Yuhuuuuu! I'm backkkk! ^___^
Assalamualaikum dan salam rindu buat pembaca setiaku....
Apa khabar semuanya?...semoga sihat dan ceria sentiasa. Waduh2..ramai juga yg bertanyakan ke manakah hilangnya tuan punya blog ini. Sudah mau quit kah? atau merajukkah? atau tengah mengandungkah?(soalan cepu emas yg x pernah x masuk list...heheh)...adehh...mcm2 pertanyaan yg kadangkala membuatku tersenyum sorang2...hehehe. Sebenarnya, MeM DapurKu SaYang ni bknlah merajuk atau membawa diri...x ada kaitan langsung dgn masalah alam siber ni ye. Jauh sekali nk bermusuh dgn sesiapa pun. Tak ada maknanya...kalau ada pun, cuma masalah kecik jer...dan MeM pun xlah ambil hati sgt. Cuma MeM ingin berehat buat seketika di samping mencari semangat yg hilang. Namun adakalanya terasa rindu sgt2 nk menulis resepi dan tayang gambar2 masakan. Fuhhh!...mmg tak abis kalau dientrikan....msh duduk terperam dlm folder lagi...haihh...bilalah agaknya nk update tu x pasti la pulak...huhu.....
Memang, agak sukar utk diceritakan satu persatu masalah yg melanda sejak dua menjak ni. Biarlah....hanya org2 yg tertentu shj yg tau dan memahami perasaan ini...cewahhh! luah perasaan nampak.....heheh. Dahlah...xnak cakap byk....hal2 peribadi biarlah mereka2 yg terdekat shj yg tau. Apa2pun...doakan yg terbaik buat MeM sekeluarga ye...tq.
Hari ni MeM nak cerita psl kek lapis lagi...msh lagi entri tertunggak..Alhamdulillah....ramai yg sudi mencuba resepi2 kek lapis dari dapur MeM. Terharu dgn feedback yg diberi...seriously, MeM x menyangka sama sekali yg resepi kek2 lapis yg ala kadar je ni telah menarik minat ramai pembaca khususnya kaum2 ibu dan surirumah...ada yg tak jemu2 menggunakan resepi kek yg sama dan juga resepi2 yg lain....terima kasih byk2 kerana mempercayai resepi yg ada ni dan terima kasih sekali lagi krn sudi mencuba resepi2 di sini terutama sekali kek2 lapis. Alhamdulillah....(words cannot express how grateful i am.... ^__^)
MeM byk terima emel dan juga mesej dari FB. Ada yg bertanya mcm mana nk melapis kek kukus/kek lapis bakar dgn cantik dan tak berlubang2. Rasa2nya MeM dah terangkan sebelum ni kan dalam entri yg lepas2. Mungkin nak kena terangkan secara detail dalam langkah2 resepi yg akan dtg.
MeM bukanlah pakar dlm bab2 melapis kek ni. MeM ikut sesedap tangan yg membuatnya. Biasanya MeM akan buat adunan kek pd sebelah malam sb kurang gangguan dan x sibuk dgn urusan2 lain. Selebihnya, MeM akan melapis kek dari tengah malam sehinggalah ke paginya. Kadang2 tu x tidur satu hari...bahaya tu...kesihatan kena jaga gak...(jgn ikut stail MeM tau..hehehe).

Ok... kek lapis asam manis ni mmg salah satu kek lapis kegemaran MeM terutama versi yg ini. Sgt2 moist dan sedaaaapp! Dah byk kali buat utk makan2 dan juga utk tempahan (yg dlm gambar kedua ni MeM buat utk tempahan). Yang bestnya...kek ni x menggunakan tepung langsung. Hanya menggunakan biskut marie yg kisar halus jer. Actually, resepinya lebih kurang sama jer dgn kek lapis asam manis yg lain. Cuma teknik mengadunnya mungkin berbeza sket.
Penggunaan gula dan susu yg byk akan menjadikan kek lebih lembab dan moist selain membuatkan kek lebih tahan lama. Jika dikurangkan gula, sukatan susunya tak perlulah dikurangkan. Nanti kek jd kurang moist la pulak kan. Tapi tu lerr, masing2 punya taste tersendiri.
Baru2 ni anak dara MeM asyik mintak buatkan kek ni jer...katanya sedap sgt....heheh. Budak2 pun suka...Alhamdulillah. Nak buat pun senang dan berbaloi2...
Apa2pun jom kita layan dulu resepinya. Nanti MeM upload gambar2nya lagi kalau ada. Nak kena carik satu persatu dulu dlm folder.
KEK LAPIS ASAM MANIS (VERSI III)
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
bahan-bahan : loyang 8" x 8" x 3"
- 10 biji telur A
- 300g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian barulah ditimbang)
- 500g mentega berkualiti/pure creamy butter
- 1 sudu besar ovallete
- 75ml air sejuk (dari peti ais)
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 100g gula kastor
- 300g susu pekat manis
- haw slice/ hawflake secukupnya
- 2 sudu besar pes pandan cap Koepoe-Koepoe(boleh juga menggunakan pes pandan jenama lain)
- sedikit pewarna kuning telur (DJ menggunakan pewarna Star Brand)
cara-cara :
- Pukul telur, gula, esen vanilla, air sejuk, tepung biskut marie dan ovallete hingga kembang.
- Dalam bekas yang lain, putar mentega dan susu hingga putih berkrim.
- Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Putar sebati dengan menggunakan kelajuan paling minima.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Lebihkan sedikit untuk adunan kuning. (bubuh pes pandan dan pewarna kuning)
- Sementara itu, panaskan oven pada suhu 180-200C atau mengikut kepanasan suhu oven masing-masing. Sediakan loyang yang telah disapu mentega dan dialaskan dengan kertas minyak/baking paper.
- Masukkan 7 sudu besar adunan untuk lapisan kuning ke dalam loyang dan ratakan. Kemudian grill/bakar sehingga keperangan (lebih kurang 5-7 minit). Setelah masak, keluarkan dari oven. sekiranya lapisan nampak tidak sekata, tekankan perlahan-lahan dengan alat penekan kek. Setelah itu, tuangkan lagi adunan kuning dan ratakan. Buangkan gelembung/bubble jika ada atau hentak-hentakkan sedikit loyang tersebut sehingga bubble pecah dan adunan nampak licin. Barulah dimasukkan semula ke dalam oven dan bakar hingga perang. (ini untuk memastikan kek tidak berlubang-lubang dan lapisannya cantik sekata)
- Buat lagi untuk lapisan kuning hingga menjadi 3 lapisan. Untuk lapisan yang ketiga, susunkan kepingan hawflake secara rawak atau mengikut citarasa. Kemudian bakar hingga perang(x perlu ditutup dengan adunan). Kemudian masukkan lapisan hijau dan ulangi proses hingga habis. (PASTIKAN ADUNAN SENTIASA DIKACAU SEBATI DENGAN SENDUK/SPATULA/SUDU SEBELUM MELAPIS)
- Guna api atas dan bawah untuk lapisan pertama dan lapisan seterusnya menggunakan api atas sahaja sehingga habis. (Jika kek kurang masak, bakar untuk keseluruhan dengan memnggunakan api atas dan bawah selama 7-10 minit dengan suhu 140C-160C)
- Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dipotong. Untuk menyimpan lebih lama, balutkan kek dengan plastik dan simpan di dalam bekas kek. Kemudian disejukkan ke dalam peti sejuk.
Ini adalah contoh cara2 MeM melapis kek asam manis. Kalau tak silap menggunakan loyang 10 inci. Adunan 9 sudu besar utk setiap lapisan.
Nota :
***kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Jadi sila adjust sendiri.
***loyang digriskan dan dialas dengan kertas minyak. (keliling loyang BOLEH DISAPU ATAU TIDAK DISAPU dengan mentega)
***Setiap kali menggunakan telur, pastikan dibuang tali pusatnya agar kek tidak berbau hanyir telur.
***Setiap kali menggunakan telur, pastikan dibuang tali pusatnya agar kek tidak berbau hanyir telur.
***sukatan gula mengikut citarasa masing2 ye. Kalau suka manis, letaklah dlm 150g. Kalau tak suka manis, bolehlah dikurangkan ke 100g shj.
***mentega berkualiti contoh : SCS, Golden Churn, Tatura, Cow Head, Anchor dsbnya (DJ kurang gemar menggunakan Buttercup)
***semakin lama kek disimpan, semakin moist rasanya.
***Simpan ke dalam peti sejuk supaya dapat bertahan lama.
***jika lapisan kek terlebih bakar dan kelihatan hangus dan kering, sapukan permukaannya dgn jem atau mentega.
Nak melapis kek ni harus ada kesabaran dan keyakinan yg tinggi. Jangan mudah berputus asa sekiranya percubaan pertama kedua dan ketiga gagal...msh ada harapan dan peluang utk berjaya. Ada org tak yakin dan tak berani mencuba. Kalau tak cuba, sampai bila2 pun kita tak tau samada kita boleh buat atau x. Lagi satu, mana tau kan dlm diri kita ni ada bakat tersembunyi yg kita sendiri tak pernah tau....heheh (sekadar peringatan utk diri sendiri jugak)
cantik nye.. tanya sikit selepas siap lapisan ke 3..susun hawflake dan terus di gril ke atau lapiskan juga dgn adunan hijau baru bakar..
ReplyDeleteyea..yeaa..DJ dh kembali bersiaran..salam rindu dr akak ek! pos 3 potong kek lapis yg cun menawan tuh..daaapnyer!
ReplyDeleteSedapnya,rajin melapis.
ReplyDelete@rossalle
ReplyDeletetrm ksh....sudah dinyatakan dlm resepi. susun hawflake dan bakar terus. then baru dilapiskan dgn adunan seterusnya ye.
@inahar ali
ReplyDeletemiss u too kak...mmmuahh!...nanti dayang bwk pi ke klinik akak k...heheh
@Nazayiena
ReplyDeletetq2...heheh...rajin sket jer...sementara mood okay kan...heheh
Kak Dayanggg..
ReplyDeleteLove u kak..Lama tunggu n3 akak.
Eh!..Ada ya hawflake yg mcm tu...Sue baru ja jumpa hawflakes yg besor2..Ni nampak pulak yang 4 segi..huhuhuu
salam kak dayang
ReplyDeleteterima kasih atas semua tips tu hihi, lega rasa dan dah boleh agak dah apa punca masalah yg tina ceta tu
tima kasih byk ye kak dayang, mintak izin copy resepi yg ni pulak, tak sabar nak try =)
Salam kak dayang!!! Welkem bck!!! Waaaaaa.. Masuk list! Hihihi... Cantekkkkk betul kejadian kek2 lapis akak sgt2 jelesssss nk pinjam tgn akak dgn kesabaran akak ehehe...
ReplyDeleteSalam kak dyg...wah2....lamak bertapa...harap2 sihat2 jak ok...kek tok nang x lejuk kei mkn....antara kek yg byk org tempah thn tok..walapun xda lam list promosi...heeee....mun kek manis gilak org dh komplen mcm2...giney nk mlh ooo,nang kek lapis swak tok nang maok kei gula n susu manis byk...nk...nk dikurang gilak takut kering kek...x moist...kmk suka kek moist2 walaupun kek bakorrrrr....:-)
ReplyDeleteslm Kak Dayang...
ReplyDeleteQh ade mcuba kek lapis 4 rasa tu...mmg sedap..sgt berbaloi mcubanya...
ni tgh duk skodeng resepi kek lapis lg di sini...
kek ni pon ok jugak jika dlistkan..hehe...tq yer..
tq dgn info n tips yg diberikan tu...
Assalam Dayang.. lamanya taknampak.. btw, cantek sungguh kek lapis air tangan Dayang.. Semuanya sungguh halus hasilnya.. suka sgt nengok.
ReplyDeleteSalam ziarah DJ
ReplyDeletekamu memang pakar buat kek lapis..cantik ajer lapisannya..
hi kak yang,
ReplyDeletesaya nk tny selepas kita bakar selapis, perlu x kita tinggu sampai sejuk baru letak lapisan seterusnya? sebb saya dh 2 kali buat kek lapis, tp lapisan nya x nmpak :(
mintak sgt jasa baik akak terangkan. terima kasih
alina
hi kak dayang,
ReplyDeletesaya nk tnya seblm kita tuang adunan, perlu x tunggu lapisan yg seblm tuh sejuk baru kita tuang aduan tuh
@alina
ReplyDeletesalam alina...sorry lmbt reply. akak baru jenguk blog.
lapisan yg lps bakar tu x perlu tunggu sejuk, terus masukkan adunan seterusnya. Yang penting lapisan tu dibakar hingga nmpak keperangan, barulah nampak layernya. semoga berjaya ye. :)
@kakinakl.com
ReplyDeletetq kak Ina...alhamdulillah...boleh la setakat ni... heheh
salam kak dayang,
ReplyDeleteterima kasih sbb sudi balas pertanyaan saya,
sebenarnya saya dh dua kali bt tp lapisan dia still x nmpk walaupun saya dh bakar spai lapisan tuh keperangan. tp rasa mmg sedap, rupa jek x der :( ada apa2 lagi x tips yg blh saya ikut supaya nmpk lapisan tuh. terima kasih kak :)
@alina
ReplyDeletesuhu oven tu x cukup panas kot. sb lain oven lain tahap kepanasannya. Maybe alina kena adjust sket k. Kalau ade picture nya, boleh share ngn akak di FB atau ke inbox akak. :)
alina buat kek lapis ape ek? kek lapis asam manis ni ke?
Salam Kak Dayang...Emmm klu kak Dayang yang melapis...pasti tak kedip mata mamandang...
ReplyDeleteTerimakasih informasi nya gan, sangat bermanfaat :)
ReplyDeletenice post :)
ditunggu kunjungan baliknya yaah ,
Terimakasih informasi nya gan, sangat bermanfaat :)
ReplyDeletenice post :)
ditunggu kunjungan baliknya yaah ,
cantiknye kek..sedap ni,feveret..x pnah buat lg..tp slalu mkn,adk rajin buat..salam kenal
ReplyDeletesedapnya kek lapis..
ReplyDeleteselalu beli kat sarawak je..
Nice blog :)
ReplyDeletesalam kenal sobat :)
bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....