Pagi tadi buat sandwic telur mayo kegemaran anak2. Banyak mana buat banyak tu la habis. Tak pernah tak habis. Kadang2 kita sendiri pun tak sempat nak rasa. Hehe. Kalau rajin, dyg akan buat 2 versi. Satu versi letak telur dan satu lagi letak sardin atau tuna. Memang sedap!
Sebenarnya, projek pagi tadi nak buat pancake juga. Tapi tergendala sebentar sebab ada hal lain nak buat. Bahan-bahan dah prepared. Petang nantilah buat.
Sebenarnya, projek pagi tadi nak buat pancake juga. Tapi tergendala sebentar sebab ada hal lain nak buat. Bahan-bahan dah prepared. Petang nantilah buat.
Kejap lagi nak masak utk lunch pulak. Tapi tak pasti lagi nak masak apa. Lagipun, hubby masih kat Penang. Jadi, kurang ler sikit semangat nak memasak ni. Apa2pun, layan jelah apa yang ada ni yer....hehe.
Updated :
Bahan-bahan :
- 6 keping roti sandwich
- 1 biji telur
- 1 sudu besar mayonis
- butter secukupnya utk sapuan
- sedikit garam
- 1/2 sk lada sulah
- hirisan daun salad dan timun
- Telur direbus hingga masak. Kemudian dilenyek2kan hingga hancur (semasa panas)
- Masukkan mayonis, garam dan lada sulah. Kacau rata2.
- Sapukan roti dgn butter dan letakkan telur diikuti salad dan timun di atasnya.
- Tutup kemas dgn roti satu lagi.
- Hidangkan.
o ya terlupa nak cakap. Hari ni tukar layout baru lagi. Sememangnya warna hijau ni adalah warna pujaan hati di samping warna coklat yg menjadi sumber inspirasi. Sejuk jer mataku memandangnya. Sesuailah dgn citarasaku yang duduk di dalam hutan ni...heheh..Terima kasih jugalah atas kunjungan anda semua. Setiap kunjungan pasti dihargai.
No comments:
Post a Comment
komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih