Thursday, March 25, 2010

Bahulu Mekar Kukus



Mula-mula ingat nak cuba resepi Bahulu Batik Mekar Kukus kak Fida dr myresipi.com, tapi tak jadi sb tak cukup bahan. Tapi hati ni dah terpaut dgn bahulu mekar kak Fida tu. Dengan semangat yg berkobar2 ni, dyg teruskan projek walaupun terpaksa menggunakan bahan yg serba kekurangan....huhu. Alhamdulillah, hasilnya tidak mengecewakan. Semua bahulu/apam yg dikukus tersenyum dgn riangnya....hehe. Macam aiskrim pun ada. Bentuknya pun bermacam2 stail. Best2!

Nak panggil bahulu pun boleh, nak panggil apam pun ok. Janji sedap! ....perasan tak mangkuk kertas yg digunakan itu sebenarnya dyg dah gunting sedikit sb saiznya agak besar. Dah tak ada cawan kertas yg lain, beginilah kejadiannya...hehe.

Bahulu ni sangat3x lembut dan gebu. Anak2 pun suka sgt....sampai kena buat 2 kali...hehe.....


 Kalau nak resepinya bolehlah tengok di dapur Kak Fida yer. Nanti kalau rajin, dyg tulis resepinya di sini (dlm versi dyg). Layan jer lah dulu dgn gambar2 yg ada ni.


Ada mcm bentuk spider tak???...hehe


Agak2 dia senyum kat sapalah tu ekk???....


Banyak2 kejadian, yang ni paling unik. Macam Astro pun ada...hahaha.


Update :
Resepi Bahulu Mekar Kukus

bahan-bahan :
  • 125 g tepung gandum
  • 1 sk double action baking powder
  • 1 sk ovalette
  • 120 g gula halus(boleh adjust sendiri. DJ guna gula pasir yg dikisar halus)
  • 1 sb pes coklat (DJ guna coklat masak)
  • 1 biji telur
  • 70 ml air suam
  • 70 ml susu segar/susu cair (DJ guna bancuhan susu tepung)
  • sedikit esen vanilla
Cara-cara :
  1. Didihkan kukusan. Sediakan cawan kertas dan alas dgn mangkuk aluminium.
  2. Di dalam mangkuk adunan, satukan kesemua bahan di atas kecuali pes coklat dan pukul hingga kembang dan gebu (jika adunan tidak kembang dan gebu, bahulu takkan menjadi)
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Campurkan adunan dgn pes coklat dan adunan satu lagi dibiarkan kosong.
  4. Tuangkan kedua2 adunan ke dlm cawan kertas secara berselang-seli.
  5. Kukus dgn api kuat selama 15-20 minit mengikut saiz cup yg digunakan.

5 comments:

  1. wah comelnya..cam badam teddy bear:)

    ReplyDelete
  2. Hi dearie!!! hru doing??? Cantiknya bahulu akak nih...kena try gak! hehehe ;)

    Love krg nih nak pindah ke umah baru kak...semua barang dah dipack...huhu, tunggu pindah je...

    Can't wait to start cooking from my new kitchen with my new gadgets...hehee! ;)

    Take care kak! :D

    ReplyDelete
  3. Ramai orag dah mencuba...lagilah teruja bila DJ pulak yg buat...tak tahan nihhh....hehehe

    ReplyDelete
  4. salam dayang...cantiknya..menarik sungguh nak mencuba..alamak tapi tak de double action baking powder tu...boleh guna yg biasa tak...

    ReplyDelete
  5. >>Cik manggis

    o ye ker??...heheh...kiut2!


    >>Love

    hi dearie...how's life??...dah pindah rumah baru ker??...mesti penat tu kan...anyway, hope everything's fine. miss u!


    >> CMG

    bila nak buat tu Mat??...hehe...kte pun nak buat lagi ni tp x tau bl...

    >>Ima

    w'salam...double action tu kalo xde, leh guna yg biase...selamat mencube yer.... :)

    ReplyDelete

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih