Thursday, July 28, 2011

Kek Kacang Tanah

Assalamualaikum...

Bersiaran kembali dengan entri kek idaman hati...dulu2 la..ala..ms kecik2, mak mmg suka buat kek ni. Biasanya dibuat utk minum petang atau nak sambut tetamu. Mmmg sedap sgt. Bau dan aroma kacang tanahnya pun dh cukup memikat selera. Lepas makan sepotong, nak sepotong lagi. Pendek kata, mmg sedaplah. Bagi yg x pernah rasa kek ni, sudi2kanlah mencuba sekali. Kalau dah suka, dah jatuh cinta, boleh buat lagi lepas tu. 

Ada yg bertanya kat FB smlm. Kek ni kek Sarawak ke?. Kalau ikut resepi2 lama dulu, kek ni mmg termasuk dlm list kek tradisi Bumi Kenyalang. Tp jaranglah org buat skrg ni. Sb tu DJ nk segarkan balik dgn kek yg penuh kenangan dan nostalgia ni...cewahh!..hehe. Skrg ni kek kcg tanah bukan saja femes di Srwk tp kat semenanjung pun ya. Memang dah ada versinya yg tersendiri. Actually, DJ mmg ada satu lagi resepi kek kcg tanah with different version tp kena buat eksperimen dulu sblm share kat sini. 

Memandangkan ramai rakan kat FB dah tak sabar nk kopipes resepi ni, DJ tuliskan resepinya di sini yer. Gambar kat atas tu tak berapa cantik sgt sb selesai sj masak terus potong dan ambik gambarnya.


Plan nk buat kek ni ialah 4 hr lepas tapi asyik2 tertangguh jer sb byk sgt hal dan peristiwa terjadi dlm minggu ni. Si teman blogger sorang ni dah standby dengan kcg tanah ...hihik..cian dia...

Jom semak resepi!

Kek Kacang Tanah
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang


bahan-bahan : loyang 22-23 cm
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan kacang tanah (yang sudah digoreng/panggang dan dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 5 biji telur Gred B
  • 1/2 cawan susu segar (boleh tambah jika perlu)
  • 200 g mentega 
  • 1  1/4 cawan brown sugar  (DJ guna 1 cawan brown sugar + 1/4 castor sugar) 
  • 2 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 170-180C. Lengserkan loyang kek dengan mentega. 
  2. Ayakkan tepung bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat di dalam satu bekas. Kemudian, masukkan kacang tanah kisar dan kacau rata-rata. Ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk pengadun, putar mentega bersama gula hingga kembang. (HIGH SPEED)
  4. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan. 
  5. Masukkan esen vanilla dan putar lagi hingga sebati.
  6. Tuangkan susu segar sedikit demi sedikit sambil diselang-selikan dengan tepung. Kacau sebati dan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. (JANGAN DIPUTAR DENGAN MIXER)
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 45 minit atau hingga masak keperangan.
  8. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. 

Thursday, July 21, 2011

Kepak Ayam Panggang Berempah

Assalamualaikum.....

N3 last malam ni. Esok dah start busy balik sb rmh ada tamu. Mungkin kalau sempat DJ akan buat entri berjadual yer. Terima kasih kpd yg sudi singgah dan tinggalkan jejak di sini. Adehh...byk komen tak sempat dijawab...minta maaf byk2 ...Nanti2 ada kelapangan DJ akan balas yer.

Petang tadi sempat panggang ayam utk mkn malam. Anak2 dah request lama dah. Mmg dh lm pun tak bako ayam nih. Kali ni buat 12 ketul pun tak cukup gak...haihh...apa2pun Alhamdulillah....berbaloi2 buat ayam stail gini. Sedap sangat! O ya, terlupa lak nk ckp. That day ada yg bertanya mcm mana nk kasi ayam yg dipanggang sentiasa lembut dan tak kering. Selain bubuh minyak masak atau minyak zaitun, boleh juga campurkan sedikit air minuman coca cola dan peraplah bersama bahan2 perapan yg lain. InsyaAllah, ayam sentiasa lembut dan sedap walaupun dibakar lama. Itu petua DJ la kan, petua lain tak pasti la kot. Kalau ada sesiapa nak share, silakan. Sharing is caring... :)

Kepak Ayam Panggang Berempah
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 12 ketul kepak ayam
  • 7 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 1 1/2 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • 2 batang serai (dihiris dan ditumbuk)
  • sedikit daun ketumbar (ditumbuk)
  • 1/2 sudu makan rempah kurma atau serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos cili
  • madu/gula apong/gula melaka secukupnya
  • garam
  • 2 sudu besar minyak masak/minyak zaitun
Cara-cara :
  1. Bersihkan ayam. Cucuk-cucukkan isinya dengan lidi satay. 
  2. Satukan ayam dengan semua bahan di atas kecuali minyak masak. Gaul-gaulkan sebati dan kemudian perapkan selama 1 jam atau lebih.
  3. Kemudian ratakan ayam dengan minyak masak. Susunkan ayam di dalam dulang pembakar yang dialaskan dengan kertas foil. 
  4. Panggang hingga masak. Jangan lupa terbalikkan ayam supaya masak sekata. Boleh juga dibakar/panggang atas dapur mengikut keselesaan.
  5. Hidangkan bersama sos cili, nasi putih atau nasi ayam


Sedap!

Telur Rebus Berkuah Kismis




Resepi campak2 tapi saaaaaangat sedap! 


Telur Rebus Berkuah Kismis
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 5 biji telur rebus (dibelah dua)
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 1/2 sudu makan rempah beriani (rempah kurma pun ok)
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu makan puri tomato
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili
  • sedikit hirisan daun ketumbar/daun sup
  • 2 sudu makan kismis (prune atau buah kurma pun boleh)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • sedikit air dan susu cair
  • sedikit minyak sapi/minyak masak
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
  1. Bancuhkan rempah beriani bersama serbuk cili dengan sedikit air. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak sapi/minyak masak secukupnya di dalam periuk/kuali. Tumis kayu manis, bawang merah, bawang putih dan bawang besar hingga terbit bau.
  3. Masukkan bancuhan rempah beriani tadi dan diikuti puri tomato. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tiram, sos cili, air dan susu cair(optional) secukupnya. Apabila sudah mendidih, masukkan kismis, daun ketumbar/daun sup, garam dan gula secukup rasa. Gaul-gaulkan sebati.
  5. Setelah masak, siramkan kuah ke atas telur rebus tadi. Hidangkan.

Tuesday, July 19, 2011

Nasi Minyak Harum Berseri


Lagi resepi nasi yg sgt sedap dan memikat selera. Pendek katalah, org yg demam dan sakit2 pun boleh berselera makan dibuatnya. Pada mulanya DJ berhajat sgt nk buat nasi monghul tp terpaksa ditangguhkan dulu sb kekurangan stok. Nanti2 jelah kalau rajin...hehe. Layan nasik minyak ni pun betapa sgt2 menyelerakan. Untuk lauk sampingannya DJ buatkan ayam masak merah, dan daging puri berempah....sedap wooo....ni kalau ada catni nenas, mau pengsann!...

Jom kita semak resepinya...

Nasi Minyak Harum Berseri
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :

  • 500 g beras Basmathi (direndam 2-3 jam dan ditoskan)
  • 100 ml susu cair
  • 850 ml air
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 5 helai daun limau purut (diracik halus)
  • 2 batang lobak merah (dihiris halus)
  • 1 tin kecil kacang pis (disejatkan)
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • garam secukupnya
  • sedikit hirisan daun ketumbar
  • sedikit kismis
  • bawang goreng secukupnya
  • sedikit pewarna kuning - optional
bahan-bahan tumis :
  • Rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
  • 2 batang serai (dihiris halus)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak dan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan rempah, serai, bawang besar dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan air, susu cair, daun limau purut dan pewarna kuning. Biarkan ia mendidih seketika.
  3. Selepas itu, masukkan beras, daun pandan dan garam. Tanak hingga separuh masak dan barulah dimasukkan lobak merah. 
  4. Apabila hampir kering, taburkan kismis, daun ketumbar, bawang goreng dan juga gajus jika suka. Tutupkan periuk dan biarkan ia masak sempurna.
  5. Hidangkan setelah masak.
***Jika tak nak rendam beras terlalu lama, cukuplah sekadar 30 minit shj. Kemudian, lebihkan air supaya nasi tak keras.
***boleh juga dimasak menggunakan rice/pressure cooker setelah menumis bahan.


Matcha (Green Tea) Chiffon Cake


Assalamualaikum.....

Alhamdulillah....dah dpt topup semangat ni balik sejak dilanda kemalasan bbrp hari lps. Kpd rakan2 bloggers sekalian, terima kasih byk2 atas keprihatinan dan moral support anda. DJ sgt2 menghargai setiap komen serta nasihat yg diberikan. Saaayang anda semua!....mmg btl kata k.ummi, kalau rasa malas, sibuk atau tak ada ruang utk berblogging, rehatlah seketika atau ambik cuti secukupnya. Jangan difikirkan sgt tentang update tak update blog. Blogging ni tak boleh dipaksa atau terpaksa. Nanti apa yg ditulis pun mcm tak ikhlas jer kan. Pembaca pun boleh menilai biarpun sekadar membaca. 

DJ mmg tak reti nk menulis ceramah atau sebagainya. Kalau cerita psl masak memasak ni oklah...heheh. Apa2pun, pesanan ringkas tadi tu sama2lah kita beringat yer. Semoga sedikit byk dpt memberi manfaat kpd kita semua. 

Oklah. Jom kita cerita psl mencipon plak. hmmm...hijau lagi kan...hehe. Bulan lps DJ ada membeli serbuk teh hijau atau matcha ni kat kedai Bake With Yen. Luckily, dpt rembat sebotol kecik tp byk gak tu. Boleh dibuat mcm2. Then, DJ ternampak plak satu lagi serbuk green tea ni dlm bentuk paket. Tp dijual dlm paket besar. 2 tahun guna pun belum tentu habis lagi tu...Last2 beli yg sebotol kecik jelah...tp kan rasa menyesal plak tak pilih yg dlm paket tu sb kalernya lbh terang dp yg dibeli ni. Sudahnya, hasil kek pun tak brp hijau sgt. Nampak hijau kekuningan plak. Apa2pun, rasanya tetap sedap. 

Mesti ada yg belum pernah mencuba resepi kek menggunakan serbuk green tea ni kan. Sebenarnya, teh hijau ni bkn sekadar utk dibuat minum2man jer tapi juga diproses utk dijadikan serbuk bg tujuan kulinari spt membuat dessert, pastri dan juga kek. Khasiatnya juga penting. Antaranya ialah dpt melindungi dp serangan breast cancer, mengawal tekanan darah tinggi, mengawal paras gula darah, menguatkan sistem imun, menurunkan tahap kolestrol dan juga antioksidan. haa...byk kan khasiatnya??....jom lah beli green tea powder ni...boleh buat kek, dessert dsbnya. ehem2...awet muda gituu...hehe. 

Sebelum ni DJ ada skodeng resepi ni dari SINI. Tapi sudah diterjemahkan oleh mek Hana ke dlm BM. TQ hana. Akak kopipes ke sini plak yer.


Matcha (Green Tea) Chiffon Cake
Sumber : hanamemories.blogspot.com
Sumber II : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan : loyang 16 cm
Bahan A
  • 2 biji kuning telur 
  • 40g tepung naik sendiri
  • 20g gula
  • 20ml minyak jagung@minyak masak
  • 30ml susu segar
  • 1 sudu makan green tea powder@serbuk matcha
Bahan B
  • 2 biji putih telur
  • 1/4 sk tartar
  • 50g gula

Cara-cara
  1. Panaskan oven suhu 175darjah.
  2. Satukan tepung dan serbuk matcha. Gaul rata dan ayak.
  3. Dalam mangkuk, kuning telur dan gula kacau menggunakan whisk sehingga gula larut. Masukkan bahan yang di ayak, kemudian susu dan akhir skali minyak. Ketepikan.
  4. Putar putih telur hingga berbuih. Masukkan tartar dan gula sedikit demi sedikit. Putar lagi hingga kembang dan meringue@soft peak (diterbalikkan tak jatuh!).
  5. Ambil setengah putih telur dan kaup balikkan menggunakan spatula ke dalam adunan kuning telur. Kemudian tuangkan adunan ke dalam mangkuk putih telur yang berbaki tadi. Kaup balik lagi hingga sebati. Jangan over mix yer! Adunan akan kelihatan lumpy dan nampak seolah berketul2. (DJ gaul perlahan-lahan menggunakan tangan sahaja)
  6. Tuang ke dalam loyang chiffon. Loyang tak perlu dilengser dengan minyak! agar kek dapat `memegang` loyang tersebut semasa proses mengembang.
  7. Bakar selama 30min atau hingga masak.
  8. Terbalikkan kek sejurus keluar dari oven. Sejukkan di atas redai sehingga benar2 sejuk baru sisipkan dr loyang. Potong menggunakan pisau berjeriji agar kek kelihatan cantik.
  9. Sedia dihidang.


Hasil kek ni sgt memuaskan hati. Gebu, lembut dan sedap. Seksa gak nk memotong cipon nih sb terlalu lembut. O ya, DJ buat dua adunan dp resepi asalnya sb hanya ada loyang 22 cm jer. Sukatan gula pun DJ kurangkan sedikit mengikut citarasa. Lain2 ikut resepi. 



Monday, July 18, 2011

Puding Milo dan Sos Kastard



Assalamualaikum dan salam hujung minggu semua....

Dah 2 hari berturut2 dah DJ cuba nk update entri nih tp tak siap2 gak. Selain bz dgn mcm2 perkara, yg paling terukss ialah DJ dah tak ada semangat nk berblogging...haihh..sampai gitu skali kan. Tapi mmg btl lah, semangat ni tetiba jer hilang tanpa ada permintaan atau paksaan...huhu...mmg haruuu. Adakah ini petanda DJ nk bersara??..ce teka sendiri ya....ahakss

Apa2pun...kita layan dulu dessert yg teramat sedap nih. Buat hari Jumaat lps sbg memenuhi permintaan si anak2 manjaku. Malang sekali ketika itu serbuk koko sudah kehabisan stoknya. Mujurlah ada serbuk milo sbg penggantinya. Waduh2!...mmg sedap dan nyaman jer rasa ank tekak nih...eheh...of course lah mamanya nk merasa sekali kan...1 cawan pun jadilah...selebihnya bdk2lah habiskan. 


Untuk menyedapkan lagi rasanya...taburkan coklat rice atau biskut oreo hancur kat atas kastard tuh....mmg best sgt!

Resepi mengikut resepi asal puding coklat. KLIK DI SINI. DJ hanya tukarkan serbuk koko ke serbuk milo dan ada sedikit penambahan. Jom layan!....


Puding Milo dan Sos Kastard
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan : 8-10 orang makan

Puding Milo :
  • 10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
  • 500 ml susu segar
  • 250 ml susu cair
  • 250 ml air
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 6 sudu besar serbuk MILO
  • 2 sudu besar tepung kastard + 2 sb air
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 atau 1 sudu kecil coffee emulco - optional

Cara-cara :
  1. Larutkan agar-agar dan gula bersama 250 ml air. 
  2. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dengan api perlahan. 
  3. Setelah itu, masukkan MILO.Kacau hingga larut.
  4. Kemudian masukkan esen vanilla, coffee emulco, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. 
  5. Tutupkan api. Tuangkan ke dalam bekas bersesuaian. Sejukkan.
Bahan Sos Kastard:
  • 2 1/2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 4-5 sudu gula pasir
  • 1 sudu kecil esen vanilla 

Cara-cara :
  1. Satukan kesemuanya di dalam periuk. Kacau hingga tepung larut. 
  2. Kemudian, dipanaskan dengan api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. 
  3. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dengan coklat urai atau biskut oreo hancur jika suka.

Sunday, July 17, 2011

Paprik Campur

Assalamualaikum.....

Kembali bersiaran....alahai...tuan rmh ni asyik menyepi jer. Kejap ada, kejap tak...ehehe...yalah kan, begitulah lumrah berblogging, yg sentiasa ada pasang surutnya. Namun, syukur sgt2, DJ msh dpt berkarya sehingga skrg. Terima ksh juga atas sokongan anda semua. DJ terharu krn msh ada yg sudi berkunjung dan meninggalkan jejak di sini biarpun ada kalanya komen2 yg diberikan tak sempat dibalas dan mungkin juga terlepas pandang. Maaf sekali lagi. Saya insan biasa yg serba kekurangan... :)

Ok, nak tau ke mana menghilangnya si puan dyg 2-3 hari ni??...hehe. Sebenarnya, kte ni baru jer pulih dari demam....demam2 biasa jer tp Alhamdulillah...dh kembali sihat seperti biasa. Semalam ingat nk tulis n3 tp tiba2 jer semangat ni hilang. Rasa malas sgt nk mengadap komputer...haihh..mahu rasanya nk stop blogging jer tp tak sampai hati plak. Nak ambik cuti takleh lg sb dah apply cuti panjang menjelang raya nanti...hehe. Apa2pun, kita tengok jelah yer. Kalau tak ada aral melintang, DJ akan update. Lagipun ada 2-3 lagi n3 kek kukus raya yg akan DJ share kat sini nanti. Pastu projek mengukis plak...InsyaAllah. 

Oklah, hari ni masak yg simple jer. Lauk paprik campur. Nak perhabiskan segala stok yg ada ni dulu sb ptg2 karang ada stok baru nk sampai ke rmh. Jadi, kena clear apa2 yg patut. 



Paprik campur ala Thai ni mmg ramai dah tau resepinya kan. Memang sgt sedaplah dimakan dgn nasi panas. Lain2 lauk ialah sup tulang tp sup tu dibeli instant mlm tadi tp msh berbaki. DJ hanya panaskan semula utk hidangan hari ni. 

Kita layan jelah dulu yer lauk paprik nih. Jap2 lagi DJ tulis resepinya yg ringkas tapi sedaaaaaaap sgt!

UPDATE sudaaaah :

Resepi Paprik Campur
by : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • sedikit udang, sotong, hirisan isi ayam atau daging rebus
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris bulat)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar sos tomato
  • sedikit kicap manis/masin
  • sedikit sayur campur (karot, kacang panjang, bunga kobis, jagung muda dll)
  • garam dan gula secukup rasa
  • 4-5 biji cili padi (diketuk)
Cara-cara :
  1. Goreng udang, sotong dan isi ayam/daging hingga 3/4masak. Kemudian, toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak bekas gorengan tadi, tumis bawang putih hingga terbit bau. Kemudian masukkan cili giling dan tumis lagi hingga garing.
  3. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap dan sedikit air. Kacau sebati. 
  4. Apabila sudah mendidih, masukkan kesemua sayur campur, bawang, daun limau purut, cili padi, dan bahan-bahan selebihnya. Gaul-gaulkan hingga sayur hampir masak.
  5. Akhir sekali masukkan udang, sotong dan isi ayam/daging tadi. Kacau sebati hingga masak.
  6. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih.

Monday, July 11, 2011

Nasi Daging


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Wahh!...belum apa2 lg dah tayang nasik yer...hehe. Entri ni sepatutnya di 'publish' petang semalam tapi tak jadi sebab tak sempat nak mengadap komputer. Biasalah kan time hujung minggu mmg payah sket nk on9. Byk masa diluangkan bersama keluarga. Jadi, kpd teman2 FB yg dok tunggu2 entri nih dari hari Sabtu lagi, nahh!..daah pun keluar...heheh. Sila2lah jamu mata....

Nasi daging ni mmg dah lama DJ tak merasa.  Nak makan mmglah sukaaa sgt, tp nk buat sendiri..hmm...kurang rajin sket. Selalu gak makan masa dulu2 (masa tu tgh study lagi). First time makan terus jatuh cinta. Sedap sgt dimakan bersama air asamnya. Memang kecur liurlah kalau setakat menjamu mata jer kan...haha. Tapi kan, oleh kerana anak2 tak reti nak makan dgn air asam, DJ dgn rajinnya buat ayam kari kurma sket. Biar ada kuahnya. Pun sedap bangat! Alhamdulillah...habis licin semuanya. Mr hubby pun terpaksa korbankan dietnya sebentar semata2 nk merasa nasik daging nih. Tak adalah dia nk komen apa2 pun tp dlm pemerhatian DJ lah kan, dia menambah gak sampai 2-3 kali....adehh...tp tak apalah kan...sekali sekala....hihi.

Resepi nasi daging ni DJ olah mengikut saiz dan citarasa keluarga. Ada byk versinya dlm internet, bila dah adjust sket sana sini, jadilah resepi versi sendiri. Ada sesetengah versi, dagingnya direbus dulu utk mendapatkan stoknya. Stok daging tu tadi akan ditanak bersama nasi. Kiranya masak asing2lah kan. Tapi DJ masak direct jer daging ni dan bila dah empuk, terus dimasukkan beras dan tanak seperti biasa. Nak guna beras biasa pun boleh selain beras Basmathi. Yang penting, rasanya yg hebat dan memikat selera.

Jom semak resepinya. Kalau berminat bolehlah cuba. Cuma sukatannya kena adjust lah yer jika mempunyai  ahli keluarga yg agak ramai. 


Nasi Daging
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : 4 orang makan

bahan A :
  • 3 pot kecil beras Basmathi (direndam 3 jam)
  • 250 g daging batang pinang (dihiris nipis atau dipotong kiub)
  • 2 sudu makan serbuk rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)
  • 2 helai daun pandan
  • 80 ml susu cair
  • 1 sudu makan puri tomato
  • 2 helai daun limau purut
  • garam secukupnya
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak sapi
bahan B :
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang)
  • 1 batang serai (diketuk)
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan B hingga wangi.
  2. Masukkan pes kurma dan puri tomato. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan daging, daun pandan, garam dan gula. Kacau rata-rata.
  4. Masukkan air secukupnya dan masak hingga daging empuk (pastikan air rebusan daging sama dengan sukatan beras Basmathi...agak-agaklah yer)
  5. Masukkan beras. Perlahankan api. Masak hingga nasi hampir kering. (boleh juga dimasak dengan menggunakan rice cooker selepas menumis bahan)
  6. Tuangkan susu cair dan daun limau purut. Kacau perlahan-perlahan hingga rata dan sebati. Biarkan nasi masak sempurna.
  7. Taburkan bawang goreng dan sedikit daun hirisan daun ketumbar pada nasi dan hidangkan bersama air asam serta lauk berkuah jika suka. 

Bahan Air Asam

bahan-bahan : 4 orang makan
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 1 biji tomato (dihiris dadu)
  • 8-10 biji cili padi (dihiris)
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 1 cawan air asam jawa (-/+)
  • sedikit serbuk belacan atau belacan bakar
  • sedikit garam, gula dan jus limau nipis/kasturi
Cara-cara : satukan semua bahan dan kacau sebati. Hidangkan bersama nasi daging.

Sedap juga dimakan bersama lauk ayam kari kurma ni....mabeles!

Saturday, July 09, 2011

Kek Marble Mewah

Assalamualaikum....

Selamat berhujung minggu kpd semua pengunjung2ku yg dikasihi selalu....

Menu makan2 nasik akan ditayang kemudian jika ada kesempatan. Nak tayang kek yg tak seberapa ni dulu utk tatapan semua. Buat pd Rabu lepas. hmmm....mmg boleh tahan gak rasanya. Ada campuran green tea powder lagi tuu. Ingatkan nak buat kek Matcha konon2nya tp entah bilalah nk dpt merealisasikan impianku ituuu...hehe. Sekarang ni pun nak kena adjust berat badan...risau plak kalau dah terlebih berat...huhu.

Kek ni saja2 dibuat utk hidangan minum petang bersama FIL dan SIL pd masa tu. Alhamdulillah menjadi juga biarpun oven ada buat hal sket. Maklumlah tak hantar servis lagi. Suhu pun dah lari dan asyik2 kena adjust sana sini. Nasib baiklah kek tak jd keras dan tak rentung...hehe.

Overall, kek ni mmg sedap, bertekstur padat tapi lembut dan gebu. Boleh cuba jika berminat yer. 

Tak dpt nk pose cun2 sb rumah ada ramai tamu....heheh.

Jom semak resepinya!


Kek Marble Mewah
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang


bahan-bahan :
  • 225 g tepung halus/superfine
  • 250 g mentega berkualiti (pada suhu bilik)
  • 30 g krim keju (pada suhu bilik)
  • 5 biji telur gred B (pada suhu bilik)
  • 210 g gula kastor
  • 80 ml susu segar
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil serbuk teh hijau / matcha + 1 sudu besar air panas (bancuhkan)
  • 1 sudu besar serbuk coklat/serbuk koko + 2 sudu besar air panas (bancuhkan)
  • sedikit pewarna oren

Cara-cara :

  1. Panaskan oven pada suhu 170C. Lengserkan loyang kek dengan mentega dan alaskan dengan kertas serap minyak / baking sheet. 
  2. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  3. Putar mentega bersama krim keju dan ovalette hingga pucat.
  4. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga hancur dan kembang. (high speed)
  5. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan telur satu demi satu sambil diputar hingga sebati. (pastikan telur dimasukkan sebiji kemudian dikacau sebati, dan masuk lagi sebiji, kacau lagi. Ulangi proses hingga telur habis)
  6. Masukkan esen vanilla dan kacau lagi. 
  7. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diselang selikan dengan susu segar. Putar dengan perlahan hingga sebati.
  8. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu adunan dicampurkan dengan serbuk teh hijau. Adunan kedua, dicampurkan dengan pes coklat/koko dan satu bahagian lagi diwarnakan oren. (boleh juga diberi perisa/warna lain)
  9. Tuangkan adunan ke dalam loyang secara berselang-seli.
  10. Bakarlah sehingga masak selama lebih kurang 50 minit. Suhu panas oven bergantung pada jenis oven masing-masing. Sila adjust sendiri. 
  11. Sejukkan kek setelah masak. Kek akan menjadi lebih mesra jika disimpan selama 1-2 hari. 

Friday, July 08, 2011

Ayam Masak Padang

Hari ni layan ayam masak padang lak yer....enak banget! Tetiba terbayang2 plak dgn nasik dagang. Kalau dipadankan dengan lauk padang ni pun sedap gak rasanya...haisshh!....

Dah selalu sgt post entri ni satu ketika dulu. Kali ni diubahsuai ikut saiz ayam. 
Malas nk pot pet byk. Jom kita layan dulu resepinya!....sedaaappppp!

Ayam Masak Padang
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam sederhana (dipotong ikut suka)
  • 300 ml santan (boleh tambah atau kurang)
  • 100 ml susu cair
  • garam dan sedikit gula
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 keping asam gelugur
Bahan-bahan kisar :
  • 6 tangkai cili merah (dibuang biji)
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • sedikit kunyit hidup
  • 10 biji cili api

Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm periuk. Tumis serai dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan ayam dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sebentar.
  3. Masukkan santan dan susu cair. Akhir sekali masukkan garam, sedikit gula dan asam gelugur. Kacau dan biarkan ia sampai masak.
  4. Hidangkan.


Telur Dadar Pecah Serangkak

Assalamualaikum....

yuhuuuu!..i'm backkkk!....salam Jumaat semuaaa....missed u all laaaa....tuan rmh sekali memohon maaf byk2 sebab tak sempat nk membalas komen2 yg lepas. Disebabkan kebizian yg tak dpt dielakkan, dunia blogging terpaksa ditinggalkan skjp....adehh...tp x tahanlah menanggung rindu....terima kasih byk2 sb msh ada yg sudi menjenguk blogku ini yg semakin hari semakin bertambah2 pengikutnya. thanks a lot for supporting me. Alhamdulillah....semoga persahabatan kita di alam maya bertambah akrab dan sentiasa berpanjangan dengan penuh keikhlasan....InsyaAllah.

Bersyukur rasanya dpt menulis entri kali ni biarpun google chrome buat hal dan modem yg dipakai pun buat hal. Dengan menggunakan kembali broadband Celcom dpt jugalah post satu entri. Thanks Celcom. Tetiba jer ari ni line sgt ok kan...heheh. Harap2 ok berterusan lps ni yer. Pasal takleh sign in dan tulis entri pun satu hal. Ingatkan DJ sorang jer tak dpt tulis entri..rupa2nya kak Nor Ganu tu pun mengalami problem yg sama plak setelah baca pesbuk tadi. Yang lain tak ada lah plak kena problem mcm ni kan. hmmm...heran. Tapi Alhamdulillah, dpt juga akhirnya guna GC ni. DJ tak klik kat design atau kat button sign in tu. Sebaliknya DJ tulis kat browser 'blogger.com' pas tu klik search. baru leh sign in. Nak guna IE atau Mozilla malas plak rasanya.

Oklah...dah byk pot pet dah nih..meh kita layan sat menu telur dadar pecah serangkak yg dimasak malam semalam. mmg sedap sgt sih...cuma DJ tukarkan daging ayam ke udang. Resepi ni hasil skodeng dari rmh kak Ummi Kuantan yg terkenal dengan kehebatannya dlm dunia masakan. Biarpun bz dengan kerjaya tapi tetap hebat di dapur. Memang respect sgt2 dgn kak Ummi nih. thanks yer kak krn sudi berkongsi resepi yg sedap ni. Mintak ampun byk2 sebab terderhaka sket kat resepinya...well, biasalah tu kan kak...heheh. DJ kopipes resepinya di sini yer utk rujukan bersama. TQVM....mmmuahh!

Sila2lah cuba resepi yg ringkas tapi sedap ni. Tak rugi tau....

TELOR DADAR PECAH SERANGKAK
Sumber : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 4 biji telor
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 1/2 cawan isi ayam - didadu kecil (DJ ganti dgn udang)
  • 2 sudu teh rempah kari daging (DJ guna kari ikan)
  • 1 tangkai cili merah - dihiris halus (DJ guna kapsikum)
  • sedikit daun bawang
  • sedikit bawang goreng
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menggoreng
  • serbuk lada sulah (DJ tambah)


Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak dalam non-stick pan dan tumiskan bawang besar tadi hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam dan diikuti dengan rempah, kacau balik hingga ayam masak. Ratakan ayam dalam kuali.
  3. Perlahankan api. Ambil sebiji telor dan pecahkan terus ke dalam kuali (ala-ala masak telor mata kerbau). Seterusnya pecahkan telor hingga habis dengan meletak telor perlahan-lahan di dalam kuali menutupi isi ayam.
  4. Tabur garam secukup rasa. Tutup kuali selama 1 - 2 minit.
  5. Bila nampak telor sudah 3/4 masak, tabur bawang goreng dan tutup api. Tolakkan telor dadar perlahan-lahan ke dalam pinggan. 
  6. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas atau boleh dimakan begitu sahaja.


Monday, July 04, 2011

Tiramisu Lapis Strawberi

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah...dpt gak mengadap komputer masa ni. Untuk entri makan2 nasik beriani tadi tu akan DJ update kemudian yer. Nak bagi laluan utk entri ni dulu. Takut nanti terlupa...ngeee.  Sebenarnya dari minggu lps lg nk makan tiramisu bubuh strawberi tp setiap kali nk prepare bahan, pasti ada jer bahan x cukup. Padahal resepinya ringkas jer kan...hehe. Ari tu si Mr Hubby belikan whip topping yg tak biasa DJ guna. Putar punya putar tak menjadi plak hasilnya...mmg tak puas hatilah. Apa yg tak kena tak taulah. Pas tu, DJ ingat nk pergi beli sendiri..beli yg jenama yg dh biasa pakai. Tp rasa malas plak nk drive ke kedai Bagus semata2 nk carik benda lah tu. Last2 pakai jelah apa yg ada nih. Lagipun buah strawberiku semakin nak 'menapause'..adehh... Kena buat cepat2 nih....Biarpun tak puas hati dengan hasilnya tp sedap tetap sedap!....

Actually ada satu lagi tiramisu yg betul2 DJ idamkan tp jauh bezanya dengan versi yg ni. Kena tunggu sampai seru baru leh buat...hehe. Tiramisu apa??...tungguuuuu... :)

Jom layan dulu resepinya yer. Terima kasih kpd yg sudi meninggalkan komen dan kpd yg sudi berkunjung ke sini. DJ hargai sgt2. 


Tiramisu Lapis Strawberi
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 200 ml whipping cream / whip topping
  • 250 g cream cheese
  • 1/4 cawan gula aising / gula kastor
  • lady fingers / biskut tiramisu secukupnya
  • 1/2 cawan puri strawberi
  • 1 cawan air nescafe panas
  • serbuk koko / serbuk matcha/green tea powder untuk hiasan
  • buah strawberi untuk hiasan
Cara-cara :
  1. Pukul whipping cream / whip topping hingga kental dan gebu. Ketepikan.
  2. Dalam bekas berlainan, pukul krim keju hingga putih dan kemudian masukkan gula dan putar lagi hingga kembang.
  3. Satukan no 1 dan no 2. Sebatikan. 
  4. Sediakan bekas yang bersesuaian, celupkan biskut tiramisu ke dalam air nescafe dan susunkan ke dalam bekas tadi. Kemudian, ratakan dengan sedikit adunan krim tadi. 
  5. Ratakan pula di atasnya dengan puri strawberi. 
  6. Kemudian susunkan di atasnya dengan biskut yang sudah dicelup dengan air nescafe. Ulangi proses hingga habis dan diakhiri dengan lapisan krim.
  7. Tutup bekas dengan cling wrap / plastik dan simpan ke dalam peti sejuk selama 3 jam atau semalaman.
  8. Semasa hendak menghidang, taburkan serbuk koko atau serbuk matcha dan hiaskan dengan hirisan buah strawberi.
Lepas ni...jangan termuntah hijau plak yer kalau DJ tayang entri hijau lagi...ahakss....

Nasi Beriani Vs Ayam Bukhari


Assalamualaikum.....

Nampaknya tak dptlah nk pot pet memanjang kali ni. Tuan rumah dilanda kebizian lg. Ada kesempatan nanti, kita update yer. Sila2lah jamu mata dengan menu yang ada ni dulu. Mungkin pd sebelah malamnya nanti akan ditulis resepinya. Yang pasti, nasi beriani dan ayam bukhari ni mmg bestttttt!..habis licin periuk belangaku...hehe. 
Terima kasih atas kunjungan anda semua. Komen2 akan dibalas kemudian. TQVM.


Saturday, July 02, 2011

Nasi Goreng Udang

Kalaulah tak tau nak masak lauk apa dah kan untuk mkn mlm atau siang, baik buat nasik goreng stail gini. Dahlah ringkas, cepat dimasak, sedap plak tu. Boleh dimakan gitu2 jer atau boleh gak dihidangkan bersama ayam goreng, telur mata kerbau atau apa2 jelah lauk yg digemari, mmg menyelerakan! 

hehe...sebenarnya dah kekeringan idea dah ni. Malas pun satu hal. DJ buat yg sempoi2 jer tapi Alhamdulillah... habis licin! O ya lupa plak makcik nih...ini menu mlm tadi ok. Tak usah meminta2 yer..pi buat sendirik!...heheh. Selamat berhujung minggu!

Nasi Goreng Udang
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 2 pinggan penuh nasi sejuk
  • 10 ekor udang basah
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 3-4 biji cili padi (diketuk) - / +
  • sedikit sayur campur
  • 1 biji telur
  • garam dan lada sulah
  • sos ikan
  • kicap pekat/manis/masin secukupnya
  • daun bawang, bawang goreng untuk taburan
  • minyak masak
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga garing. Kemudian, masukkan cili padi. Tumis lagi.
  2. Masukkan udang dan goreng lebih kurang 1 minit atau hingga airnya kering.
  3. Masukkan sos ikan, kicap pekat dan sedikit garam dan lada sulah. Kacau sebati.
  4. Masukkan sayur campur secukupnya. Gaul-gaulkan.
  5. Pecahkan telur ke dalam kuali tadi dan kacau lagi.
  6. Kemudian masukkan nasi sejuk, kicap manis dan kicap masin. Goreng hingga masak. 
  7. Setelah masak, taburkan bawang goreng dan daun bawang. Hidangkan panas-panas.
Sedapnyaaaa....

Friday, July 01, 2011

Yogurt Steamed Cupcake / Apam Yogurt

Assalamualaikum.....

Kembali lagi bersiaran dengan entri apam plak kali ni...sememangnya dh agak lama jugaklah x mengapam. Bila dh sampai seru tu barulah nk buat. Actually buat ptg smlm. Tengok yogurt msh ade lg dlm esbok, then bahan2 lain pun ada, apalagi...bersilat ler kte ni...hehe. Nak prepare pun senang jer. Memang tak menghampakanlah hasil kejadiannya...semuanya senyum elok...sgt gebuss dan rasanya pun sedap. 

Terima kasih byk2 yer kpd empunya resepi ni, Rima, dan juga kpd kak Nor Ganu yg tlh mempromosikan resepi sedap ni. Kita jer selalu terlambat nk buat kan kak. O ya, dengan kesempatan ini dyg nk ucap tahniahlah buat kak Nor krn blog telah melebihi  hits 1 juta. Memang berbangga sgt2 dpt mengenali kak Nor melalui alam maya ni...TAKKAN DAPAT KUTULISKAN, TAKKAN DAPAT KUGAMBARKAN, TAKKAN DPT KULUKISKAN, HANYA DPT KUKENANGKAN. adehh! besar sungguh pengertiannya kak. Akak baca akak faham k. Walaupun kita tak pernah lg bersua muka, setiap hari dpt jenguk blog akak pun sudah memadai, bagaikan akak sudah berada di depan mata bersosek sosek dgn dyg...hehe. Semoga akak akan sentiasa meneruskan karya serta perjuangan akak sbg seorang blogger khususnya berkongsi dlm ilmu masakan dan menjadi sumber inspirasi kpd semua pembaca....InsyaAllah. 

Ok, tak abih lagi crita psl apam yg sedap nih. Actually, DJ buat 1/2 adunan jer dr resepi asal. Tu pun byk gak dpt. Oleh krn tak ada stok double action baking powder, DJ guna b.p yg biasa jer...tp bubuh 1 sudu kecil utk 1/2 adunan. Alhamdulillah...tetap menjadi dgn gebunya. 


Next time akan dibuat lagi dan lagi. Berbaloi dan tak rugi dicuba. Kak Nor, dyg kopipes resepi dari dapur akak jelah yer. TQVM. To Rima, thanks for sharing dis recipe. Memang best!


YOGURT STEAMED CUPCAKE
Recipe : Rima
source I : Kak Nor@Secubit Garam
source II : DayangJack@DapurKu SaYang

2 cups sugar (1 1/3cawan)
1 tsp ovallete
2 cups flour
1 cup fresh yoghurt (thick) (1/2 caw yogurt + 1/2 caw susu cair)
2 eggs
1/2 tsp double acting baking powder
1tsp cocoa powder (K.Nor skip)
1tsp chocolate paste
1 sudu teh esen vanila (K.Nor tambah)

Method
  1. Beat all of them together until the batter becomes pale, thick, and the whisk leaves a vivid trail when stirring through the batter.
  2. Spare some batter for the chocolate topping (about 5 Tbsp), mix it with cocoa powder and chocolate paste.
  3. Drop the white batter into cups, then drop a teaspoon of chocolate batter on top of every cup. Steam for about 15 - 20mins.

* Yg betanda merah yg K.Nor buat
** utk mudahkan meletak adunan dlm papercup, masukkan adunan dlm piping bag atau plastik bag bersih dan gunting bucunya.


* bahan-bahan 1/2 adunan yg DJ buat
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 90 g gula kastor
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 1 biji telur
  • 1/4 cawan yogurt + 1/3 cawan susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil serbuk koko + coffee emulco


Sedap!!

Buat perisa pandan sket. Saje ngengada....walaupun termenderhaka kat resepinya Alhamdulillah...menjadi gak ko yer apam....jgn marah yer tuan punya resepi...heheh.

aikk...ada lg rupanya...memandangkan adunan putih msh berbaki 3-4 sudu, syg plak nk buang. Kukus jelah. Dapat gak 2 ketuii....heheh