Saturday, August 08, 2009

Baked Bean & Beef Lasagna

Salam semua....hehe..nak tergelak dulu....ok dah...sorry3x...n3 kali ni kasi tunjuk gambar dulu selepas tu barulah ada ceritanya...heheh. Anyway, thank to all my beloved friends sb tak henti2 berkunjung ke rumah ni dan sudi tinggalkan msg walaupun tak sempat dijawab. Yalah, sjk bbrp hari ni dyg sibuk dgn hal2 yg x dpt dielakkan. Rasanya tak perlulah nak dijelaskan kat sini yer. Cukup sekadar dyg mengatakan yg dyg ada hal. hehe. Tapi hari ni line dah clear. Bolehlah sambung aktiviti kat alam maya ni. Ok, lasagna ni dh 2 hari lepas dyg buat. Time dinner. Dah tak tau nak makan apa...teringat kulit lasagna msh ada lagi dlm stok. Daging cincang pun msh ada dan bhn2 yg sewaktu dgnnya. So, dyg buatlah mengikut versi sendiri. Yummy!!!..mmg sedap tau..tgk tak gambar dia tu?..so creamy, kan? Sebenarnya tak susah nak buat benda alah ni... ikut step2 yg ada disertakan pd kotak lagsana tu, InsyaAllah menjadi.

Cuma dyg tak ikut 100% pun resepi tu. Tapi yang paling penting, rasanya sedap dan menyelerakan. Oleh kerana dyg penggemar baked bean, dyg campurkan sekali. Tapi sebelum tu, sos baked bean kenalah buangkan sedikit atau sejatkan dulu supaya lasagna tu tak berair. O ya ada satu lagi resepi yg hampir2 mcm lasagna tapi x guna kulitnya. Sebaliknya guna roti sandwich dan intinya baked bean gak. Kalau rajin, dyg akan buat nanti. Sabar yer.


Inilah resepinya mengikut citarasa dayang. Selamat mencuba!

Bahan-bahan :
  • 4 keping instant lasagna (direndam dlm air panas selama 10 minit atau sehingga lembut)
  • 1 tin kacang panggang (baked beans)

Meat sauce :
  • 250 gm daging cincang
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu)
  • 1 biji tomato (dihiris dadu)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 sudu besar mentega/marjerin
  • sedikit garam
  • 1 sudu makan stok ayam
  • 2 sb puri tomato
  • 1 sudu makan sos cili
Cara : Cairkan mentega/marjerin di dlm kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga perang. Masukkan puri tomato dan daging cincang. Masukkan stok ayam dan sedikit air. Kacau dan biarkan mendidih. Masukkan sos cili, tomato dan garam secukupnya.

Cheese Sauce :
  • 2 cawan susu segar
  • 1 sb mentega
  • 1 sb tepung gandum + 1 sb tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
  • 125 gm cream cheese/cheddar cheese (dyg guna cream cheese)
  • sedikit lada sulah
  • garam
Cara-cara : Cairkan mentega di dlm periuk/saucepan. Masukkan susu dan krim keju/keju parut. Kacau hingga keju hancur. Masukkan bancuhan tepung, lada sulah dan garam. Kacau lagi hingga pekat.

Cara-cara menyusun : Panaskan oven pd suhu 180C. Sediakan baking dish. Griskan dgn sedikit mentega. Letakkan kulit lagsana terlebih dahulu. Kemudian, tuangkan inti daging tadi ke atasnya diikuti kacang panggang. Ratakan. Kemudian tuangkan sos keju. Pastikan kulit lagsana ditutup sepenuhnya. Ulangi langkah tadi sampai habis dan diakhiri dgn sos keju. Taburkan parmesan cheese(jika suka) dan sedikit oregano. Bakar selama 35-40 minit atau sehingga masak.

2 comments:

  1. Pendek je entri nie kak Dayang. heheh... takde cerite ke kite nak bace nie? :D

    ReplyDelete
  2. I want that recipe in English please!

    ReplyDelete

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih