Wednesday, June 29, 2011

Jus/Serbat Tembikai

Rasa dahaga plak ptg2 nih...sekali sekala buat jus tembikai, alangkah nyamannya rasa tekak ni kan...siapa nk join?? jom kita minum duluuu.... 

Jus tembikai ni dah pasti ramai yg pandai buat kan. Resepi biasa2 jer tapi yg paling penting ianya sedap dan dpt hilangkan dahaga. DJ actually tak berapa gemar minum yg sejuk2 ni. In fact, air sejuk pun tak minum. Tapi kalau setakat sekali sekala nk buat jus tu bolehlah. Terasa nyamannyaaaa.... :)

Jus Tembikai Ringkas

bahan-bahan :
  • tembikai merah (dipotong kecil-kecil)
  • sirap gula
  • air sejuk
  • ketulan ais
Cara-cara : Kisar semua bahan kecuali ketulan ais. Semasa menghidang, masukkan ketulan ais. Sedia untuk dinikmati.




Serbat

bahan-bahan :
  • tembikai merah (dipotong kiub)
  • gula secukupnya 
  • air sejuk secukupnya
  • ketulan ais
Cara-cara : Masukkan hirisan tembikai di dalam gelas/mangkuk. Masukkan gula dan gaul rata-rata. Kemudian masukkan air sejuk tadi. Simpan ke dalam peti sejuk.  Apabila hendak menghidang, masukkan ketulan ais secukupnya. 


Tuesday, June 28, 2011

Kek Lapis Happy Day (kukus)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Macam tak lengkap jer dapur ni kalau tak buat dan tayang kek setiap minggu kan...hehe. Dekat2 nk puasa dan raya ni InsyaAllah, makin byklah resepi kek kukus keluar. Dah namanya peminat kek kukus kan, nk buat mcm mana.

Semalam mmg happy sgt bila melihat hasil kejadian kek ni. Betul2 buatku happy. Alhamdulillah...dahlah cepat dikukus, sedap plak tu. Inilah antara kek lapis kukus Srwk yg menjadi kegemaran DJ sekeluarga. Time raya, mmg wajib buat. Biasanya DJ akan menggunakan sukatan gelas utk membuat kek ni. Tapi kali ni DJ buat ikut sukatan cawan metrik. Itupun buat 1/2 adunan jer. Saja nk buat minum petang sekaligus dpt share resepinya di sini. Lagipun, tempoh hari ada yg request resepi kek kukus yg menggunakan serikaya. haaa..sedang eloklah ni. Yg request tu plak dah lama, tahun lps rasanya. Cuma DJ belum ada kerajinan lagi nk mengukus menggunakan serikaya. Harap2 yg mengantar emel tu tak terlepas pandang plak kali ni yer...hehe.

Sekali lagi DJ ulang yer, kek ni teramat sedap. Setelah adjust mengikut versi baru DJ, ternyata hasilnya tak menghampakan. Sedang elok jer kejadiannya. Taklah manis sgt kalau dibandingkan dgn resepi asalnya    (sukatan gula boleh adjust what....). Selain tu, kek ni padat tapi lembut. Kalau rasa berminat, bolehlah cuba resepi ni. Nanti DJ akan sertakan sekali bahan resepi asalnya yg menggunakan gelas kaca transparent. Gelas yg biasa DJ pakai tu boleh muat 200 ml air utk menyukat bahan-bahan kek ni. Tapi terpulanglah pd selera masing2lah yer. Nak guna cawan metrik pun boleh, gelas pun lagi boleh.... :)




Kek Lapis Happy Day(kukus)
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : loyang 6" x 6"
  • 3/4 cawan tepung superfine (diayak)
  • 1/2 cawan tepung gandum (diayak)
  • 5 biji telur A
  • 225 g mentega berkualiti tinggi 
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1/2 cawan serikaya
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla
  • 2 sk serbuk nescafe 
  • pewarna hijau (DJ campurkan dengan pes pandan), merah, kuning dan coklat
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Balutkan penutup pengukus dengan tuala bersih. Sediakan loyang kek. Alaskan dengan kertas serap minyak dan sapukan mentega serta ditaburkan dengan sedikit tepung.
  2. Putar mentega bersama gula hingga gebu dengan kelajuan maksimum. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan.
  3. Masukkan susu pekat dan putar lagi.
  4. Masukkan serikaya dan putar lagi hingga sebati.
  5. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan.
  6. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
  7. Warnakan hijau, merah, kuning dan satu adunan lagi dicampurkan dengan pewarna/perisa coklat dan serbuk nescafe (kacau sebati). Kemudian setiap adunan dibahagi dua lagi supaya menjadi lapan lapisan. Tapi kalau nk buat 4 lapisan saja pun boleh. 
  8. Untuk lapisan pertama, tuangkan adunan warna kuning dan ratakan. Kemudian tutup loyang dengan kertas foil tetapi hendaklah direnggangkan. Kukus selama 5-7 minit atau sehingga adunan dah tak cair. Kemudian buat lapisan keduanya. Ulangi proses sehingga habis. Untuk lapisan terakhir, sila kukus 20 minit lagi supaya kek masak sempurna.
  9. Setelah masak, tutupkan api. Sejukkan kek sebelum dipotong. 

Bahan-bahan untuk resepi asal :
  • 10 biji telur ayam
  •  12 oz mentega berkualiti tinggi
  • 1 gelas gula halus
  • 3 gelas tepung gandum
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 16 oz serikaya
  • 2 sk esen vanilla
  • 1 sudu besar serbuk nescafe
  • pewarna hijau, merah, kuning dan coklat
Cara-cara : - SDA -

update lagi :
**maaf resepi yg menggunakan loyang 6 inci sudah diedit balik. hrp maklum.
**kek kukus Happy Day ni ada versi menggunakan kismis utk taburan pd setiap lapisan. Kalau nk guna bahan tu pun boleh. 
**di bawah adalah contoh cawan dan sudu metrik. (Gambar pinjam dari Pakcik Google...tq)



Monday, June 27, 2011

Lemon and Passion Butter Cheese Cake


Assalamualaikum dan bersiaran kembali....

Tuan rumah agak sibuk sket sepanjang 2 hari lps dgn kehadiran FIL dan saudara mara di rumah. Mmg tak adalah peluang langsung nk mengadap komputer.  Mohon maaflah yer sekiranya tak sempat  nk update apa2 masa tu. Apa-apapun DJ berterima kasih atas kesudian anda semua bekunjung ke sini. 

Oklah...kek ni DJ buat minggu lepas hasil skodeng dapur Kak Ummi Kuantan. Sebenarnya, DJ berhajat nk buat Light Cheesecake resepi HaSue. Dah siap prepare bahan-bahannya,  tup2 tak jd sb ada guest. Terpaksalah simpan balik. Pas tu kan kali kedua DJ nk buat, bahan-bahan pun dh prepare, tetiba blackout plak dah...tunggu punya tunggu, lepas 3 jam lbh barulah ada elektrik...whaaaaa! pengsann!...mujurlah tak putar meringue lagi tu..kalau tak, mmg sakit hatilah dibuatnya..hmmm...tak   tercapai gak hasrat nk buat ciskek tu. Mood pun dah terbantut...haihh...nak buat mcm mana kan....dah tak ada rezeki....

Lepas 2-3 hari lamanya, DJ pun berhasrat nk buat kek butter cheese ni plak. Mula2 nk buat ikut resepi sendiri jer tapi terjatuh cinta plak dgn resepi kak Ummi ni. Resepi HaSue kene hold dulu. Lagipun stok susu segar dah habis. Kene tunggu rajin barulah boleh buat lagi. Maap yer Sue...hehe. 

Overall, kek ni boleh tahan sedapnya. Yalah, dah namanya ciskek kan..mmglah sedap. Cuma xda stok jus markisa cam yg kak Ummi tambah tu. Tapi still ok, gebus dan sedap! I likeeee!....Next time boleh buat lagi. DJ  sebenarnya mmg peminat fanatik butter cheesecake. Ada satu resepi olahan sendiri yg dah pun dibuat eksperimen, tp nak buat lagi utk kali keduanya nanti. Bila dah puas hati, barulah DJ share di sini. Apa2pun, mekasih byk2 yer kak Ummi n Kak Jun krn sudi sudi berkongsi resepi ni. Mmg best! DJ kopipes resepinya dari rmh kak Ummi...tq kak. 

LEMON AND PASSION BUTTER CHEESE CAKE
Ubahsuai dan sumber: Ummi @ Home Sweet Home & Jun
Sumber II : DayangJack@DapurKu SaYang


Bahan A:-
  • 225gm tepung
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu teh garam

Bahan B:-
  • 200gm butter
  • 175gm cream cheese
  • 1/2 sudu teh lemon zest 
  • 2 sudu teh jus markisa (*akak tambah ni) - DJ x letak
  • 175gm gula (akak letak 160 gm je)
  • 5 biji kuning telur
Bahan C:-
  • 5 biji putih telur
  • sudu teh jus lemon
Cara-Cara:-
  1. Pukul butter dan cream cheese hingga kembang.
  2. Masukkan gula, pukul lagi.
  3. Masukkan kuning telur dan kulit lemon, pukul lagi.
  4. Masukkan bahan A dan gaul rata.
  5. Dalam mangkuk lain, pukul bahan C hingga kental.
  6. Kemudian masukkan ke dalam campuran butter tadi dan kacau rata.
  7. Masukkan ke dalam loyang ukuran 7 in x 7 in yang telah digris dan dialas dan bakar pada suhu 180'c selama 30 minit.

Friday, June 24, 2011

Mayonnaise Saucy Chicken

Entri last malam ni. Rasa kepenatan lps ronda2 KL ptg tadi. Sampai rumah dlm pkl 4 lbh. Nak prepare menu utk dinner plak. Kebetulan DJ dah perap ayam bersama tepung KFC. Lepas goreng2, teringat plak resepi MSC yg dah DJ save dari rmh kak Nor Ganu smlm. Mas pun dah buat gak kan. Bertambah2 plak semangat nih biarpun sebenarnya dah keletihan teramat2 sgt. Bila tengok resepinya, simple jer tp nampak sungguh menyelerakan. Lihatlah foto2 menarik dari dapur Love tu, buat kita ni telan liur jelah...hehe. Love, tq so much 4 sharing dis recipe ya. Memang sedap dan menggugat diet akak nih....heheh. O ya, spt Kak Nor dan Mas, kak DJ pun ada tambah bahan-bahan sosnya mengikut citarasa keluarga. Thanks again, Love. 

Sesiapa yg belum cuba lagi resepi ni, sila2lah yer...mmg best! 
DJ kopipes resepinya dari dapur Kak Nor. Tq kak. :)


MAYONNAISE SAUCY CHICKEN 
recipe by : Love2cook
source : K.Nor@SecubitGaram
sourceII : DayangJack@DapurKu SaYang

Ingredients :~
1 whole chicken ~ cut free form
2 eggs
1 tsp coarse blackpepper
salt
2 tbsp plain flour
1 tbsp cornflour

for the sauce:
3 tbsp chilli sauce
2 tbsp sweet & sour sauce ( may sub with tomato ketchup )
1 tbsp sweet soy sauce (optional)
4 tbsp mayonnaise
cooking oil to fry
1 tbsp olive oil for sauce

Method :~
Clean chicken, pat dry with paper towel.
Beat eggs in a bowl. Mix in blackpepper, salt, flour and cornstarch.
Add chicken pieces in and rub thoroughly with the egg mixture. Marinate for 30 minutes.
Deep fry the chicken pieces until cooked. Drain on a paper towel.
Now make the sauce. Heat olive oil in a saucepan. Add all sauces except for mayonnaise. Stir and add in the fried chicken pieces, mix. Turn off the heat.
Add mayonnaise to the chicken, mix and coat well. Dish out immediately and ready to be served.



**DJ tambah : 2 ulas bawang putih (dicincang), cili padi, bawang besar(dimayang) dan sedikit madu
**Untuk ayam; DJ salut dengan tepung KFC bersama sedikit air sejuk dan goreng hngga keemasan.


Baked Pasta


Assalamualaikum dan salam Jumaat!...

Ptg smlm terfikir nk buat pai ayam. Tapi kekurangan stok plak...alahai, bilalah agaknya nk buat ni eh...mengidam mengalahkan org pregnant lagi tu...hehe. Finally, buat jelah baked pasta. Yang ni pun dh agak lama jugaklah tak makan. Memang sedap sgt! Mcm biasa, kalau buat stail gini, mmg cepat laku. Nak buat pun senang sbnrnya walaupun kalau tengok resepinya cam complicated jer kan. Apa2pun masakan Itali ni mmg menyelerakan. Sangat2 sesuailah dihidangkan ketika bersarapan, minum petang, mkn mlm ataupun ketika nk bersahur. 

Resepi mcm biasa, versi sendiri, adjust sendiri...guna stok yg ada jer...adehh, terlupa plak nk ltk oregano. Tapi tetap sedap...kalau ada mushroom lg ler bertambah2 seleraku...huhu..alaa, byk mana jer nk makan, 1-2 slice cukuplah...tak leh mkn byk2, bahaya...hehe... selebihnya bdk2lah yg makan. 

Mari kita semak resepinya yer. Next time, DJ akan share resepi pai plak. Sesiapa yg berminat nk mencuba resepi ni, silakan. Memang tak rugi... :)


Baked Pasta
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan
  • 2 cawan makaroni  + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan)
  • 150 g minced beef/chicken
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti
  • sedikit sos cili
  • sedikit sos tomato
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar mentega
Sos Putih :
  • 2 cawan susu segar
  • 1 sudu besar mentega
  • sedikit lada sulah
  • 2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
  • sedikit garam dan gula
  • lain-lain : keju parut dan oregano
Cara-cara :

  1. Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. 
  2. Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering. 
  3. Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
  4. Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.
  5. Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula. 
  6. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.
  7. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
  8. Taburkan keju parut dan oregano.
  9. Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.
* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt
**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya. 


Time kita bako mmg semerbak jer bau harum cheese nya...bila makan...waduh2..like heaven!..lapo lah plak...

Wednesday, June 22, 2011

Kuih Lapis Nyonya aka Kuih Genggang


Akhirnya terlaksana juga impian nak buat kuih lapis hari ni. Dah lepas kukus, kipas2 jap, pas tu terus potong. Mmg takdanlah nk tunggu sejuk btl2. Sukatannya ngam-ngam utk keluarga kecil. Biasa main beli jer. Anak2 mmg tak pandang pun. Tapi kan, bila DJ buat seloyang kuih ni, rasa mcm tak cukup plak. Tetiba jer bdk2 tu jadi minat. Yg sorang lagi tu suruh buat lagi...aikk,..tak sangkalah dpt sambutan....syukur Alhamdulillah. Berbaloi2 rasanya. InsyaAllah, akan ada siaran ulangannya nanti.

Ok, tak nak pot pet byk2 yer...jom kita layan resepinya sambil2 berpantun...heheh.

Cik nyonya jalan berlenggang,
Singgah ke pekan membeli roti;
Kuih lapis nyonya aka kuih genggang,
Sedap dimakan payah nak berhenti.


Merpati putih terbang seribu,
Hinggap mari di pohon jati;
Terima kasih wahai sifu Mat Gebu, 
Kerana sudi berkongsi resepi.

Kuih Lapis Nyonya aka Kuih Genggang
Resepi asal : Bro. Rozzan
Sumber II : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan A :-)

  • 150 g tepung beras (DJ letak 120g tepung beras + 30g tepung gandum)
  • 30 g tepung Hoon Kue (warna asli)
  • 400 ml santan pekat
  • 160 ml air

Bahan B :-)

  • 180 g gula halus (mat guna 150 gram gula pasir) 
  • 150 ml air
  • 1/4 camca teh garam
  • 2 helai daun pandan

BAHAN C :-)

  • Pewarna makanan hijau
  • Pewarna makanan merah jambu@pink
  • Pewarna makanan merah cili

Cara membuatnya :-)

  1. Masak bahan B sehingga larut, angkat dari api dan biar sejuk. Sementara itu satukan semua bahan A ke dalam satu mangkuk, kacau rata dan ketepikan 30 minit. Kemudian masukkan bahan B, kacau rata dan tapis.
  2. Panaskan kukusan, alas plastik bersih dalam tin berukuran ( 7 x 7 x 3 ) inci, sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Bahagikan no. 1 kepada 7 bahagian yang sama banyak (kurang lebih 130 ml setiap bahagian), 2 bahagian dibiarkan pada warna asal (putih), 2 bahagian diberi warna merah jambu, 2 lagi dengan warna hijau dan 1 bahagian dengan warna merah cili.
  3. Panaskan loyang dalam kukusan selama 5 minit, tuang 1 bahagian merah jambu, kukus 5 - 6 minit meggunakan api sederhana hingga masak, tuang 1 bahagian hijau dan kukus hingga masak dan buat seterusnya. Untuk lapisan terakhir (merah cili), kukus hingga masak, selama 12 - 15 minit lagi.
  4. Sejukkan kuih betul2 sebelum dipotong untuk hidangan. Balut tutup kukus dengan kitchen towel semasa mengukus untuk mengelakkan wap jatuh atas permukaan kuih.....Selamat mencuba untuk semua!!!!

Tauhu Sambal Berudang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Hari ni dah tak tau nak masak apa dah...kita layan jelah apa yang ada ni yer. Selain menu tauhu sambal berudang berbuncis ni, DJ tak lupa akan makanan kegemaran anak2 iaitu ayam goreng KFC dan sayur campur masak lemak. Untuk DJ, menu ni dah mencukupi. Sedap dan sgt2 menyelerakan.....Alhamdulillah.

Resepi ringkas jer tapi sgt best!

Tauhu Sambal Berudang
resepi : DaYangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 10 ekor udang basah (dibuang kulit kecuali bahagian ekor)
  • 2 batang kacang panjang (dihiris)
  • 2 keping tauhu (digoreng dan dipotong kiub)
  • 1/2 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 biji bawang merah (dikisar)
  • cili giling secukupnya
  • sedikit udang kering (dikisar)
  • sedikit air asam jawa
  • 1 sudu makan sos tiram
  • minyak untuk menumis
  • garam dan gula
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos tiram, udang, kacang panjang dan air. Kacau rata-rata.
  3. Masukkan tauhu yang sudah digoreng tadi, garam, gula dan air asam jawa. Gaulkan dan kacau hingga kuahnya pekat.
  4. Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas. 



Buat HaSue, teman masak2 dan jiran senegeriku di sana,...'Selamat Menyambut Hari Lahir' yer. Semoga dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki serta sentiasa ceria dan bahagia selalu..amin. Salam sayang dari kamek. Bila nk tiup candle tek??....heheh. 

hmm...Baru perasan besday nya hari ni. Apa2pun, all the best of luck utk HaSue. mmmmmuahhh!


Tuesday, June 21, 2011

Sup Tulang Pedas Masam


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Semalam tak dpt nak online sb tak ada letrik start dari pukul 11 pagi hinggalah ke petangnya. Adehh...tension betul...ter'miss' plak cerita Marimar. Nasib baiklah tak berlarutan sampai ke malam. Kalau tak, mau pengsann!....

Ok, hari ni nak tayang sup tulang. Dah byk kali buat siaran ulangan nih tp kali ni resepinya diedit sekali lagi. Jadilah resepi kedua. Actually lbh kurang sama jer dgn resepi2 lama. Cuma cara penulisan jer tak sama...heheh. Maklumlah, resepi main campak2 jer kan...tapi Alhamdulillah, mmg saaaaaaaaaaangat sedap dan berbaloi2! Bagi peminat sup yg masam2 pedas ni gerenti suka resepi ni. Yang tak minat pun pasti akan jatuh cinta. Jom cuba!

Sup Tulang Pedas Masam (resepi II)
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :
  • 1 kilo tulang lembu (DJ campurkan sekali dengan beberapa ketulan daging biasa)
  • 1 sudu makan perencah sup + sedikit air dan bancuhkan (tak letak pun ok)
  • 1 peket sup bunjut atau rempah 4 sekawan
  • cili padi secukupnya (diketuk)
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 inci halia (ditumbuk)
  • 1/2 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • 1/2 cawan jus limau nipis (lebih masam lagi bagus)
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • bawang goreng
  • daun sup/daun bawang
  • ubi kentang, tomato dan karot untuk campuran
  • air secukupnya

Cara-cara :
  1. Masukkan tulang bersama air dan sedikit garam di dalam periuk. Jerangkan dengan api sederhana. Masak tulang untuk beberapa ketika sehingga lemak-lemak dan minyaknya keluar. Kemudian dengan menggunakan senduk atau sudu, buangkan atau cedok keluar minyak-minyak tadi hingga habis. 
  2. Tumis bahan-bahan tumbuk dan rempah hingga wangi. Masukkan perencah sup(jika suka). Tumis lagi hingga pecah minyak. Kemudian angkat dan masukkan ke dalam periuk berisi tulang tadi. (Masukkan sup bunjut jika tak menggunakan rempah 4 sekawan). 
  3. Masak hingga hampir empuk. Sentiasa tambahkan air panas jika sudah berkurangan. 
  4. Masukkan ubi kentang, karot dan bahan-bahan selebihnya. 
  5. Setelah masak dan empuk, tutupkan api. 
  6. Hidangkan sup ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
  7. Makan panas-panas, sedaaapp!!

Sunday, June 19, 2011

Spagetti Marinara

Assalamualaikum dan salam hujung minggu.....

hmm...terlambat plak nak tayang hidangan pagi tadi. Ini kes letrik tak ada. Nak online pun tak boleh. Mujurlah si pak guard dpt betulkan main power letrik. Sejam kemudian, barulah ada balik. Kalau tak, mmg ter'miss'lah rancangan Melodi...hehe.

Berbalik cerita psl menu pg tadi. Menu fav si boboy nih. Dari semalam lagi dia mintak buatkan. Terlupa plak nk beli minced beef. Last2 buat kuah marinara jer. Berpinggan2 gak dia habiskan...Alhamdulillah...tak sia2 masak satu peket spagetti. DJ guna spagetti yg halus2 tu sb kena dgn selera bdk2. Resepi pun mengikut citarasa keluarga. Ringkas dan sedap!

Hari ni buat masa ni lah hanya duduk lepak jer kat rumah sambil2 masak, layan TV, dan internet. Cuaca pun mendung jer dari pagi tadi. Nak hujanlah kot. Petang2 nanti kalau tak ada aral melintang, nak bwk bdk2 tu ronda2 KL. Apa2pun jom kita layan dulu resepi mudah ni yer. Terima kasih sudi singgah. Happy weekend & Happy Father's Day!


Spagetti Marinara
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :

  • spagetti secukupnya (direbus ala dente)
  • bawang putih (dicincang)
  • puri tomato / sos bolognese
  • udang basah / sotong / kupang dll
  • tomato (dipotong dadu kecil)
  • bawang besar (dihiris dadu)
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak zaitun
  • daun oregano
  • serbuk lada hitam dan lada sulah
  • sos tomato (optional)
Cara-cara :
  1. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga garing. Kemudian masukkan sos bolognese atau puri tomato. Kacau sebati.
  2. Masukkan udang dan bahan-bahan basah lain dan sedikit air. Kacau rata-rata. 
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya. kacau lagi hingga kuahnya pekat.
  4. Tutupkan api. Siramkan kuah ke atas spagetti yang sudah direbus tadi. Hidangkan panas-panas. 



Saturday, June 18, 2011

Sukatan Imperial/Metrik


Refresh : DJ tayang semula jadual penukaran sukatan dari imperial ke metrik utk rujukan bersama. 

********************************

Setiap kali nak buat kek, pizza, pau, roti dsb pasti ada yang mengalami masalah bagaimana nak menyukat bahan2 dgn betul. Kadang2 resepi tu menggunakan cawan metrik sedangkan kat dapur tak ada benda alah tu. Cuma yang ada ialah alat penimbang biasa. Jadi payahlah, kan. Begitu jugalah sebaliknya.

Bukan setakat itu, peralatan utk mengukus/membakar kek pun problem juga. Ada yang keliru tentang saiz loyang kek yg hendak digunakan utk membakar/mengukus kek. Misalnya, 6 inci tu besar mana? 15 cm lak besar mana? padahal kedua2nya sama.

Oleh itu, di sini dyg sertakan jadual penukaran imperial ke metrik (anggaran sahaja yer) dan juga sukatan setempat utk rujukan kita bersama. Nak kopipes atau nak print jadual ni ker, terpulanglah pd diri masing2. Kalau tak pun, kat internet ni ade disediakan 'unit conversion' secara online. boleh juga rujuk di situ. Ikutlah keselesaan masing2 yer..hehe.

Minta maaflah jika jadual ni nampak kecik sgt. Tapi tak x mengapa, besarkan skrin jika x jelas. Harapan dyg ialah semoga dgn adanya kemudahan/rujukan ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan2 atau pembaca2 yg ingin mencuba resepi2 yang menggunakan sukatan imperial atau metrik.


Sukatan Imperial
Sukatan Metrik
Sukatan Cawan Metrik
(anggaran)
Sukatan Cecair Metrik
(anggaran)
1/2 oz
15 g

-

-
1 oz
30 g
1/4 cawan
60 ml
2 oz
60 g
1/3 cawan
100 ml
3 oz
90 g
1/2 cawan
125 ml
4 0z
125 g

-
150 ml
6 oz
185 g
3/4 cawan
180 ml
8 oz
250 g
1 cawan
250 ml
12 oz
375 g
1 1/4 cawan
310 ml
16 0z
500 g
1 1/2 cawan
370 ml
24 0z
750 g
2 cawan
500 ml
32 0z
1000 g
2 1/2 cawan
625 ml
3 Ib
1500 g 
(1 .5 kg)

-

-
1 tahil = 38 g
3 tahil = 100 g
1 kati = 600 g

1 cawan metrik = 250 ml
4 cawan metrik = 1000 ml (1 liter)
1 sudu teh metrik = 5 ml
1 sudu meja metrik = 20 ml

Lain-lain Sukatan (anggaran) :

1 cawan gula/gula halus = 7 oz / 200 g
1 cawan beras = 6 oz / 185 g
1 cawan tepung = 4 oz / 125 g
1 cawan sagu = 5 oz / 140 g
1 cawan serbuk koko = 3 oz / 100 g
1 cawan horlicks = 3 oz / 100 g
1 cawan serbuk coklat = 3 oz / 100 g
1 cawan oats = 2 oz / 80 g
1 cawan cornflake = 30 g


Imperial
Sukatan Metrik
(anggaran)
Imperial
Sukatan Metrik
(anggaran)
1/16 inci
1 mm
2 1/2 inci
63 mm / 6.3 cm
1/8 inci
3 mm
3 inci
76 mm / 7.6 cm
1/6 inci
4 mm
4 inci
100 mm / 10 cm
1/5 inci
5 mm
5 inci
126 mm / 
12.6 cm
1/4 inci
6 mm
6 inci
150 mm / 15 cm
1/2 inci
12 mm / 1.2 cm
7 inci
176 mm / 
17.6 cm
3/8 inci
9 mm / 1 cm
8 inci
200 mm / 20 cm
5/8 inci
15 mm / 1.6 cm
9 inci
230 mm / 23 cm
3/4 inci
18 mm / 1.8 cm
10 inci
250 mm / 25 cm
1 inci
25 mm /2.5 cm
12 inci / 
1 kaki
302 mm / 30 cm
1 1/4 inci
31 mm / 3.1 cm
36 inci / 1 ela
906 mm / 90 cm
1 1/2 inci
38 mm / 3.8 cm
60 inci
1500 mm / 
150 cm / 1 .5 m
2 inci
50 mm / 5 cm


cm = sentimeter
mm = milimeter
m = meter


*** BOLEH CNP TABLE NI KE BLOG ANDA...SILAKAN. TQ