Friday, October 08, 2010

Today's special : Baked Pasta with Cheesy Baked Bean


Hari ni tuan rumah tak ada mood nak makan nasik. Anak2 pun sama. So, layan jelah makaroni sedap ni. Tetap mengenyangkan. 


Sedapnyaaaaaa!!!! 

Untuk resepi ni, bahan-bahannya lebih kurang jer dgn resepi lasagna. Bagi penggemar pasta, gerenti berselera   sb rasanya mmg sedap dan berkrim. Jom cuba!

Baked Pasta

bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan
  • 2 cawan makaroni 
  • 1 cawan pasta spirals 
  • 100 g minced chicken
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1 tin kecil atau 230 g kacang panggang keju (Ayam Brand)
  • sedikit sos cili
  • sedikit sos tomato
  • sedikit garam
  • 1/2 botol sos spagetti atau sos bolognese
  • 1 sudu besar mentega
bahan sos putih :
  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 1 sudu besar mentega
  • sedikit lada sulah
  • 2 sb tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
  • 1 slice cheesedale
  • sedikit garam dan gula
lain-lain : keju parut dan oregano

Cara-cara :
  1. untuk pasta : Rebus pasta bersama sedikit garam  hingga lembut ala dente. Kemudian angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang2 hingga naik bau. Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering. Barulah dimasukkan sos spagetti. Gaulkan sebati.
  3. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula jika perlu. 
  4. Akhir sekali masukkan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Tutupkan api.
  5. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan sedikit dgn mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan. Kemudian, ratakan pula dgn kacang panggang di atasnya. 
  6. Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dlm sauce pan. Kemudian masukkan cheesedale. Kacau hingga cair. barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat.
  7. Tutupkan api dan tuangkan sos tadi di atas pasta dan ratakan. Taburkan keju parut dan oregano.
  8. Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dgn suhu 160C.
***untuk sukatan dlm cawan, dyg menggunakan cawan metrik. Harap maklum. 

haa....inilah contoh sos spagetti yg digunakan utk membuat baked pasta. Ada mushroom... Best!



14 comments:

  1. dayang!!! dah lama duk mencari resipi baked macaroni.. anak dara yg nak makan sgt.. nnti boleh try ni.. letak resipi ya :)

    ReplyDelete
  2. @Yani

    mmg cedaapp! gerenti yani sukeeee...hehe

    ReplyDelete
  3. Sesuai untuk anak saya yg tak makan pedas.... kdg2 tak tau nak masak apa untuk anak2 nie... tq for the great recipe.. ;)

    http://abahmila.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Sedap nih..
    Nampak sungguh menggiurkan..

    ReplyDelete
  5. wah..sedapnya..terliur mas tengok..

    ReplyDelete
  6. sedappp....
    mmg dah lama nk tau cra bt bake macaroni ni..emm resepi dah ada ni pon bila lar nak buat..tQ 4 sharing..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah....... tq sooooooo much dayang dear!! lup u :)

    ReplyDelete
  8. @mila

    u're welcome...selamat mencube yer...bdk2 yg gemar mkn pasta pasti suke menu ni lbh2 lg ade cheese...

    ReplyDelete
  9. @Hann

    InsyaAllah, sedap. Nanti cube tau...hehe

    ReplyDelete
  10. @Mas

    ni kalo ade depan mata lg Mas sukee...hehe

    ReplyDelete
  11. @Mamahikal's

    u're welcome....bl2 jer boleh buat jika rajin...hehe. tq yer sudi singgah...

    ReplyDelete
  12. @K.Nor

    u're welcome, kak. Buat byk2 tau...dyg pun nk sebekas...heheh

    ReplyDelete

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih