Monday, June 01, 2009

Sambal Sotong

Hari ni dyg terlebih rajin post entry. Nak rest jap dp acara jahit menjahit...Esok lusa sambung lagi. Sebab tu ler masa yg terluang ni dyg gunakan sepenuhnya utk update blog yg dh lama ditinggalkan...moga2 terubatlah rindu kawan2 semua yer... :)

Anyway, menu kali ni ialah sambal sotong...mmg sedap. Cuma dayang makan sekali sekala jer sotong ni & xleh makan banyak sangat...hehe.

Bahan-bahan :
  • 4-5 ekor sotong sederhana (dipotong)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 1 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2-3 sudu besar cili kisar
  • 1/2 inci belacan bakar (dikisar)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
Cara-cara : Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar hingga kering. Masukkan sotong dan kacau sebati. Kemudian, masukkan bawang besar, air asam jawa, garam dan gula secukupnya. Gaulkan rata2 hingga masak.


2 comments:

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih