Thursday, July 01, 2010

Terubuk Masin Goreng Garing


Ikan terubuk masin ni adalah antara lauk kegemaran yg paling best lebih2 lagi kalau digoreng sehingga betul2 garing...lepas tu ditabur dgn hirisan cili padi, bawang goreng dan diperah dgn limau kasturi....gerenti tak boleh brenti makan dibuatnya...hehe.

Sebelum ni dyg ada kongsikan resepi mcm mana nk jadikan ikan ni sedap dan garing di myresipi.com. Malangnya, dapur tu dah ditutup samada utk sementara waktu ataupun forever, tak pastilah kan...nasib baik dah kopipes resepinya di sini. Apa2pun dyg kopipes lagi dan lagi tapi sudah diedit sedikit. Resepi ni sangat2 mudah tapi bila makan, sangat2 sedap!....


Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan terubuk masin (dipotong bbrp bahagian dan direndam sebentar, lepas tu dituskan dan dikeringkan)
  • 3-4 sb tepung jagung
  • limau kasturi secukupnya (limau nipis pun boleh)
  • cili padi secukupnya
  • bawang besar (digoreng)
Cara-cara : Gaulkan ikan bersama tepung jagung dan gorengkan sehingga garing dgn menggunakan api perlahan sahaja. Setelah masak, angkat dan tuskan. Hidangkan bersama bahan2 hirisan dan perahkan dgn limau kasturi. Sedaaap!


2 comments:

  1. woow sedapnyer kak terubuk...nk pesan trubuk gak la..yg besor tu sedap nyerr..isi bnyak..

    ReplyDelete
  2. @izahdaut

    btl tu izah, yg besar tu byk isi..lg puas makan...hehe...tq

    ReplyDelete

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih