Friday, February 25, 2011

Kuih Lapis Kacang Hijau


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Entri terlewat sket ari ni. Apa-apa pun jom kita makan kuih ni dulu. Teringin sgt nak buat kuih lapis kacang hijau ni lepas puas ulang alik ke rumah ratu talam nun...siapa lagi kalau bukan Puan Yatie...hehe.  Memang berbaloilah buat satu loyang besar. Sedap dan lemak2 manis jer rasanya. DJ tak kurang atau lebihkan gulanya. Just nice! 











Resepi asal kuih ni adalah dari dapur Akma tetapi cnp dari dapur Yatie or Kak Yatie?? msh kompius lg nk panggil apa sb rasa2nya kita sebaya kan...hehe. Apa2pun, terima kasih kpd kedua-duanya kerana sudi share resepi sedap ni. 

Resepi Kuih Lapis Kacang Hijau
Resepi asal : Akma
sumber : Yatie

Bahan-Bahan:

  • 250 gm gula pasir*
  • 1200 ml air*
  • 300 ml santan pekat*(* di masak dan biarkan suam)
  • 75 gm tepung kacang hijau (saya letak 100 gm sbb suka rasa kcng hijau lebih)
  • 85 gm tepung hoen kwee (putih)- saya guna 65 gm je
  • 100 gm tepung ubi
  • 150 gm tepung gandum
  • 1/2 tsp garam
  • 3 helai daun pandan
  • Pewarna hijau dan kuning
Cara-cara :
  1. Masak 400 ml air bersama gula, garam dan daun pandan sehingga mendidih. Masukkan santan pekat dan biarkan seketika sahaja, padamkan api.
  2. Tuangkan 800 ml air lagi ke dalam campuran santan agar ia menjadi suam. Masukkan ke dalam pengisar.
  3. Campur semua jenis tepung dan tuangkan ke dalam pengisar yang berisi santan tadi. Kisar hingga sebati (saya tak blend cuma kacau dengan hand whisk saja...nak cepat).
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu diwarnakan hijau dan satu lagi kuning.
  5. Dengan api kuat, didihkan air kukusan.
  6. Sapu loyang (9") dengan sedikit minyak dan panaskan seketika. Saya alas plastik dan sapu sedikit minyak di loyang.
  7. Tuangkan lapisan hijau sebagai lapisan pertama dan kukus selama 3-5 minit.
  8. Setelah lapisan hijau masak, tuangkan pula adunan kuning sebagai lapisan kedua dan kukus lagi 3-5 minit.
  9. Ulangi proses berselan-seli, diakhiri dengan lapisan hijau. Untuk lapisan terakhir setelah 3-5 minit, gunakan api sederhana dan teruskan mengukus sehingga 20 minit lagi.


Pantang nengok kaler hijau, bikin hatiku tergoda jer....hehe. Terima kasih yer banyak2 kpd yang sudi singgah. Tuan rumah nk offline dulu sb nak masak ayam lagi utk dinner. Malam nanti update entri kalau sempat. C U 2nite!

**banyak lagi request dari pembaca belum sempat ditunaikan. Antaranya :

  1. kek kukus coklat
  2. roti john
  3. tart nenas
  4. choc chip cookies
  5. biskut buah kana
  6. limau jeruk dan acar limau
  7. tag dll.
harap bersabar ek...dah tak tau mana satu nk start dulu. DJ plak belum ade idea nak tulis apa2 lg. byk kerja dan msh kepeningan dgn hal mcm2...harap dpt faham yer. tq 

18 comments:

  1. Assalam Dayang,
    Before this, kuih lapis kcg hijau ni cuma duk dapur saya je...Tapi alhamdulillah lepas Yatie bawakan ke dapurnya...barulah kuih ini dikenali dan kini berada pula di dapur Dayang. Terima kasih, Dayang sudi mencuba dan war2kan...

    ReplyDelete
  2. salam kak dayang
    saya ingat lapis pandan tadi...mmg tergoda tgk kuih akak ni..nanti nak cube...sebelum tu, nak sepotong...hihihiii

    ReplyDelete
  3. akak..nak seketoi...
    nampak sedapp la..
    rajinnya akak melapis...

    ReplyDelete
  4. kak dayang.. cantiknya layer dia.. sy buat xpenah nk sama tebal.. haha...

    ReplyDelete
  5. salam Dayang...waaah melapis kuih pulak dia...akak pun baru gak buat kuih lapis ni smlm...hehee...sama nafsu tekak kita yea.. :)

    ReplyDelete
  6. Salam DJ..
    Rajin melapis yer.. Kaler hijau pulak tu.. Cantaik dan dah semestinya sedap kan..

    ReplyDelete
  7. @Iza Akma

    w'salam...

    trm ksh juga buat akma krn sudi berkongsi resepi kuih yg kena dgn citarasa dyg. mmg berbaloi2 buat loyang besar...heheh

    ReplyDelete
  8. @hani

    kuih ni cepat habis lak, hani. mungkin lain hari akak antar sepinggan k...hehe

    ReplyDelete
  9. @Mas

    ms ni jer akak rajin melapis, esok lusa tak tau lg rajin ke idak sb ikut mood gak..haha

    ReplyDelete
  10. @tun_telani

    akak guna mangkuk kecik utk bahagi lapisan tu. nanti jd sekata. baru ler best kan...hehe

    ReplyDelete
  11. @Ummi

    w'salam kak, mmg sehati senafsu lah kita ni kan..hehe. dah nampak ari kat dapur akak. sukeee!

    ReplyDelete
  12. @Naz

    w'salam...

    tq. bese2 jer ni tp mmg sedap tau. dah cuba ke belom??..kalo belom kene try tau.. :)

    ReplyDelete
  13. @Teuvo Vehkalahti
    hi,

    thanks 4 visiting my site and thanks for the compliment. Really appreciate!

    ReplyDelete
  14. @twinscraftlife

    thanks for the info. i'll visit your site later. tqvm.

    ReplyDelete

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih