Dah tak tau nak letak nama apa kat ayam ni. Tulis jerlah apa2 yg patut. Sebenarnya, ayam ni cukup rasa. Ada rasa manis, masam, masin dan sedikit rasa rempah. Memang sedap diratah atau dicicah dgn sos cili. Makan dgn nasi ayam pun sedap...tetapi dyg tak makan nasik hari ni. Sebaliknya buat mi kari jer.
Macam biasa, dyg tak perap ayam ni berjam2. Hanya direbus sedikit dan kemudian dipanggang. Dah siap. Tak sabar tunggu si princess balik dr sekolah. Mesti dia suka dpt makan ayam lagi petang ni....hehe.
Nilah resepinya....rugi tak cuba tau...memang sedaaaappp!!
Bahan-bahan :
- 1 ekor ayam sederhana (dibersihkan dan dipotong ikut suka)
- 2 biji bawang merah (ditumbuk)
- 1 inci halia (ditumbuk)
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 1 sudu makan sos BBQ
- 1 sudu makan kicap pekat
- 2-3 sudu makan jus lemon
- 1 sudu besar madu
- 1 sk serbuk lada hitam / lada hitam tumbuk
- garam dan gula secukup rasa
- 1 sk serbuk lada sulah
- 1 sb minyak zaitun / minyak masak
Cara-cara : gaulkan ayam dgn semua bahan di atas dan rebus hingga 3/4 masak. Susunkan ayam di dalam dulang yang beralaskan kertas foil. Kemudian dipanggang bersama kuahnya pd suhu 200C selama 30 minit atau sehingga masak. Jangan lupa terbalikkan ayam semasa memanggang supaya masak sekata.
No comments:
Post a Comment
komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih