Thursday, March 10, 2011

Puding Keledek Berkaramel


Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Hari ni masak chicken porridge jek. Bukan psl malas nak masak lauk tapi anak2 dah request dr mlm tadi. Terpaksalah menurut perintah...hehe. Lagi senang keja, ye tak??...

Ok lah, meh layan puding simple ni. Petang semalam buat. Ni plak bkn kerana terlebih rajin, tapi dah terpaksa. Keledek ni sebenarnya nak dibuat kuah kari utk makan dengan mi. Beli minggu lepas lagi tapi tak gak terbuat2 sampai ada yg dah kecut dan busuk. Oleh krn tak berapa rajin lg nak buat mi kari, akhirnya beginilah kejadiannya...hehe. Tak sempat nk shoot time dah potong tu sb cepat sgt habis... Alhamdulillah, sedap dan lemak2 manis rasanya....


Puding Keledek Berkaramel

bahan-bahan : loyang kecil

  • 150 g keledek merah 
  • 1 1/2 cawan air atau boleh dicampurkan dengan susu cair
  • 3 biji telur A
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • sedikit esen vanilla
karamel :
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 1/3 cawan air panas

Cara-cara :
  1. Keledek dicuci bersih dan kemudian direbus bersama sedikit garam hingga lembut. Setelah itu, kisar bersama air sehingga menjadi puri. Ketepikan.
  2. Untuk membuat karamel : Hanguskan gula di dalam periuk dengan api perlahan dan setelah keperangan (jangan sampai hangit, nanti jadi pahit), masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul. Pastikan ia betul-betul cair. Tuangkan karamel ke dalam loyang/bekas bersesuaian. Ketepikan.
  3. Pecahkan telur di dalam mangkuk pengadun, pukul sedikit sahaja tetapi jangan sampai berbuih. Kemudian, masukkan susu pekat, puri keledek dan esen vanilla. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
  4. Tuangkan adunan ke dalam bekas gula hangus tadi (tapis jika perlu).
  5. Bakarlah lebih kurang 40 minit dengan suhu 170C atau hingga keperangan (dengan kaedah bain marie - letakkan loyang ke dalam dulang/bekas yang berisi air panas)
  6. Setelah dibakar, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
puding ala2 'candle light dinner'..sb tu nampak 'sparkling' jer...ekeke

12 comments:

  1. yummy!!

    sweet nya sys Dj tunaikan permintaan anak :)

    miss u,soory lme xdtg :(

    ReplyDelete
  2. salam dayang...
    nampak sedap tu.. bersinar2 pulak tu... kita pun penah gak benda yg dibeli dirancang nak buat benda lain.. akhirnya jd benda lain.. sabar jelah.. hehe.. takpelah yg penting takde pembaziran kan...

    ReplyDelete
  3. wah..kak dayang..berkilat kilat kuah karemelnya tu..hehe.tak tau pulak keledek boleh buat puding gini..kreatif nih.

    kak dayang.saya dah try buat kek kukus lapis cekelat tu..yummy lah..mekasih kak.i lebiu!!

    ReplyDelete
  4. Assalam DJ apa kbr, sedapnya puding tu, minta setengah loyang heheh n bubur ayam semangkuk ya hehe

    ReplyDelete
  5. guna keledek wat mee kari? biasa mee rebus je letak keledek kan..
    sedap nyer puding karamel.. mkn sejuk2 lg laa sedapnyer..

    ReplyDelete
  6. @Peri PiA

    hehe...nasib baik mtk buatkan bubur, kalau mtk buatkan sushi, terus tersandar akak...haha.

    miss u too dear.

    ReplyDelete
  7. @MaDiHaA a.k.a Ratna

    w'salam...

    betul tu. slalu benda yg dirancang x menjadi. last2 jd lain...yalah, semuanya bergantung pd mood dan situasi. tp yg penting x membazir kan..hehe

    ReplyDelete
  8. @izahdaut

    hehe..akak dah slalu buat puding keledek ni. mmg sedap berbanding buat puding karamel telur tu. bau telur pun boleh cover...hehe

    tq dear. akak dh jenguk kek lapis gebusmu itu. bravo!

    ReplyDelete
  9. @Kak Rosaliza

    w'salam kak..
    sht alhamdulillah...hrp akak pun sht sentiasa yer.

    waduhh! pudingnya sudah habis lerr..tp porridge ade. 2 mangkuk dyg hulurkan ekk..wink wink

    ReplyDelete
  10. @tun_telani

    mi kari versi akak. ade dlm blog ni. Sedap tau. tun try ler buat nanti...

    puding ni tak sampai sejam dlm peti sejuk, si anak akak tu x sabar nk makan...akak slalu jer x dpt nk menikmati puding ni sepuas2nya...sabar jerlah..haha

    ReplyDelete
  11. Kak yummy la nmpk puding akak,ishk kena cari keledek ler plak,yg nih msti xkuat sgt kan bau telur,kak buat mee kari letak keledek yer..wah menarik nih,xpernah dengar lagi,blh mkn mee nanti nak try juga la,ishk,sume nak try,ngee..

    ReplyDelete
  12. kak dayang..cantik betul puding keledek berkaremel akak ni....
    terliur mas tengok...

    ReplyDelete

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih