Sunday, February 20, 2011

Ayam Lemak Berlengkuas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Jangan bosan eh tengok menu ayam jer...hehe. Dah tak tau nak masak apa dah dgn ayam ni. Bila dah ketandusan idea, main campak2 jer lah...janji dpt memenuhi selera. Alhamdulillah, ternyata sedap. Kalau tambah kerisik dan daun kunyit, terus jd rendang...hehe.

2-3 hari ni DJ sebenarnya tak berapa sihat sgt. Sebab tu lah x dpt nk on9 lama2. Harap2 rakan2 tak berkecil hati yer jika mesej dan komen tak terbalas sampai skrg. Jika ada kesempatan nanti DJ akan reply. Terima kasih krn sudi berkunjung ke sini.

Resepi Ayam Lemak Berlengkuas

bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam sederhana (dipotong kecil2 dan digoreng seperti biasa hingga masak)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 keping asam keping atau sedikit air asam jawa
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 sb cili giling cap Puteri (boleh tambah atau kurang)
  • garam dan gula
  • santan cair / susu cair secukupnya
bahan mesin :
  • 1 labu bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1/2 inci halia
  • 1 batang serai
cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan mesin dan serai hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam dan bahan-bahan selebihnya. Tambahkan air jika perlu. 
  3. Kacau sebati hingga masak. 

7 comments:

  1. wahhh..sedapnya tengok ayam tu...boleh try nanti...

    ReplyDelete
  2. mmg boleh sgt2 tu mas..hehe. silakan yer..tq

    ReplyDelete
  3. dayang..tengok pun dh ttau sedappp! byk2 rehat ye dik..get well soon ;)

    ReplyDelete
  4. salam DJ ptt la senyap jerr..xsihat rupanya..tk care n rest ya.Sedap ayam lengkuas tuh..ada iras2 ayam kapitan tak?masuk list dulu...

    ReplyDelete
  5. Take care. Nampak cam best je. Tapi la ni nak makan ayam cam tak selera je. Pelik sungguh le.

    ReplyDelete
  6. akak, tadi lunch ngan ayam kashmir resepi akak...sedap smpai menambah nasik...hehhehehe....yg ni dh masok list dah...

    *jaga diri leklok ye kak dayang...jgn lupa minum air banyak2 tau...hehehhe...lapppp u

    ReplyDelete

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih