Sunday, March 21, 2010

Ayam Kicap TDJ



Dah tak tau nak masak apa hari ni. Mood rajin pun dh semakin berkurangan. Tuan rumah dah mula rasa bosan. Mungkin dah jemu agaknya asyik2 masak ayam. Yang peliknya, anak2 tak jemu pulak. Nasib baiklah dgn adanya daya kreativiti ni, boleh ubah sket stail masak.


Si princess kata, "sedap ayam ni. Kalau hari2 mami masak ayam berkicap ni pun xper"..hmmm...yalah tu. Pandai anak2ku membodek....huhu.


Resepi Ayam TDJ

Bahan-bahan : (boleh adjust mengikut citarasa)
  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil2, digaul dgn sedikit garam dan kunyit. Goreng 1/2 masak)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1-2 sudu makan cili kering kisar
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sk sirap oren pekat (DJ guna cap Sunquick)
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan kicap manis
  • Bahan2 hiasan : tomato, daun sup, bawang besar yg sudah digoreng.
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan air secukupnya mengikut citarasa masing2. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika.
  3. Masukkan ayam yg sudah digoreng. Gaulkan. Kemudian masukkan bahan2 selebihnya. Kacau lagi hingga ayam betul2 masak. 
  4. Setelah masak, tutupkan api. Masukkan tomato dan gaul2kan dan hiaskan dgn daun sup dan bawang goreng.

No comments:

Post a Comment

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih