Wednesday, June 10, 2009

Kek Pisang




Bahan-bahan:
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri (diayak)
  • 6 biji pisang emas (dilenyek)
  • 3/4 cawan gula halus
  • 4 biji telur A
  • 250 mentega/marjerin
  • 1/2 sdt soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu besar susu pekat
  • 1 sdt esen vanilla
Cara-cara :
  1. Sediakan loyang/acuan/tin pembakar. Lengserkan dgn sedikit mentega dan taburkan tepung. Panaskan oven 170-180C.
  2. Pukul gula dgn mentega sehingga putih dan berkrim (gunakan kelajuan maksima)
  3. Masukkan telur satu demi satu sambil dipukul dgn kelajuan minima.
  4. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
  5. Kemudian masukkan soda bikarbonat dan kacau lagi.
  6. Masukkan pisang yang sudah dilenyek tadi dan kacau menggunakan spatula.
  7. Masukkan tepung dgn kaedah kaupbalik.
  8. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan kacau sebati. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan.
  9. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.

No comments:

Post a Comment

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih