Monday, November 30, 2009

Ayam Bakar Lada Hitam


Dah lama gak tak tayang gambar ayam kan. Lama dah  ker??..hehe. Sebenarnya hampir setiap hari pun masak ayam pelbagai versi. Cuma segan lak rasanya nak tayang hari2...huhu. Lagipun dah sarat sangat almari tu nak simpan gambar2 ayam. hehe.



Ayam ni dimasak semalam. Jadi, nggak usah ditanya ada lagi ke tak sb mmg dah habis. hehe. Kalau nak mencuba resepinya bolehlah ikut resepi di sini yer. Senang jer nak buat tapi sungguh sedap!!

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dibersihkan, dipotong ikut suka dan direbus 1/2 masak)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 1/2 - 1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • sedikit lada sulah
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 3 sudu makan jus lemon
  • 3 sudu makan madu (dibancuh sedikit dgn air)
  • sedikit garam @ gula jika perlu
Cara-cara : Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan peraplah semalama atau sekurang2nya sejam. Kemudian tambah 2 sudu makan minyak zaitun @ minyak masak dan gaul2kan sebelum dibakar. Bakar selama 30 minit pd suhu 200C atau sehingga masak. (terbalikkan ayam 15 minit terakhir)



No comments:

Post a Comment

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih