Semalam makan sate goreng bersama nasi impit. Sate daging dan ayam ni adalah baki yang disimpan selepas raya tempoh hari. Keluarkan dari freezer, dan goreng. Kuah kacangnya pulak dimasak pagi semalam. Memang sedap....
Bahan-bahan untuk Sate:
- 1/2 kilo daging/isi ayam (dipotong/dihiris kecil2)
- 7 biji bawang merah*
- 3 ulas bawang putih*
- 1/2 inci halia*
- 1/2 inci lengkuas*
- 6 batang serai*
- 1/2 inci kunyit hidup*
- 1/2 sudu besar ketumbar *
- 1/2 sudu besar jintan manis*
- 1/2 sudu besar jintan putih*
- 3 sudu besar gula merah/brown sugar
- 2-3 sudu besar gula pasir
- sedikit garam
- 1 sudu besar air asam jawa
Cara-cara : Kisar kasar bahan-bahan yang bertanda *. Gaulkan bersama ayam/daging dan bahan-bahan selebihnya. Perap semalaman. Kemudian goreng(deep frying) dgn api sederhana. (jgn menggoreng daging terlalu lama kerana boleh menyebabkan ia menjadi liat).
Untuk resepi kuah kacangnya pula, boleh KLIK DI SINI.
Untuk resepi kuah kacangnya pula, boleh KLIK DI SINI.
No comments:
Post a Comment
komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih