Tuesday, January 24, 2012

Butter Bread Pudding




Alhamdulillah....akhirnya sampai gak seru nk buat bread pudding. Waduhh2x!...bukan main sedap lagi rasanya...sampai tak hingat dunia dah haihh....maklumlah buah hati pengarang jantung...dah berkurun lama tak buat. Sebenarnya tak susah pun nk buat...kali ni apa shj yg ada di depan mata, DJ bedal jek...janji jgn dimasukkan kicap. sos cili, sos tiram, belacan...udah lerr...hahaha.


Biarlah gambar saja berkata2 ek...letih dah upload gambar dr siang tadi dgn line tenet lagi satu hal...meragam plak dia hari ni. Sabar je laa...

Hmm..apa2pun jom kita semak resepinya dulu ek...rakan FB pun tak sabar nk tengok resepinya...adehh. Jangan tengok jek...mesti buat ni tau..heheh. Puding ni agak special sket, sb ada campuran pisang, kismis, dan juga menggunakan peanut butter. Tp kalau tak ada bahan2 tu, nak ganti dgn yg lain pun boleh, misalnya srikaya, atau serbuk badam dsbnya... 

Sesiapa yg berminat, bolehlah cuba. Terima kasih sudi singgah... ^__^
Butter Bread Pudding
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
bahan-bahan : 4-5 orang makan
  • 8 keping roti
  • 2-3 biji pisang ranum- dihiris nipis
  • mentega secukupnya
  • peanut butter secukupnya
  • chocolate rice / chocolate chips secukupnya
  • kismis secukupnya
  • sedikit parutan kulit oren sunkist - optional
Bahan A :
  • 2 cawan susu segar/susu cair
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 3 biji telur 
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B :
  • 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis* - optional
  • 1-2 sudu besar gula perang/pasir * (satukan kedua-dua bahan ini)

Cara-cara :
  1. Bahan A : Pukul telur bersama gula hingga hancur dengan whisk. Kemudian masukkan susu segar/susu cair dan esen vanilla. Kacau sebati. Ketepikan.
  2. Sapukan roti dengan mentega dan peanut butter.
  3. Potong roti kepada 4 bahagian.
  4. Sementara itu, lengserkan bekas/mangkuk tahan panas dengan mentega. Kemudian susunkan roti dan hirisan pisang seperti dalam gambar. 
  5. Taburkan dengan sedikit chocolate rice dan parutan kulit oren jika suka. Lapiskan lagi dengan kepingan roti dan pisang yang sudah dipotong mengikut citarasa sendiri. Buat hingga habis. 
  6. Setelah itu, tuangkan bahan A tadi sehingga rata. Taburkan chocolate rice, parutan kulit oren, kismis dan juga bahan B. 
  7. Biarkan sebentar sehingga ia serap. Sementara itu sediakan dulang yang berisi air panas. Letakkan bekas/mangkuk roti tadi di tengah-tengahnya.
  8. Bakar selama lebih kurang 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 160C. 
  9. Setelah masak, bolehlah dihidangkan samada panas atau sejuk. 



Beginilah kejadiannya selepas dibakar. DJ lebih suka makan panas2. Kalau dah sejuk, DJ panaskan semula. tapi takdan pun nk panas berkali2...sb sudah habisss...hehehe

Sedaaaappp!

20 comments:

  1. Nampak pun sedap. Masuk list dulu. Mlm dah ni. . . Hihihihiiii

    ReplyDelete
  2. As'salam x nak tunggu lama2 esok jugak cari roti............bekenan dah ni.................hebat..

    ReplyDelete
  3. ouch!! air lior meleleh sudah... nak!!

    ReplyDelete
  4. speechless.....sedap sungguh!!!!

    ReplyDelete
  5. mengiurkan. Boleh saya mencuba resepinya?

    ReplyDelete
  6. kak dayang..nampak snagat sedap tu..nak cuba jugak nanti..

    ReplyDelete
  7. Assalam Dayang cayanggg...alahaaiii nampak sedapnya laaaa...mesti nak try nih...thanks ya Dayang tag akak, xpun terlepas pandang lak kan..hehe, muaaahhhh!

    ReplyDelete
  8. alahai sedapnya, dh kecur dh air liur. mesti cuba ni

    ReplyDelete
  9. wahh mmg nampak sedap, tgk pun dah tau! nak try buat mcm ni la.
    tq for sharing, good idea utk habiskan pisang dan roti!

    ReplyDelete
  10. Waduh2.... nampak ngancam nya...!

    ReplyDelete
  11. Salam Dayang, I m a newbie blogger. Blogging to kill some free time yg belum tentu free. Suka singgah your dapur.. Some weeks ago I ada buat bingka roti aka bread pudding. Tapi a bit dry compared to yours.. Minta izin nak try out your recipe ya.. If success, I will upload in my blog later. Sudi-sudilah drop by may kitchen bila senang ya.. ogyep-yummy.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. waduhhh terguda sudaaaaaa...mesti di cuba ni..menyelerakan sungguh...

    ReplyDelete
  13. bestnyer blog nie...pandainyer dia amsak...nk follow la...

    ReplyDelete
  14. kak dayang!!! saya dah try... terima kasih sbb share resepi bread pudding yg tersedap didunia! siyesss... saya tak pernah rasa lg bread pudding sesedap mcm resepi kak dayang ni, cuma saya dah derhaka sket.. saya tak de peanut butter, tp saya tukar guna nutella.. terima kasih kak dayang.. i lap u 123! hehe..

    ReplyDelete
  15. ya ampunn..sedapnyer. my fav ni. tak sabar nk try

    ReplyDelete
  16. salam kak dayang. tumpang tanya, kalau waktu bakar tu tak letak dlm dulang yg ada air panas jadi apa ye? sbb saya takde dulang yg sesuai utk masuk dlm oven.
    thanks.

    ReplyDelete
  17. mengancam betoii..InsyAllah nak bikin jugak :>

    ReplyDelete
  18. salam akak, saya dah cuba buat..sangat sedap terima kasih bagi resepi

    ReplyDelete

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih