahan-bahan :
- 2 pinggan penuh nasi putih/sejuk
- 1 potongan nanas (dihiris dadu)
- sedikit udang basah
- 3 biji bawang merah (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 1-2 sudu makan cili kering kisar
- 1 susu makan stok ayam
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan kicap manis
- 2-3 biji cili padi (diketuk)
- 1 biji telur
- sedikit kapsikum/cili benggala (dihiris)
- 1 biji cili merah (dihiris)
- sedikit tomato (dihiris dadu)
- 1 sdt serbuk kunyit
- sedikit daun ketumbar/daun sup/daun bawang(dihiris)
- garam secukupnya
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bwg merah, bwg putih hingga terbit bau. Masukkan cili kering kisar dan serbuk kunyit. Kacau lagi.
- Masukkan udang, sos tiram, telur, kicap, stok ayam dan nasi. Kacau rata2.
- Masukkan cili merah, cili padi, kapsikum, tomato dan nanas. Perasakan dgn garam. Biarkan ia masak dan setelah itu, hidangkan di dlm pinggan serta taburkan daun ketumbar/daun sup/daun bawang.
Selamat menikmati juadah yg menarik lagi sedap ini!!!......
Pernah makan sekali kat kedai thai... sedap!!! :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteto blogresepi...mmg sedap...cubalah buat sendiri lagi bertambah2 sedapnya... :)
ReplyDelete