Sunday, November 15, 2009

Ayam Bam Bam

Semalam teruja sgt2 nak buat ayam bam bam memandangkan ayam yg dibeli pun tembam2 belaka. hehe...Ambik resepi ni dari rumah Noreen dan sumber asalnya ialah resepi kepunyaan k.Noormasri. Thanks ya..for both of you.

Pada pendapat dyg, resepi ni mmg sedap. Rasa pun hampir sama dgn masakan Padang yg dyg buat sebelum ni. Oleh kerana dyg suka pedas, jadi dyg add cili padi 4-5 bijik. Mabeles!!

Dyg mintak izin kopipes resepinya yer. Thanks a lot.

Bahan-bahan:

1 ekor ayam - dipotong 4 atau 8
2 mangkuk santan - dari 1 biji kelapa
3 helai daun salam (x ada daun salam. dyg gantikan dgn daun kunyit)
3 helai daun limau purut
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng

bahan2 kisar:
15 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
8 biji buah keras
1 sudu kecil serbuk kunyit (dyg guna kunyit hidup)
2 batang serai
2cm lengkuas
jika suka pedas boelh dimasukkan 3-4 tangkai cili padi

cara:
  • ayam dibersihkan dan dilumurkan dengan sedikit garam
  • panaskan minyak
  • gorengkan ayam sehingga 3/4 masak dan ketepikan
  • panaskan sedikit minyak di dalam periuk
  • tumiskan bahan2 kisar sehingga garing dan pecah minyak
  • kemudian masukkan santan, daun limau purut, daun salam, garam dan gula secukup rasa
  • masak sehingga kuah menjadi agak pekat
  • akhir sekali masukkan ayam dan masaklah sehingga ayam empuk
  • angkat dan hidangkan dengan nasi putih

source: k.noormasri

2 comments:

  1. Tok mesti pakei ayam tembam laa oo..ayam kurus kering kena rijek laa cam tok.hehe...

    ingat ayam bemban tek..ngeeee

    ReplyDelete
  2. HaSue, kira2 cam ya lah ya rasa kmk, maok makey manok tembam baruk jadi menar2. huhu. ayam bemban ya ayam berkembankah?? ngeee...jakunnya akuuu!.. :D

    ReplyDelete

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih