Saturday, August 06, 2011

Menu Iftar 5 : Resepi Golden Chicken Puff


Assalamualaikum.....

Bosan dan tak tau nak buat apa dah dgn roti sandwich yg berbaki dan hampir expired?? Jom kita buat puff ayam guna roti jer, nak? Penyediaannya amatlah mudah sekali. Semudah ABC. DJ dpt ilham setelah terkontang kanting mencari idea mcm mana nk perhabiskan stok roti Gardenia semalam. Biasalah time berpuasa ni roti jadi tak luak plak. Ari tu dah buatkan puding roti. Smlm, Alhamdulillah...menjadi gak puff ni...sgt mudah, rangup dan sedap! Yang bestnya tak perlu buat pastry atau guna kulit pastri yg instant tu. Guna roti pun sedap gak tau. Makan time panas-panas lagi tu...adehh...mmg rangup dan menyelerakan. Boleh jer dihidangkan bila-bila masa jer.

Amacam?? ada teringin??...jom kita layan resepinya yer. Hari ni DJ tak pasti lg nk masak apa utk berbuka...mulalah gelisah...mungkin nk buat rendang padang kot...Arggghhh!...tak pasti!

Golden Chicken Puff
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :

  • 6-8 keping roti sandwich
  • 100 g daging ayam cincang
  • 1 keping cheesedale (disiat-siat kecil)
  • 2 sudu besar susu segar
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu besar mentega
  • sedikit sayur campur
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu besar mayonis
  • sedikit garam jika perlu
Cara-cara :
  1. Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga keperangan. Kemudian masukkan isi ayam cincang tadi dan kacau hingga sedikit kering. 
  2. Masukkan cheesedale, susu, sayur campur dan serbuk lada hitam. Kacau sebati.
  3. Masukkan pula garam dan mayonis. Kacau lagi hingga kering. Angkat dan ketepikan.
  4. Sediakan roti. Potong semua bahagian tepinya(kerak) jika suka. Kemudian leperkan dengan rolling pin.
  5. Sapukan semua bahagian tepinya dengan telur. Kemudian letakkan inti ayam tadi di tengah-tengahnya. Lipat seperti bentuk triangle dan tekan kemas bahagian tepinya dengan garpu.
  6. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Gunakan api sederhana. Apabila sudah cukup panas, gorenglah roti tadi hingga keemasan. (MINYAK JANGAN TERLALU PANAS, nanti roti jadi hangus). Setelah masak dan garing, angkat dan toskan.
  7. Hidangkan panas-panas. 
***puff ni kalau dibiarkan sejuk lama2, ia akan lembik tapi x liat. Still ok 4 me.


Antara yg sempat ditembak...hehe. 


24 comments:

  1. cantik jer kaler goreng tu dayang :)

    ReplyDelete
  2. tq kak Nor...disebabkan cahaya waktu ptg kot..sb tu kaler jd gitu. tp mmg cantik kalo x hangus...heheh

    ReplyDelete
  3. peberet anak2 klu roti gini..
    kretif la kak dayang ni...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih DJ, sudi kongsi resipi...

    ReplyDelete
  5. Menarik gak nie K Dayang... ada sebuku roti tak luak2 lagi tu... Maybe boleh try arini...

    ReplyDelete
  6. Salam kak dayang =0).
    ktk nang kreatif eh..maok mek ncoba resipi tuk juak kelak =0).

    ReplyDelete
  7. Menarik ni kak dayang...lain kali kalau ada roti tak abis bleh buat mcm ni..heee

    ReplyDelete
  8. x sabar nak cuba yang ni.. thanks kak..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum akak...
    cantik n resipi yg sgt menarik

    ReplyDelete
  10. terliur plak tgk puff ayam sis
    petang nih jugak kena buat... hu3

    kak dayang.. puding choc tuh look superb..
    thanks for d recipe

    ReplyDelete
  11. @dedetea
    Terima kasih ya... mmg enak bangat sih :)

    ReplyDelete
  12. @Mat Gebu
    sama2 mat. Sharing is caring. :)

    trm ksh juga krn Mat sudi mencube resepi ni.

    ReplyDelete
  13. @Aymy With L♥ve

    silakan yer Aymy. sebuku byk tuu..leh wat mcm2. akak terus terfikir nk buat butter bread pudding plak...hehe

    ReplyDelete
  14. @Vivi Lim @ Mrs.Nurulazmi
    w'salam...

    hehe..tqqqqq. boleh jak mun nk try resepi tok. :)

    ReplyDelete
  15. @ibh

    tq. boleh jer...silakan yer. akak pun nk buat lg nanti dgn inti versi lain plak. just wait n see. ;)

    ReplyDelete
  16. @Diana @ Melley Mey
    w'salam diana...

    thanks 4 the compliment. jgn lupe buat tau..heheh

    ReplyDelete
  17. @Nur Misnan

    u're welcome. thanks 4 trying. really appreciate it. :)

    ReplyDelete
  18. cantiknyer dj..kebetulan ada roti dh hampir expired mohon share heee...tqtq :)psst dj mana ada tokang pecah bertmbh2 seri umah ni adaaa..selaluu singgah cuma skg xtinggal jejak maklumlh umah baru ni ada pegawal jaga byk soaljwb wakakaka lariiii....zila66

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih