Anak2 dayang cepat jemu makan ikan goreng. Jadi, dayang buatkan sos kicap. Yang penting, ada rasa kicapnya. Bukan setakat anak je yang suka, mamanya pun turut berselera makan.
Nampak tak bawang besar tu?..tu adalah favorite si kecik. Pantang nampak bawang, dia akan meratah sampai habis...hehe.
ok, resepi ikan sos kicap ni taklah rumit sangat. Yang penting, rasanya menepati selera keluarga. Berminat nak cuba? bolehlah ikut resepi ni yer... :)
Bahan-bahan :
Bahan-bahan :
- 5 ekor ikan kembung (digoreng seperti biasa)
- 2 sudu makan sos cili
- 1 sdt sos tiram
- 1 sudu makan kicap manis
- 1 sudu makan kicap masin
- 1 sudu makan cili kering kisar
- 1 sudu makan sos tomato
- kulit kayu manis
- 1 ulas bawang putih (dihiris)
- 2 ulas bawang merah (dihiris)
- 1 labu bawang besar (dyg guna bawang jepun)
- sedikit daun sup/daun ketumbar/ cili merah (dihiris)
- sedikit air
- sedikit minyak masak
- Panaskan minyak di dlm kuali. Tumis kulit kayu manis, bawang putih, bawang merah dan cili kering sampai wangi.
- Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap masin, kicap manis dan sedikit air. Kacau sebati. Biarkan mendidih sebentar.
- Masukkan daun sup/daun ketumbar, cili merah dan bawang besar. Kacau lagi.
- Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaulkan rata2. Tutup api.
- Hidangkan.
No comments:
Post a Comment
komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih