Thursday, January 28, 2010

Ayam Madu Berkicap



Masak ayam lagi utk makan malam. Sedaaaaapppp!!....tak cukup pulak rasanya masak seekor...hehe. Ingatkan malas nak makan ayam dah, tapi masakan sebegini mmg betul2 buat perut ni lapar. Jom makan!

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dipotong dan dibersihkan. Kemudian digaul dgn sedikit serbuk kunyit & garam & digoreng hingga 1/2 masak)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 cm halia (dikisar)
  • 3-4 biji cili padi (diketuk)
  • 1 sudu makan cili kering kisar
  • sedikit hirisan daun ketumbar
  • 1 sb kicap pekat
  • kicap manis secukupnya
  • sos cili secukupnya
  • 1 sb sos tiram
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1-2 sb madu (dibancuh dgn sedikit air)
  • sedikit hirisan kapsikum

Cara-cara :

  1. Tumis bahan2 kisar hingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap pekat dan kicap manis. Boleh tambah sedikit air dan biarkan ia mendidih seketika.
  3. Masukkan ayam, hirisan cili, cili padi dan daun ketumbar. Gaulkan rata2.
  4. Kemudian masukkan madu dan jus lemon. Kacau lagi hingga kuah pekat. 
  5. Hidangkan setelah masak.



3 comments:

  1. mlm ni nak try masak la ni..hehe..

    ReplyDelete
  2. Selamat mencube yer...mmg x rugi tau...sedapnya mmg xleh nak dihurai ngan kata2....hehe

    ReplyDelete
  3. Salam. Akak dah cuba dah. Mmg sedap...thanks.

    ReplyDelete

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih