Sajian ringkas utk hari ni. Memandangkan dh lama x makan sotong, dayang masaklah ikut selera tekak. Tapi kan, sebenarnya dayang rindu sgt2 nak makan ikan kembung masak dgn terung asam. Masakan tu mmg favorite no 1 dayang. Malangnya, kat KL ni xde benda alah tu. Kalau kat kampung, boleh dikatakan hari2 masak terung asam. Memang sedaplah xleh nak cakap....oleh itu, pg td dayang called kakak, mintak die poskan dr sana. At least, 2 bijik. Kalau kawan2 nak tau mcm mana bentuk terung asam tu, kenalah bersabar dulu yer... :)
Sotong Masala ni pun mmg best. Rasa macam makan kat restoran mamak...hehe. Dayang ni versatile & flexible...cewahhh,hehe... suka makan ape je jenis masakan terutamanya yang ada rempah.
Bahan-bahan :
Bahan-bahan :
- 500 g sotong saiz M (dibersihkan)
- 1 sk serbuk kunyit
- 2 sb cili kering kisar/1 sb serbuk cili
- 50 ml air
- 1/2 sudu makan serbuk kari ikan (dibancuh dgn sedikit air)
- 1 sk serbuk ketumbar
- 1/2 sk serbuk lada hitam
- 1 sk halba campur
- 1 biji bawang besar (dimayang)
- sedikit daun kari
- 4 sb pati santan
- 1 sb serbuk maggie cukup rasa/pati ikan bilis
- 2 sb minyak masak
- sedikit gula
- Sotong diperap bersama kunyit selama 10 minit. Kemudian, didihkan air 50 ml dan masukkan sotong. Kacau sekali sekala hingga hampir kering. Tutup api, dan toskan.
- Panaskan minyak di dlm kuali. Tumis bawang besar, cili kering/serbuk cili, daun kari, halba campur, serbuk ketumbar dan lada hitam sehingga wangi.
- Masukkan sotong, pati santan, serbuk maggie/pati ikan bilis, gula dan sedikit air. Masak dgn api perlahan.
- Hidangkan panas2.
No comments:
Post a Comment
komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih