Saturday, January 09, 2010

Sardin Kicap Bercili




Siapa tak suka sardin?? Rasa2 ramai yg suka kan...termasuklah tuan rumah ni. Suka sgt makan sardin sedari kecik lagi. Masaklah apa2 cara sekalipun sardin ni tetap sedap dan tak pernah rasa jemu. Teringat jadi pengakap masa dulu2lah. Masa tu ada camping kat hutan mana entah...dah lupa...maklumlah masa tu  Tingkatan 1 lagi. Dah lama gak tu. Aktif gak dgn aktiviti berpengakap ni. Selalu camping sana sini dgn adik beradik sebab kesemuanya budak pengakap (abang lak Pemimpin Pengakap)... Jadi, selalu lah juga bekal makanan dalam tin terutama sekali sardin ni lah. Wajib ada tuu...time masak pulak, sardin ni bukannya dipanaskan mcm tu jer tapi dicampurkan sekali dgn makanan2 dalam tin yg lain termasuklah kari ayam, sambal udang, sotong dsb. Lepas tu kan...dilenyek2kan makanan tu sblm dimakan....huhu....siapa nak makan???!! ada yg sanggup tak??? bos suruh makan, kita makanlah...mcm2 perisa ada....mau tak makan?? nanti lapar lah pulak...huhu....Itulah peristiwa yg x dapat dilupakan...makan sardin special....hehe...

Musim dah berlalu namun sardin tetap menjadi pujaan sehinggalah kini biarpun masak sekali sekala. Malam tadi, dyg masak kicap bercili. Waduhhh!!!...sedapnyaaaaaa!!....mabeles!!!..kalau boleh nak buat lagi dan lagi tapi lain kali jer lah....


Jom layan sardinku ini....Oopps!...dah habis yer..jangan mintak2 dah...jamu mata dah ler....hihik. Kalau nak sangat, sudi2kanlah ikut resepi ni....pasti tak mengecewakan!....

Sardin Kicap Bercili

Bahan-bahan :
  • 1 tin besar sardin
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 sb cili kisar
  • 3 biji cili padi (diketuk)
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 2 -3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • garam dan gula secukupnya
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
Cara-cara :
  1. Tumis bawang2 hingga perang. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga garing.
  2. Masukkan kicap pekat, cili padi, daun limau purut dan cili merah. Kacau rata2. Masukkan sedikit air.
  3. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Barulah dimasukkan sardin. Kacau perlahan2 dan biarkan mendidih seketika.
  4. Akhir sekali masukkan jus limau dan tomato.
  5. Boleh tambah air jika perlu.
  6. Hidangkan setelah masak.

No comments:

Post a Comment

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih