Monday, June 08, 2009

Bendi Tumis Berkicap

Sayur bendi menjadi pelengkap makananku hari ini. Tak buat banyak sb dah buat sayur campur. Ingatkan nak rebus jer pas tu cecah dgn sambal belacan tp memandangkan dyg xleh makan belacan selalu sgt, dyg masak cara lain. Sedap sgt2 bila dimakan dgn nasi panas.


Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 1/2 ikat kacang bendi (dibasuh terlebih dahulu, kemudian dihiris)
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 sudu besar udang kering (ditumbuk)
  • sedikit sos tiram
  • 1 biji cili merah (ditumbuk)
  • sedikit kicap manis

Cara-cara

  1. Panaskan sedukit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 tumbuk hingga terbit bau.
  2. Masukkan bendi, sos tiram dan kicap. Boleh tambah sedikit air jika perlu. Kacau sehingga masak.
  3. Hidangkan panas-panas.

No comments:

Post a Comment

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih