Tuesday, May 18, 2010

Udang Goreng Sos Cili Thai



Salam....Sawadikaappp!...hehe...
Hari ni terasa nak cuba sekali lagi resepi udang sos cili thai. Boleh tahan sedapnya. Sebelum ni dah buat tapi x sempat nk report ke sini. To kak Nor, thanks a lot. Dah namanya Ratu Udang, bukan 'hantu udang' ekk (eeee...takuuuttt!.. :D ), masaklah apa2pun pun jenis masakan berudang ni tetap menyelerakan, betul tak, kak nor??...hehe...kita ni sama jer citarasa kan...
Dyg cnp resepinya di sini yer kak. Sesiapa yg berminat, sudi2kanlah mencuba resepi ni. Ringkas dan sedap!

UDANG GORENG SOS CILI THAI (Resepi asal : Kak Nor)
  • 300gm udang
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • ~~~~~~
  • 3 ulas bawang putih ~ dicincang
  • 3 ulas bawang merah ~ dihiris halus
  • 3 sudu besar sos cili Thai
  • 2 sudu besar sos cili (DJ tambah)
  • 1 sudu besar sos ikan (DJ xde stok. Ganti dgn sos tiram)
  • carrot
  • bunga kobis
  • 5 bj cili api ~ diketuk dan dipotong dua
  • sedikit daun ketumbar ~ dihiris
  • 1 sudu besar jus limau nipis/lemon
  • sedikit garam jika perlu
  • minyak
Cara-cara :
  1. Gaul udang bersama garam dan serbuk kunyit.
  2. Goreng sekejap atau sehingga udang bertukar warna.
  3. Angkat dan ketepikan.
  4. Tinggalkan minyak dlm kuali lebih kurang 2 sudu besar.
  5. Masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau.
  6. Masukkan bawang merah dan goreng hingga bawang layu.
  7. Masukkan sos cili thai, sos ikan, cili api, carrot dan bunga kobis.
  8. Gaul2 rata dan masukkan udang.
  9. Masukkan garam jika perlu tp hati2 sbb dah ada rasa masin dr sos ikan.
  10. Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan jus limau nipis.
  11. Kacau sekejap dan padamkan api.
  12. Angkat dan hidangkan panas2.

No comments:

Post a Comment

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih