Friday, June 19, 2009

Sotong Berhalia

Menu simple utk hari ni. Tak dapat nak masak banyak2 sb x brp sihat dari tengahari td sampailah skrg ni. Masak sotong, ikan goreng dan sayur buncis. Tu je lah yg mampu dyg masak. Tapi ape2pun, sotong ni sedap tau...

bahan-bahan :
  • 200 gm sotong basah (dipotong ikut suka dan digoreng sehingga perang)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 3-4 sudu makan sos tiram
  • sedikit daun sup (dihiris)
Cara-cara : Panaskan 2 sudu makan minyak di dlm kuali. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Masukkan daun sup. Kacau lagi. Akhir sekali masukkan sotong yg tlh digoreng td. Masak hingga kuahnya pekat. Hidangkan.

No comments:

Post a Comment

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih