Thursday, March 29, 2012

Butter Cheesecake / Kek Mentega Keju

Salam rindu dan selamat petang semua....

Bersiaran kembali dengan resepi kek pulak ye. Simple je bahan-bahannya tetapi InsyaAllah, kalau makan mmg tak hengat dunia dah...hehe. DJ mmg suka kek butter campur cheese ni. Gebu dan lembut je. Sgt2 menepati selera DJ sekeluarga. Si boboy yg tak reti makan kek butter pun suka gak kek ni. Terlagi2 pulak tu...sungguh daku terkejut...hehe. 

Teknik mengadun kek ni ada lain sket. Jangan heran ye. DJ nak bagi kek ni tak nampak sangat kekejuannya itu tapi lebih kpd rupa kek mentega biasa. Menyentuh psl jenis mentega ni pulak, kalau nakkan hasil yg baik, gunakan jenama SCS atau Anchor ye. Kalau x ada choice, guna butterlite je. Kalau guna buttercup, takut terkering pulak nanti, tp ikutlah selera masing2. Tapi pastikan ikut sukatan dan 'step'nya dgn betul barulah dpt hasil seperti ini, ok. Selamat mencuba! ^__^ Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan jejak di sini. 


Butter Cheesecake

bahan-bahan : loyang 22cm-23cm
  • 250g tepung gandum (*ayak 3 kali bersama serbuk penaik)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik*
  • 6 biji telur gred B (asingkan putih dan kuningnya)
  • 200g mentega berkualiti tinggi (cth : SCS) - pada suhu bilik
  • 135g krim keju - pada suhu bilik
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 200g / 1 cawan gula kastor
  • secubit garam
  • keju parut untuk taburan - optional
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lengserkan loyang kek dengan mentega dan alaskan dengan kertas baking di dasar dan dan di sekelilingnya. Sapukan lagi dengan mentega. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan keju hingga kembang dan putih. Masukkan 1/3 cawan gula dan putar lagi hingga sebati dan gebu.
  3. Masukkan kuning telur satu demi satu sambil diputar perlahan. Kemudian masukkan esen vanilla. Sebatikan. 
  4. Untuk meringue : Putar putih telur bersama garam hingga berbuih. 
  5. Kemudian masukkan baki gula tadi sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kental dan bertanduk.
  6. Ambil sedikit meringue tadi dan satukan dengan adunan mentega. Kacau sebati secara kaup balik dengan rubber spatula atau senduk kayu. Kemudian ambil sedikit meringue dan ulangi proses hingga habis.
  7. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau secara kaup balik. Pastikan adunan tidak bergentel.
  8. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan ratakan. Jika ada keju parut, boleh juga taburkan di permukaannya.
  9. Bakarlah selama 1 jam atau hingga masak keperangan. 


sebelum pembakaran :)


Waduhh!...enak bangat!


Monday, March 26, 2012

Daging Gulai Kawah


Salam rinduuuuuuuu!.....hehe

Wahhh2!...lamanya tak update resepi...sungguh ku terasa janggal dan kekok sekali menulis entri...adehh...apa2pun mekasih byk2 kpd yg sudi datang, meninggalkan jejak dan sudi mencuba resepi2 yang ada di sini ye. Tuan rmh sejak menghabiskan cuti di Sarawak tempoh hari, mmg tak ada kesempatan dan kerajinan utk menjengok blog sendiri. FB pun dah jarang2 online. Byk hal yang perlu dibereskan dan kemungkinan akan memanjangkan lagi cuti blogging bila dah sampai masanya nanti...huhuh...wht to do...tahun ni mmg byk kejutan yg perlu kutempuhi...semoga dipermudahkan segala urusanku nanti...amin. 

Ok...nak kasi warm up sket...jom kita layan lauk gulai kawah yg dimasak hari ni...hehe. Tak sabar rasanya nk share kat sini. Alkisahnya smlm, plan nk buat rendang daging. Daging ni pun dah siap dihiris. Pas tu mcm mana ntah, ter'online' lah FB jap guna hp. Tetiba ternampak Mamahawa tayang menu ni kat status dia. Adehh...sungguh mengancam seleraku! Tengok resepi dari dapur Lina_pg. Hmm...finally, DJ pun ubah fikiran. Tak jadi buat rendang. Berkenan sungguh dgn resepi gulai kawah ni. Biasanya main beli jer, tapi sekali sekala apa salahnya mencuba sendiri kan. Lagipun DJ mcm mamahawa gak, suka ltk serbuk kari pekat2...hehe. Taklah cair sgt kan. Cuma dlm resepi ni DJ kurangkan penggunaan santan memandangkan skrg tgh berdiet (huhuh...konon2nya lah...hahaha...pas ni keluar resepi kek coklat cheese plak...mmg diet sungguh! :D)

Kpd Lina, mekasih byk2 ye kawanku, sb sudi berkongsi resepi yg sedap bangat ini...mmg sesuailah dimakan dgn nasi atau roti. Kpd MamaHawa, thanks a lot sb mempromosikan resepi ni. DJ kopipes resepi ni dari dapur MamaHawa pulak. Mekasih sekali kpd kedua2nya.

Daging Gulai Kawah

resipi: linapg.blogspot.com
sumber: mamahawa
sumber : dayangjack@DapurKu SaYang

Bahan
  • 1/2 kg daging lembu hiris nipis
  • 1paket kerisik (40g) - mama ltk dlm 3 sudu mkn 
  • 1 paket kecil kari daging- mama ltk dlm 5 sudu mkn sbb suka pekat2 
  • 1 labu bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 2inci halia (kisar)
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 3-4 sb cili giling
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 cawan santan pekat (DJ ltk 1/3 cawan je)
  • Rempah 4 beradik
  • 3sb gula merah - gula timbang brown color
  • 2-3 keping asam keping
  • minyak
  • garam 
  • Air

Cara-Cara: 
  1. Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 beradik, bahan kisar,serai ketuk sehingga wangi. 
  2. Masukkan cili giling masak hingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan kacau rata.Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
  4. Bila daging agak empuk, masukkan santan, kerisek, garam, gula merah, daun limau purut dan asam keping
  5. Biarkan mereneh hingga daging betul2 empuk.Kacau sekali sekala
  6. Biarkan sampai pekat.Tutup api.
  7. Sedap dimakan dengan nasi atau roti

Tuesday, March 06, 2012

Kuih Serimuka Pelangi


Asslamualaikum dan salam sejahtera semua....

Bersiaran kembali dgn entri kuih pulak ye...adehh...dah lama sebenarnya mengidam kuih serimuka ni tp hmm biasalah kan...mood malas sentiasa menyelubungiku...kena tunggu semangat rajin tu dtg barulah dpt buat. Alhamdulillah 2 hari lps, sampai juga seru nk melapis kueh. Actually, mula2 tu nk buat kek rainbow...memandangkan DJ kekurangan satu dua bahan terpaksalah dtangguhkan dulu projek tu. Google jap kat internet. Terus terfikir nk carik kuih serimuka pelangi. haaa...terjumpa lak resepi ni kat dapur Chef Hanieliza. Hati pulak meronta2 nk hasilkan kuih yg sudah semestinya sedap ni. Memang ternyata sedaaap sgt. Lemak2 manis rasanya...i likeeee! Terima kasih ye kak Liza kerana sudi berkongsi resepi ni. 

DJ dah post dulu pic dan resepi ni ke FB memandangkan line internet tengah kebengongan. Berhari2 takleh nk akses ke blog. Memang frust sgtlah...hampir patah semangat dibuatnya. Alhamdulillah kali ni dpt pulak sb DJ guna broadband satu lagi...laju dan pantas. Cuma mood rajin je tak laju...heheh.


Wookehh...tak nak tulis panjang lebar...jom kita semak resepinya ye. Berminat bolehlah cuba. Mmg berbaloi! TQ sekali lg buat kak Liza.

Kuih Serimuka Pelangi
sumber: DaYangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan:

Lapisan Bawah
  • 2 cawan pulut [rendamkan 3 jam]
  • 2 cawan santan cair
  • 1 s/k garam

Lapisan Pelangi
  • 4 cawan santan pekat
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • sedikit garam
  • pewarna
  • kuning..hijau..merah ..coklat paste 
** pewarna hijau DJ gantikan dengan pes pandan

Cara 
1. Masukkan semua bahan bawah dalam loyang dan kukuskan.
2. Bila telah masak, tekankan dalam loyang sehingga mampat.
3. Bancuhkan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna dan tapiskan.
4. Bahgaikan adunan lapisan pelangi kepada 4 mangkuk
5. Masukkan setiap mangkuk dengan 1 warna.
6. Kukus semula pulut yg telah dimanpatkan.
7. Lapiskan dengan warna hijau dan kukus selama 10 minit dengan api perlahan.
8. Buat lapisana seterusnya sehingga habis.
9. Bila telah habis semua adunan sejukkan betui2 [dalam 4 jam] baru dipotongkan.
10. Hidangkan untuk minum petang.

Friday, March 02, 2012

Resepi Lengkap Pizza (my style)







Assalamualaikum dan salam ceria....

Alhamdulillah...dapat juga akhirnya meng'update' resepi pizza ni. Selalunya tak sempat jer..huhuh. Pizza ni DJ dah buat 2 hari berturut2 atas permintaan anak2. Memang berbaloilah setiap kali membuatnya sebab sedap sgt dan rasa pizza ni pun seakan2 lasagna atau baked macaroni. Sungguh berselera anak2 makan. DJ makan 2 slices je. Memang takleh layan sgt selera membuak2 ni. Nanti bertambah2lah lah pulak lemak dan kolestrol...hehe.

Malangnya, DJ tak sempat nk rakam gambar step by step. Tak cukup masa nk buat semua tu. Lain kali je lah ye. 


Mari kita semak resepinya. Di sini DJ tuliskan 2 resepi kulit pizza. Pilihlah mana-mana berkenan di hati atau mengikut stok. Pizza base I, hasilnya sangat gebu dan lembut. Yang base kedua tu pun sedap juga, dibuat nipis2...nanti jadi krispi. Silalah mencuba jika berminat ye. DJ mmg guna resepi yg dua ni je setiap kali nak buat pizza. Manakala toppingnya boleh ditukar mengikut selera dan citarasa. Kdg2 DJ letak filling sate ayam atau seafood. Best sgt! 

Pizza
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Pizza base I : 
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil yis segera mauripan
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 160 ml air suam
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
  • 1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair
Cara-cara :
  1. Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)
  2. Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
  3. Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.
  4. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.
  5. Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat.
  6. Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit.
  7. Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.
  8. Akhir sekali ratakan dengan sos tomato, mayonis dan bahan-bahan topping yang lain. Tuangkan sos keju dan taburkan keju parut.
  9. Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.
Pizza base II :
  • 2 cawan tepung roti
  • 2 sk yis mauripan
  • 90 ml air suam
  • 70 ml susu segar suam
  • 1 sk garam halus
  • 2 sb gula
  • 1 sb marjerin
  • 1 sb susu tepung
Cara-cara : 
Satukan kesemua bahan(kecuali susu segar dan air) di atas ke dalam satu bekas besar dan gaulkan rata. Kemudian tuangkan susu segar dan air. Uli sehingga menjadi doh yang elastik. 
Kemudian rehatkan doh(tutup dengan kain lembab) selama 1 jam. 
Panaskan oven pada suhu 180C. Sesudah itu, tumbuk-tumbukkan doh tadi dan canaikan mengikut saiz dulang/pan yang digunakan. Sapukan sedikit minyak zaitun/minyak masak pada dulang tersebut dan ratakan dengan doh tadi. Cucuk-cucukkan doh dengan garpu. Bakar selama 5 minit. Keluarkan.

untuk menyusun topping : Sapukan sos tomato dan mayonis di serata doh pizza, diikuti dengan toppingnya. Kemudian tuangkan sos keju di atasnya dan taburkan dengan keju parut dan oregano. Bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan.


Topping/Filling : (2 large pizza)
  • 400 g daging cincang (dicincang/minced)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1/2 botol sos spagetti lada hitam (lain-lain pun boleh) 
  • sedikit garam dan gula
  • 3 sudu besar mentega

untuk hiasan :
  • sedikit oregano kering
  • cendawan shitake
  • hirisan nenas
  • hirisan kapsikum
  • hirisan bawang besar
  • keju parut
  • lain-lain ikut suka




Cara-cara : Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai perang. Masukkan minced beef/chicken dan kacau rata-rata. Biarkan ia kering seketika. Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau hingga pekat/kering.



Untuk Sos Keju :

* 1 1/2 cawan susu segar
* 1 sudu besar mentega
* 1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
* 100g cream cheese
* sedikit lada sulah
* sedikit gula dan garam

Cara-cara : Cairkan mentega di dalam periuk/saucepan. Masukkan susu dan krim keju. Kacau hingga keju hancur. Masukkan bancuhan tepung, lada sulah, gula dan garam. Kacau lagi hingga pekat.



***Jika tak nak menggunakan sos keju, boleh je skip, ok. Tapi kalau letak, lagilah makan bertambah-tambah. Enak bangat!!