Lauk ikan kembung yg ringkas, mudah dan cepat. Oleh kerana terung asam belum dapat lagi, maka dayang gantikan dgn nanas masam. Rasanya lebih kurang samalah tu. Yang bestnya, masakan ini tidak perlu ditumis atau menggunakan minyak masak. Sebaliknya, ia hanya direbus /stim sahaja. Memang sedap kalau ikut selera tekak ni, pekena dgn sambal belacan, lagilah bertambah2 selera....
Dayang prefer guna ikan kembung saiz S atau M berbanding saiz L atau XL. Bukan apa, cuma bg dyg kembung kecik ni lbh sedap dp kembung besar lbh2 lg kalau dibuat asam pedas. Tapi terpulanglah pd selera tekak masing2.
Bahan-bahan :
Bahan-bahan :
- 6-8 ekor ikan kembung kecil (direndam dgn air limau dan kemudian dicuci serta ditoskan)
- 2 sudu makan cili kering yang tlh dikisar
- 1 sk serbuk kunyit
- 1 batang serai (diketuk)
- 3 biji bawang merah (ditumbuk)
- 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 1/2 inci belacan (ditumbuk) - optional
- 1 keping asam gelugur
- 1 liter air
- sedikit nanas mentah/masam (dipotong ikut suka)
- garam dan gula secukupnya
- Didihkan air di dalam periuk.
- Masukkan serai, bahan-bahan tumbuk, cili kering dan serbuk kunyit. Kacau sekali sekala sehingga menggelegak.
- Masukkan nanas. Kemudian barulah dimasukkan ikan, garam, gula dan asam keping. Ikan tidak perlu dimasak lama. Cukuplah seminit dua. Tutup api dan tutupkan periuk. Biarkan ia merenih sebelum dihidangkan.
No comments:
Post a Comment
komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih